Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19, Duduk Rumah Diam-Diam
Kalau ada keperluan tu lain ceritalah kan. Masing-masing ada masalah dan kita kena bijak lah macamana nak uruskan urusan kerja di rumah dan bekerja dari rumah ni. Dalam keadaan sekarang ni nak keluar rumah pun takut. Even barang dapur kehabisan stok pun masih belum gigih nak keluar rumah. Makan apa yang ada je dulu. Dah betul betul habis baru keluar beli barang.
Sejak perintah kawalan pergerakan ni dibuat rasa sunyi sepi je, sangat berbeza seperti hari-hari biasa. Jalan depan rumah pun tak sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Macamana duduk dirumah? okay je kan sebenarnya. Ada hikmahnya satu family duduk di rumah. Family bonding dan banyak aktiviti bersama boleh dibuat.
Masa ni lah nak spend masa dengan family, boleh kemas rumah sama-sama. Tak lama lagi nak raya kan. Boleh buat kuih raya, boleh sembahyang jemaah sama-sama dan banyak lagi aktiviti bersama. Tak perlu nak pulun keluar pergi kerja sesak dengan jammed. Bila kerajaan dah bagi peluang bekerja di rumah ni, gunakan sebaiknya. Sebab bila kita duduk diam-diam kat rumah kita boleh putuskan rantaian covid tu.
Perintah Kawalan Pergerakan ni bukan masa cuti untuk kita cuti-cuti Malaysia atau keluar rumah sesukati hati. Kena faham tu. Masih ada yang degil lagi tu keluar rumah tanpa rasa bersalah. Ish ish, tak tahu nak habaq lagu mana kat depa dah. 2 Minggu je pun, jangan sampai kena extend lagi masa kuanratin tu. Duk diam-diam dalam rumah okay.
Dalam masa ni, ada masa lebih boleh lah kembali aktif berblog. Rindu nak blogwalking kat blog awak awak semua. Kita buat comeback. Lama dah tak hadap blog ni. Rinduuu...
Dalam masa ni, ada masa lebih boleh lah kembali aktif berblog. Rindu nak blogwalking kat blog awak awak semua. Kita buat comeback. Lama dah tak hadap blog ni. Rinduuu...
stay safe akak
ReplyDeleteYou too Ray :)
DeleteDuduk rumah pun banyak kerja boleh dibuat
ReplyDeleteBetul tu wak. Macam-macam keje boleh buat.
DeleteDi Indonesia juga sudah mulai dibatasi aktivitas ke luar rumah meski belum sampai lockdown.
ReplyDeleteSemoga wabah corona ini segera berlalu. Aamiiin
Aaminn..
DeleteIalah banyak hikmahnya virus Covid 19 ni.
ReplyDeleteSemoga manusia ambil iktibar dan relate dengan kehidupan seharian masing-masing.
Betul tu. Harap begitulah.
Deleterisau kalau sampai ke bulan ramadhan...mesti syahdu gilerr nanti...harapnya cepat lah redha covid19 ni
ReplyDeletedalam tempoh berkurung pun dah rasa syahdu dah. apatah lagi raya nanti. huhu
Deleteujian berat untuk kita.. semoga phase ni cepat berlalu.
ReplyDeleteHarap sangat Malaysia cepat pulih dan bebas covid-19 ni.
Deletehari ke 7 PKP ni baru la aida sempat nak blogwalking, fiza.
ReplyDeletesibukkan diri kemas rumah.
alang2 husband pun ada mood.
ni... da kul 6 ptg. siap masak dah utk berbuka... lepak blogwalking :)
Alhamdulillah banyak aktiviti dan semua seronok kat rumah :)
Delete