Cuba Buat Kek Batik Indulgence Viral
Okay takpe, kira yakin je lah ni buat. Buat terus je bila dah cukup bahan-bahannya. Buat tengah malam sebab nak buat kek batik ni memerlukan kesabaran walaupun bukan sejenis kek yang perlu dibakar tapi nak menunggu masa boleh tu ambil masa juga. So masa yang sesuai buat tengah malam, esok paginya dah boleh lah kot.
Fiza ikut resepi dari youtube je. Sekarang ni resepi semua tengok youtube je senang sebab boleh tengok cara masak sekali macam mana kan. Kalau kau orang nak cuba buat, ikut resepi ni macam mudah dan lebih jelas nak membuatnya.
Setelah berusaha gigih buat sampai siap. Esoknya nak keluarkan kek daripada spring form tu macam rasa gagal dah. Bukak je spring form chocolate ganache atas tu meleleh, Tersilap sukatan adunan agaknya lah sebab chocolate ganache tu ikut suka letak sukatan dia. Bajet pandai sangat kan. Dah suruh ikut resepi tak nak. Bukan tak nak, mungkin jenis bahan berbeza. Takpelah, janji sedap. Chocolate leleh pun sedap kan. Cuma presentation dia memang failed.
Fasa II PKP ni agak kurang makan dan kurang rajin nak masak nasi dan lauk bagai. Jemu mungkin, jadi kita makan apa yang kita nak makan dan makan bila lapar je. Buat kek batik ni bolehlah makan bila lapar. Coklat dan biskut pun boleh buat kenyang juga kan.
Credit : resepi youtube buat orang lapo
Asal kek batik tu rasa sedap pada tekak Fiza.
ReplyDeleteSaya lama-lama pun dah tak rasa nak makan sangat.
ye kak. Janji sedap makan okaylah tu kan :)
Deletemeleleh pun sedapp tu cokelat dia. haha. sedappnyaa!
ReplyDeletehaa itulah penyedap kekecewaan dia :)
DeleteScroll laju2...kang takleh tahan plak tengok dan terbayang-bayang, akak dah la tgh cut sugar
ReplyDeleteadududu..ampun kak, sila scroll selaju boleh :p
DeleteLeYa hari tu pun baru lepas baut Kek Batik.. Tapi belum buat lagi la Kek Batik Indulgence ni.. Nanti boleh try
ReplyDeletesaja cuba ni sebab tak pernah buat indulgence style. nice to try kak :)
Deletecoklat tu meleleh lagi nampak tempting....sedap tuuu....
ReplyDeleteKann..meleleh tu nampak sedap tapi itulah dapat potongan slice kurang cantik.
Deletesama la kak fiza, kurang nak makan nasi. Makan benda lain laju.. Hehehe
ReplyDeletedah jemu mungkin. kena makan apa yg ada dan selera nak makan.
DeleteMenarik ni
ReplyDeletemenarik untuk dicuba sis.
DeleteAduh, meleleh-leleh toppingnya... Itu yg sedap tu Fiza :)
ReplyDeleteSyukur rasa dia tak mengecewakan :)
DeleteNak jadi cantik macam dalam youtube tu kena banyak kali practise. Nanti lama2 jadi la tu. Janji rasa sedap
ReplyDeletenak practise banyak kali pun fikir banyak kali ni sebab bahan bahan dia susah nak dapat musim pkp ni. lps pkp boleh cuba lagi :)
Deleteright now ray rindu sgt nak makan kek batik yg my lil sis buat. huwaaa
ReplyDeletesabar sabar..lepas pkp boleh mintak kakak ray buat :)
DeleteNi pun dah nampak sedap pada mata saya 🤤🤤... betullah.. pkp fasa 2 ni, jadi tak selera dah nak makan nasi kan.. hahaha... kena tambah stok benda lain pula ni...
ReplyDeletejanji sedap dimakan cukuplah kan. hihi..itulah, cari makanan lain supaya tak jemu.
Deletesedapnya.. nak buat bahan pula tak cukup..
ReplyDeleteskang bahan bahan kek batik pun terlajak laris. susu segar dan biskut marrie laku teruk.
Deletehahahhaha yeee, memang boleh kenyang makan kek ni, tapi tak seimbang nanti..eeee fiza niii...patut bagi akak semua kek tu! hahahahah
ReplyDeleteharus makan benda lain kak..makan ni sepotong pun dah jemu..kalau dekat dah hulur kak :)
DeleteAduuussss... topinya tu mengancam selera! Sedap sangat!
ReplyDeletetopping tu yang buat tambah lagi sedap tu kan.
DeletePerghhhhh menggoda mata memandang. Lapaq terussss
ReplyDeletehihi..dari mata turun ke hati :)
Deleterupa dia comey laaaa.. nampak menjadi tu. yang penting memang rasa dia.. janji soooodap kan. kite yang kek batik biasa pun kadang jadi kadang tak jadi. hahaha kalo cenggini yang canggih surrender la. order sajalah =P
ReplyDeletetopping dia je lah yang failed. rasa tu kira lulus lagi :)
Deletesedapnya...mmg terliur sbb rmi dok buat..tk try lg
ReplyDeletekita pun terliur lalu terajin membuatnya.
Deletesedappp
ReplyDeletetgh gmbr meleleh tu yg sedapp
ReplyDeleteSaya suka buat kek batik.. dan makan.. tai selalunya x indulgence.. bishe biashee je . takdak topping bagai.. hahaha.. nanti try la.. nampak sangat menyelerakan! Gituh!
ReplyDelete