Churros Rangup
So selepas 6 tahun kita mengchurros lagi lah. Alang-alang tengah rajin dan ada bahan-bahannya cukup. Pulak tu dah janji dengan husband nak buat kan. Kira kena buat jugaklah untuk minum petang semalam. Ternyata masih ada bakat buat churros dan masih menggunakan resepi lama. Boleh rujuk resepi churros rangup mudah dalam entri lama.
Okay takpe, Fiza copy paste semula resepi tu kat sini. Tahu dah kau orang mesti malas nak klik klik ni.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1biji telur
Nozzle muncung bintang
Piping bag
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit² atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul². Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah). Biarkan sejuk kejap.
3. Masukkan telur yang telah dipukul kembang terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Kalau nak cantik, piping kan dulu atas parchment paper/baking paper sebelum goreng. Kalau dah pro, terus piping dalam minyak masak yang telah dipanaskan dalam kuali.
6. Bila dah warna keperangan tu, angkat dan toskan.
Taburkan gula kastor atau buat chocolate dip. Memang sedap. Jangan lupa secawan kopi juga untuk hidangan minum petang. Kalau ada cinnamon powder ke caramel ke sedap juga. Sesekali tu bolehlah layankan tekak sendiri. Nak membeli musim PKP ni memang susah sikit lah.
Memang sedap makan yang ada taburan kulit manis.
ردحذفbetul. rasa dia macam special sikit :)
حذفwee, sedapnyer..
ردحذفAlhamdulillah :)
حذفsedapnya kak. niat nak buat tu dah lama. tapi tak buat-buat. hehe. nak cuba resepi akak la
ردحذفSilakan mencuba. Nak nampak lagi jelas boleh tengok youtube ada banyak resepinya.
حذفRajinnya mengchurros. Suka makan, tapi belum pernah buat sendiri.
ردحذفTetiba datang mood rajin tu kak. Nanti boleh cuba buat churros sendiri pulak kak :)
حذفsedap churros..tkpernah lg buat sdiri
ردحذفlepas ni boleh cuba buat kalau teringin makan :)
حذفTerliur akak tengok churros tu :)
ردحذفBoleh cuba nanti kak Farrah kalau terajin :)
حذفHeee, malasnya nak buat ya Allah. La ni nak makan je. Haha
ردحذفMalas buat boleh membeli terus je Aien :)
حذفMemang sedap bila buat. Tak puas makan. tp puashati lagi dari beli. hihi
ردحذفbuat sendiri lebih puas makan :)
حذفaaa sukanya churros! selalu beli kat churrostime
ردحذفcicah pulak dengan chocolate dip memang bestt
lepas ni boleh cuba buat pulak :p
حذفaaaa sedapnya. gambar aduhhh
ردحذفsilakan rajin membuatnya :)
حذفtu yang tidak pastu tuuuu. ahahakss. mudah2an rajin la nanti nak buat ni hehe
حذفMasha Allah, sedapnya :)
ردحذفSaya jadi teringat beberapa keluhan netizen Indonesia tentang Churros begini.
Selama pandemi dan mereka di rumah saja, banyak yang coba bikin Churros, lalu tidak berhasil, malah penampilannya sangat tidak cantik hahahaha
Iya, bila di rumah aja excited nak mencuba bermacam-macam resepi dan bermacam-macam rupa yang tak menjadi tu.
حذفSedapnya...dulu mak pernah sruuh buat tp tak sempat lagi..nantilah bila ada masa. hehe
ردحذفSelamat mencuba :)
حذفpernah makan sekali dekat food review, sedap jugak benda ni..tapi nak buat sendiri tu belum lagi..thanks tau share resepi, nanti boleh cuba!
ردحذفyang jual selalunya memang sedap. Selamat mencuba :)
حذفboleh try ni nanti ^_^
ردحذفSilakan :)
حذفBuat buka sedap juga ni
ردحذفSedap buat hidangan sampingan gitu :)
حذفPandai dan rajin Fizah buat churros. Kalau saya memang tak lah. Tunggu pkp habis, g kedai beli.
ردحذفMusim PKP lah rajin terlebih :)
حذفto be honest, xpenah try lg mkn churros. tetibe rasa ketinggalan sgt. hu3..
ردحذفnak cuba rasa boleh cuba buat sendiri. Atau boleh cuba beli lepas pkp nanti :)
حذفlaa, wak ingtkan kuih charkoy tuuh
ردحذفgmbr minum ptg pon ohsem., ;p
ردحذفChurros ngn coklat memang ngammm!
ردحذف