Ayam 3 Budak Gemok

Nampak macam sedap je Ayam kicap campur daun kari ditambah dengan sambal gesek power yang popular dengan nama ayam 3 budak gemok. Tak pernah terfikir pulak nak makan ayam kicap dengan sambal gesek dan tak pernah pulak nak cuba masak ayam kicap dengan daun kari. 

Bila dah viral ni, kalau tak cuba tu rasa terpanggil panggil je kena cuba baru tahu sedap ke tidak. Kenapa nama dia 3 budak gemok? sebabnya adalah resepi daripada 3 beradik yang bukak kedai 3 budak gemok tu. Kalau fakta salah sila betulkan ye.

Ayam 3 Budak Gemok

Nak masak ayam kicap dia pun mudah je. Yang paling penting sambal gesek tu. Sedap betul lah dapat makan ayam kicap dengan sambal gesek power tu. Lain macam sedap dia. Biasanya kalau kat kedai tu dia akan hidangkan dengan telur goreng. Malas nak goreng telur, janji ada ayam kicap, sambal gesek dan timun dah kira cukuplah kot hidangan ala ayam 3 budak gemok ni.

Alhamdulillah baru merasa resepi ayam 3 budak gemok. Almaklumlah keluar nak beli stok seminggu sekali macam tu. Nak beli ayam pun stok tak banyak ada. Dapat beli sekor pun bersyukur dah. Jadilah dapat merasa ayam 3 budak gemok viral ni ha. Sekarang dah fasa 3 ni rasa macam dah kurang selera makan nasi. Makan kuih muih ataupun masakan yang simple je.

Tak tahu lah resepi sebenar dia macamana kan. For sure lah tuan punya resepi adalah rahsia. Cuma apa yang kita nampak tu lainnya sebab ada daun kari macam masak ayam sambal bali tapi ni versi kicap. Dan sambal gesek pun ala sambal ayam penyet je bahan-bahan dan kaedahnya. Tapi kombinasi ayam kicap dengan sambal gesek power ni memang power lah.

35 comments:

  1. Memang sedap gila arr...cuba belum try buat sendiri, tapi dah makan dah ayam kicap 3 budak gemuk tu, sedap gilosss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum makan lagi yg original tu. tapi kalau buat sendiri dah sedap, apatah lagi yg original tu kan

      Delete
  2. ada dengar kat sekitar JB ni Ayam 3 budak gemok ni.. Tapi belom pernah cuba lagi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. merata dah ada gerai ni ye. nanti kena cuba tau :)

      Delete
  3. Ooh lain ke 3 budak gemok ni dengan masak bali? Nurul ingatkan sama. Tak pernah try lagi makan or makasa 3 budak gemok ni. Tapi kalau masak bali sedap betul.

    ReplyDelete
  4. dh buat juga aritu...sedap yg masak sdiri dr yg mkn tu sbb die punya jenis kering hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah perasan juga yang tu. buat sendiri ada lah kuah kicap lebih sikit kan :)

      Delete
  5. Kena cari juga ayam 3 budak gemuk ni... menarik pula namanya begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kalau susah nak cari buat sendiri pun boleh :)

      Delete
  6. Tak pernah dengar pula kedai ni. Kena cari ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi dia viral. kedai pulak tak tahu kat mana. huhu

      Delete
  7. Eh, sama pula menu kita. Sedap ayam masak kicap versi letak daun kari ni kan... Sis pun tak pernah makan yg ori :)

    ReplyDelete
  8. SAMA LAH KITE PN TAK LALU NAK MAKAN DAH SEBAB PKP NI,, SLM SNGGAH ^_^

    ReplyDelete
  9. Kita pun buat jugak. tapi dengan resepi sendiri. yg penting ayam kicap jugak kan. hehe

    ReplyDelete
  10. Selalu nmpk ayam goreng yg ada daun kari ni di kedai mamak..yang ni ayam masak kicap jenis kering..sedapnya..ada sambal gesek..huh! mmg power..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, kalau mamak tu ayam goreng mamak kalau tak silap.ni masak kicap tambah sambal gesek memang sodap.

      Delete
  11. tak pernah pula cuba bubuh daun kari dalam masak kicap.. cam menarik..

    ReplyDelete
  12. saya tatau tau memula apa benda la 3 budak gemok ni.. adik spupu dok cakap jomla cuba 3 budak gemok2..
    laaa resepi ayam rupanya haha.. adik masak ritu tatau dia ikut resepi asal ke x.. okla blehla tahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik pelik je kan nama yang viral sekarang. kira okaylah tu kalau rasa boleh tahan :)

      Delete
  13. Senang masak satu dua lauk mcm ni kan Fiza....Sedap pun sedap. Kena duk lama lama kat dapur pun tak kuasa jugakkan... tapi tu hakaklah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa masak 2 lauk je main dish dengan sayur. yang ni dah ada sekali timun buat ulam okaylah. nak tak nak kena jugaklah ke dapur kak musim pkp ni. kalau tidak, berlapar lah nanti.hihi

      Delete
  14. owh ini ke signature dish diorang? belum pernah cuba lagi menu2 kat tiga budak gemok utm skudai ni..

    resepi dia tu ayam kicap letak daun kari macam ayam masak bali pun ada, cuma ayam bali takde la sambal gesek..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. macam ayam sambal bali cuma yang ni lebih ke arah kicap macam tu dan ada sambal gesek.

      Delete
  15. Ha ah, ada kedai kat Johor nim. ingatkan sebab ayamnya gemoks2.. hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.