Senang je Tanam Bayam Brazil

Bayam brazil yang dibeli bulan Januari haritu makin besar makin rosak pulak dedaunnya. Dah kenapa? Kusangkakan makin merimbun daunnya rupanya ada anasir jahat rupanya yang merosakkan daunnya. Belek punya belek rupanya kerja sang semut buat sarang dalam tanah. Ada juga nampak siput comel. Entah datang dari mana tak tahu lah. Mungkin juga ada lagi serangga yang tumpang sekali. Masa beli tu tak ada pulak. Agaknya letak luar rumah adalah tu yang menumpang dalam pasu buat rumah. 


Sudahnya potong terus daun yang masih elok. Boleh juga buat ulam walaupun dapatnya sejemput je. Jadilah rezeki merasa bayam hasil tuaian pertama. Krup krap krup krap rangup dia. Sedap tu tak tahu nak kata lah sebab macam tak ada rasa pulak bila makan tu. Mungkin kalau ditumis atau digoreng tambah garam sikit adalah rasa dia. Fiza pencinta sayur, jadi tak ada masalah pun nak makan mentah buat ulam. Plus, suka makan ulam-ulaman jugak. 


Batang, daun elok dan daun yang rosak Fiza asingkan siap-siap. Yang elok dah dibuat ulam. Yang rosak tu campak terus dalam tong sampah ye. Tapi batang dia jangan kau orang buang. Potong kecil-kecil dan cucuk semula dalam tanah. Kalau buang terus, rugilah lah. Baik tanam semula dapat juga hasilnya nanti.


Fiza ada tambah sikit lagi potongan batang bayam brazil ni. Selepas hari ke 8 dah nampak meriah pucuk baru muncul. Yeay! Suka tengok pokok cepat berhasil dan senang tanam. Fiza guna pasu baru dan tanah baru ni dengan harapan takde lagi anasir yang tak diundang datang. Dan Fiza buat racun organik untuk menghalang serangga datang.

Racun Organik
1 labu bawang putih, 5 tangkai cili api, air 500ml. Kisar semua bahan ni, tapis dan ambil air je. Hampas tu boleh letak pada pangkal pokok boleh buat baja. Air tapisan tu peram 24 jam simpan dalam peti ais. Esoknya nak guna masukkan 100ml air tapisan ke dalam penyembur dan campurkan dengan 1 sudu besar minyak masak dan juga 1 sudu teh pencuci pinggan jenis cecair tu.

Tambahkan air secukupnya dalam bekas penyembur kemudian goncang. Bolehlah kau orang semburkan pada daun, terutamanya bawah daun sebab bawah daun ni lah tempat lepak serangga dan kulat. Boleh sembur seminggu sekali untuk kawal dan halang serangga perosak datang. Suka guna racun serangga organik ni sebab selamat digunakan. Tak perlu nak beli dah. Buat sendiri je.


So memang betul lah senang je nak tanam bayam brazil ni. Bukan sekadar orang cakap je. Dah cuba sendiri barulah terbukti senang dan betul lah apa kata netizen. Seronok pulak tengok cepat membesar macam ni. Tolong besar cepat sikit. Boleh buat lauk pulak. Tapi kalau dah besar sikit kau petik buat ulam, bila masanya nak banyak buat lauk? Hihi



34 comments:

  1. betul tu fizah, akak pun tengah membiakkan bayam brazil, sedap pun sedap... cepat membesar

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat membesar tu yg best tu. takdelah nak tunggu lama lepas petik.

      Delete
  2. kat makmal ni bdk2 tanam bayam brazil..
    nt sng la nk makan petik je.. hihi

    ReplyDelete
  3. kat rumah ni sampai tak larat nak petik..hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa bila next time kita jumpa.. nak sikit bayam brazil. nak tanam kat rumah

      Delete
    2. wahh untung sangat tu banyak stok bayam brazilnya.

      Delete
  4. Sikit pun jadilah buat ulam rasa-rasa gittewww...
    Hurm... nampak meriah membiaknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji dapat rasa okaylah. tunggu second time tumbuh tak sabar nak petik

      Delete
  5. ada kwn tanam juga and buat jual..tk mkn bayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh untung tanam dan jual sekali tu. tak makan bayam, jual pun untung. hihi

      Delete
  6. sedap bayam brazil ni... akak baru kenal... huhu

    ReplyDelete
  7. ismi pn skrg ni tgh blaja menanam ulam..bayam brazil ni salah satu ulam yg ismi tanam..suka sngat mkn bayam brazil sbb rangup je bila makan..mmg sng sgt nak tanam..ltk je dlm pasu mcm tu trus hidup..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan daun bayam mentah-mentah.

    ReplyDelete
  9. kita baru start menanam bayam brazil satu pasu. harap subur la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap harap tumbuh subur, nanti boleh rasa bayam brazil yg tanam sendiri punya.

      Delete
  10. Puas hatikan dapat makan hasil tanam sendiri walaupun ciput je.

    PH ambil ye 'resepi' baja organic tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, puas hati makan hasil tanaman sendiri. Eh, tu racun organik. untuk baja gunakan hampas bahan kisar dia tu.

      Delete
  11. Tak pernah rasa makan mentah2...menarik cara tanam tu

    ReplyDelete
  12. Ooh baru tau cili api boleh buat baja

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, silap. buat racun sebenarnya. hampas dia je boleh buat baja

      Delete
  13. Dah pernah rasa dah goreng bayam ni. Takde rasa apa-apa pun hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg goreng goreng belum cuba lagi. kalau mentah mmg xde rasa cuma rangup² je lah.

      Delete
  14. subur bayamnya....rietta belum pernah tanam lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..penat juga nak menunggu besar untuk makan. hihi..trylah tanam kalau suka bercucuk tanam dan makan sayur.

      Delete
  15. kan...
    aida pun giat replant bayam brazil :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.