Cara Mudah Masak Pulut Kuning Kukus Guna Periuk Nasi
Dulu teringin nak masak pulut, fikir 2 3kali nak masak ke tidak. Kalau ikutkan cara orang lama memang leceh nak kena rendam dulu baru boleh masak. Ikut cara Fiza senang je, cara paling mudah masak pulut kuning guna periuk nasi je. Tak payah beria gunakan perkhidmatan periuk kukus gedabak tu. Inilah hasilnya daripada masak guna periuk. Masak sekata dan tak berkerak.
Bahan-bahan
1 1/2 beras pulut susu
1 1/2 beras pulut susu
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1/2 sb gula
1 sb minyak masak
1 helai daun pandan
1/2 cawan air
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1/2 sb gula
1 sb minyak masak
1 helai daun pandan
Kacau semua bahan dalam satu bekas dan tuangkan masuk dalam bekas beras pulut yang dah siap dibasuh. Pastikan bekas yang digunakan bekas yang sesuai untuk microwave/oven ye. Lepas tu tunggu je sampai masak. Pastikan air dalam periuk nasi tu tak kering. Bila nak masak tu, kacau kacau lah bagi rata dan biarkan masak sekata.
![]() |
Pembetulan : 1/2 cawan air sahaja |
Senang ya amat nak masak pulut kuning style macam ni kan. Campur campur dan tunggu masak je. Tak leceh dan agak cepat masak pun ye jugak. Mujur juga ada cara senang. Kalau leceh malas juga nak memasaknya. Sukatan bahan-bahan tu kau orang boleh adjust lah. Fiza tak letak santan banyak dan lebihkan air. Garam tu secukup rasa je dan gula tu bagi nak rasa lemak manis santan dan pulut masak cantik berkilat. Letak minyak untuk pulut nampak berkilat juga. Kalau guna santan segar tak perlu letak. Fiza guna santan kotak je. Tak ada santan, guna fresh milk pun boleh.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhozpQIm2cPYo9LULz7ASA6Y25R8wMqwiq80MBxTjB45I2GCRZclTzwroO5VKsTRaNlakZYNi4PUKCnLE-33uGhTsZwCfIjLmBAsGr7XQJtTGWkKxh8ULAACkKW69XhA7xOBBCpfWPv0EK4/s1600-rw/cara-mudah-masak-pulut-kuning-mudah.jpg)
Sukatan air tu betul-betul tutup paras pulut. Tapi cara macam ni okaylah kan, agak-agak tak cukup masak tambah je air, kacau dan biarkan masak je. Benda senang buat apa nak susah-susah. Hihi..Nak lagi senang masak terus dalam periuk nasi. Tapi mungkin berkerak sikitlah nanti. Tapi kalau periuk jenis tak melekat kira okay lagi lah.
dapnya kak fiza, makan macam p kenduri pulak.. Aien kalau listkan barang di luar kebiasaan, suami tak beli punya. Haha
ردحذفTakpe, lepas PKP nanti shopping barang jangan lupa beli bahan bahan ni ye :)
حذفdah dua tiga hari berlegar legar pulut kuning dlm kepala. Tetiba harini jumpa entri akak pasal pulut kuning ni. Bolehlah cuba buat sendiri nanti. boleh lepaskan hajat sendiri nak makan
ردحذفSelamat mencuba Ain :)
حذفKira macam kukus jugak yek... akak ingat masak dengan rice cooker macam masaj nasi tuh
ردحذفye kak, nak masak terus pun boleh tapi hasilnya berbeza.
حذفCantik kejadian pulut kuning tu.
ردحذفAlhamdulillah menjadi :)
حذفbagusnye..xdelah berkerak periuk nasi..
ردحذفBetul, kerak yang tak nak tu :)
حذفNasib baik baca entry sampai habis. Sis pun fikir mcm masak nasi biasa tu hehehhe
ردحذفhehe..boleh juga tapi mungkin akan ada kerak sikit kot nanti.
حذفSedapnya pulut kuning tu.. Lama Dina tak makan
ردحذفAlhamdulillah..nanti cuba ye Dina :)
حذفAduhhhh terus teringin makan pulut kuning...
ردحذفjangan lupa mencuba nanti mell :)
حذفaduih.. sedap akak mmg fv pulut kuning kari ayam
ردحذفpulut kuning kari ayam sedap jugak tu kak
حذفpenah cuba.. tapi cukuplah sekali itu saja cubaan haha..
ردحذفserik.. kesian orang yang kena makan tu =P
Hihi..kadang tak jadi yang frust tu. tapi takpe, pratice make perfect :) boleh cuba lagi
حذفWah.. menarik.. kukus dalam peiuk nasi.. mudah dan cepatkan..
ردحذفye kak sha. mudah dan cepat masak.
حذفberas pulut 1 1/2 tu 1 1/2 cawan ya fiza? nak try buat la nanti..
ردحذفye kak, satu setengah cawan
حذفwahh rajin buat pulut kuning tuu
ردحذفselai daun pandan je ?
ردحذفHaritu baru makan... Sedap dimakan bersama rendang daging yang lembut.. hehe.. Rasa macam baru lepas khatam Quran setiap kali makan pulut kuning..
ردحذف