Senang je Tanam Bayam Brazil
Sudahnya potong terus daun yang masih elok. Boleh juga buat ulam walaupun dapatnya sejemput je. Jadilah rezeki merasa bayam hasil tuaian pertama. Krup krap krup krap rangup dia. Sedap tu tak tahu nak kata lah sebab macam tak ada rasa pulak bila makan tu. Mungkin kalau ditumis atau digoreng tambah garam sikit adalah rasa dia. Fiza pencinta sayur, jadi tak ada masalah pun nak makan mentah buat ulam. Plus, suka makan ulam-ulaman jugak.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitjp7l3NFBYoniNurY_3XOetF4sdWLfXw8-Md7U81LVxfTG1ki5w0gRKmU5P1aVgmNzNVA5vpnnOJfYwiHdtVMOBMDAjoULQH_3VpSzC30clCRF6hOPJu-0JUy836XgDLKzv8gCrSEt-0Q/s1600-rw/nasi+goreng+ulam+bayam+brazil.jpg)
Batang, daun elok dan daun yang rosak Fiza asingkan siap-siap. Yang elok dah dibuat ulam. Yang rosak tu campak terus dalam tong sampah ye. Tapi batang dia jangan kau orang buang. Potong kecil-kecil dan cucuk semula dalam tanah. Kalau buang terus, rugilah lah. Baik tanam semula dapat juga hasilnya nanti.
Fiza ada tambah sikit lagi potongan batang bayam brazil ni. Selepas hari ke 8 dah nampak meriah pucuk baru muncul. Yeay! Suka tengok pokok cepat berhasil dan senang tanam. Fiza guna pasu baru dan tanah baru ni dengan harapan takde lagi anasir yang tak diundang datang. Dan Fiza buat racun organik untuk menghalang serangga datang.
Racun Organik
1 labu bawang putih, 5 tangkai cili api, air 500ml. Kisar semua bahan ni, tapis dan ambil air je. Hampas tu boleh letak pada pangkal pokok boleh buat baja. Air tapisan tu peram 24 jam simpan dalam peti ais. Esoknya nak guna masukkan 100ml air tapisan ke dalam penyembur dan campurkan dengan 1 sudu besar minyak masak dan juga 1 sudu teh pencuci pinggan jenis cecair tu.
Tambahkan air secukupnya dalam bekas penyembur kemudian goncang. Bolehlah kau orang semburkan pada daun, terutamanya bawah daun sebab bawah daun ni lah tempat lepak serangga dan kulat. Boleh sembur seminggu sekali untuk kawal dan halang serangga perosak datang. Suka guna racun serangga organik ni sebab selamat digunakan. Tak perlu nak beli dah. Buat sendiri je.
Racun Organik
1 labu bawang putih, 5 tangkai cili api, air 500ml. Kisar semua bahan ni, tapis dan ambil air je. Hampas tu boleh letak pada pangkal pokok boleh buat baja. Air tapisan tu peram 24 jam simpan dalam peti ais. Esoknya nak guna masukkan 100ml air tapisan ke dalam penyembur dan campurkan dengan 1 sudu besar minyak masak dan juga 1 sudu teh pencuci pinggan jenis cecair tu.
Tambahkan air secukupnya dalam bekas penyembur kemudian goncang. Bolehlah kau orang semburkan pada daun, terutamanya bawah daun sebab bawah daun ni lah tempat lepak serangga dan kulat. Boleh sembur seminggu sekali untuk kawal dan halang serangga perosak datang. Suka guna racun serangga organik ni sebab selamat digunakan. Tak perlu nak beli dah. Buat sendiri je.
So memang betul lah senang je nak tanam bayam brazil ni. Bukan sekadar orang cakap je. Dah cuba sendiri barulah terbukti senang dan betul lah apa kata netizen. Seronok pulak tengok cepat membesar macam ni. Tolong besar cepat sikit. Boleh buat lauk pulak. Tapi kalau dah besar sikit kau petik buat ulam, bila masanya nak banyak buat lauk? Hihi
betul tu fizah, akak pun tengah membiakkan bayam brazil, sedap pun sedap... cepat membesar
ردحذفcepat membesar tu yg best tu. takdelah nak tunggu lama lepas petik.
حذفkat makmal ni bdk2 tanam bayam brazil..
ردحذفnt sng la nk makan petik je.. hihi
senang kalau tanam, nak makan petik je
حذفkat rumah ni sampai tak larat nak petik..hahahhahaha
ردحذفhaa bila next time kita jumpa.. nak sikit bayam brazil. nak tanam kat rumah
حذفwahh untung sangat tu banyak stok bayam brazilnya.
حذفnak tanam gak
ردحذفsila-sila, anum pun suka bercucuk tanam kan
حذفSikit pun jadilah buat ulam rasa-rasa gittewww...
ردحذفHurm... nampak meriah membiaknya tu
janji dapat rasa okaylah. tunggu second time tumbuh tak sabar nak petik
حذفada kwn tanam juga and buat jual..tk mkn bayam
ردحذفohh untung tanam dan jual sekali tu. tak makan bayam, jual pun untung. hihi
حذفsedap bayam brazil ni... akak baru kenal... huhu
ردحذفkita pun baru cuba kak :)
حذفismi pn skrg ni tgh blaja menanam ulam..bayam brazil ni salah satu ulam yg ismi tanam..suka sngat mkn bayam brazil sbb rangup je bila makan..mmg sng sgt nak tanam..ltk je dlm pasu mcm tu trus hidup..
ردحذفkan..suka bab rangup rangup tu.
حذفTak pernah makan daun bayam mentah-mentah.
ردحذفnanti boleh cuba :)
حذفkita baru start menanam bayam brazil satu pasu. harap subur la..
ردحذفharap harap tumbuh subur, nanti boleh rasa bayam brazil yg tanam sendiri punya.
حذفPuas hatikan dapat makan hasil tanam sendiri walaupun ciput je.
ردحذفPH ambil ye 'resepi' baja organic tu :)
betul tu, puas hati makan hasil tanaman sendiri. Eh, tu racun organik. untuk baja gunakan hampas bahan kisar dia tu.
حذفTak pernah rasa makan mentah2...menarik cara tanam tu
ردحذفBoleh cuba kalau nak rasa makan mentah buat ulam :)
حذفOoh baru tau cili api boleh buat baja
ردحذفmaaf, silap. buat racun sebenarnya. hampas dia je boleh buat baja
حذفDah pernah rasa dah goreng bayam ni. Takde rasa apa-apa pun hehe..
ردحذفyg goreng goreng belum cuba lagi. kalau mentah mmg xde rasa cuma rangup² je lah.
حذفsubur bayamnya....rietta belum pernah tanam lg...
ردحذفAlhamdulillah..penat juga nak menunggu besar untuk makan. hihi..trylah tanam kalau suka bercucuk tanam dan makan sayur.
حذفMakan dgn nasi goreng pun sedappp
ردحذفSedap rasanya ada rasa kerangupan tu :)
حذفkan...
ردحذفaida pun giat replant bayam brazil :)