Header Ads

Daftar i-Lestari KWSP Online Mudah dan Cepat

Lama jugak postpone nak buat permohonan pengeluaran i-lestari kwsp sebab belum daftar i-lestari lagi. Almaklumlah sejak dah tak bekerja ni tunggu penyata je lah setiap tahun. Nak ada akaun online tu memang tidak lah. Bila PM umumkan boleh buat pengeluaran i-lestari ni barulah terhegeh-hegeh nak buat akaun online. Start awal April pun website kwsp memang jammed, itu yang biar dulu lah.

Lepas tu tengok cara-cara nak daftar akaun online kwsp pun kena buat melalui kiosk atau call ataupun email. Nak pergi kiosk kwsp tu tak mungkinlah bila musim COVID 19 ni. Nak call, line sibuk je. Nak buat melalui email, kena ambil gambar IC lah kena ambil gambar dengan IC dan kena ada penyata akaun pengesahan no.phone. Banyak kerja kan?

Sekarang dah ada cara yang lebih mudah dengan daftar i-lestari secara online, mudah dan cepat melalui link  https://ilestari.kwsp.gov.my. Lega bila ada cara yang lebih mudah ni. Sementara tengah mudah nak buat permohonan ni, tak bertangguh dah. Terus je buat.


Lepas klik link atas tu, klik pada permohonan baru dan akan keluar borang macam kat bawah ni. Hanya satu page je yang perlu di isi. Tak yah pening-pening dah. Dah isi, klik hantar. Settle.

Lepas tu boleh semak status selepas 2 hari katanya. Harap-harap permohonan berjaya. Kali pertama nak keluarkan kwsp ni. Iyelah kan, nak tunggu umur 55 lambat lagi. Memang tak terfikir pun nak keluarkan sebab itu untuk kegunaan masa depan nanti walaupun jumlahnya tak banyak mana. Simpanan yang sangat berguna. Tapi terpaksa jugalah keluarkan simpanan sikit. 

هناك 16 تعليقًا:

  1. dah ada.. tapi duit dalam tu sendu sejak lama tak kerja. Haha

    ردحذف
    الردود
    1. huhu..kena sampai umur lah nanti baru boleh keluarkan akaun 1 tu.

      حذف
  2. memang bagus untuk kegunaan di masa sesak. okay sangat

    ردحذف
  3. kita tak layak nak memohon..tak keje lagi...kohkohkoh

    ردحذف
  4. skrg dh ada i-sinar .. leh kuar rm10k one off., ;p

    ردحذف
  5. Dah apply.. dah masuk dah.. syukur Govern memudahkan urusan.. Syukur ada rezeki Allah kurniakan melalui hal sebegini..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.