Homemade Asam Keping

Sabtu dah! Bila musim PKP ni, hari apa pun dah tak tahu dah. Tahu tahu dah sabtu! Aduhaiii, tak elok pulak nak mengeluh. Bersyukur sepatutnya duduk rumah ni. 

Kalau menjalani hidup yang normal, hari sabtu ni dah planning dah nak jalan kemana kan. Dah berminggu-minggu tak kemana ni, makanya kat rumah aktiviti memasak, mengemas, marathon movie, berblog dan lagi satu photoshoot. 

Tapi since cuaca mendung ni, mood pun mendung sebab lighting tak on point. Sia-sia ambil gambar tapi tak cantik tanpa cahaya. 

Okay, berbalik kepada tajuk tu. Asam keping atau ada yang panggil asam gelugor salah satu bahan asas yang wajib ada bagi orang Malaysia. 

Kalau tak ada tu, mungkin lebih suka gantikan asam keping dengan bahan lain yang lebih kurang penggunaannya. Ada orang suka gantikan dengan limau, lemon dan asam jawa. 

Saya panggil asam keping. Tapi buah dia panggil asam gelugor sebab belum menjadi asam keping gitu.

model : Encik husband

Asam keping ni banyak khasiatnya dan digunakan untuk kesihatan dan kecantikan. Tapi guna nama saintifik Garcinia Atroviridis lah. 

Tak guna nama kampung asam keping ni. Mana kelas kan. Tapi kita kat dapur ni gunanya untuk cuci bahan bahan basah untuk hilangkan bau hanyir dan memasak sambal atau menu-menu masakan kampung yang sepatutnya letak asam keping.

Biasanya saya akan letak dalam lauk yang bersambal merah, sambal goreng dan juga masak lemak cili api wajib letak asam keping. Tapi ada orang gunakan asam keping juga untuk goreng telur sebab nak hilangkan bau hanyir telur tu. 

Stok asam keping kat rumah ni pun mak mertua yang bagi. Homemade asam keping sebab ada pokok sendiri kat kampung. Cuma itulah, kalau berbuah lebat je lah baru boleh buat asam keping. Kalau tidak, memang tak dapatlah buat stok.

Untung kan duduk kampung macam-macam boleh dapat. Lagipun orang dulu suka bercucuk tanam tepi tepi rumah untuk kegunaan sendiri juga masa akan datang. Nak buat asam keping pun mencabar betul lagi-lagi bab memotong tu kena nipis nipis. 

Pernah give up jugaklah nak memotong tu. Sudahnya potong je ikut suka janji dah jemur dia kecut nanti. Itupun nak kena tunggu cuaca panas baru cantik hasilnya dan tak berkulat. 

26 comments:

  1. wah~ dah rajin sangat sampai asam keping buat sendiri. Nice kak Fiza! ^^

    ReplyDelete
  2. kat kebun di kpg ada sebatang pokok asam gelugor, mmg byk dpt asam keping...puas hati buat sendiri, tahap kebersihan terjaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebiji buah asam gelugor pun boleh dapat sebekas kecil kalau potong nipis nipis. berbaloi lah juga kan.kebersihan pun terjamin sebab buat sendiri.

      Delete
  3. Replies
    1. ni bahan wajib ada ni dalam laksa. takde tak berapa power lah rasa laksa tu kan

      Delete
  4. Wahhh ternyata juga bisa buat goreng telor yaa...gak kepikiran bisa buat itu hehehe. Banyak ya kegunaan yang lain dari asam keping ini

    tks buat sharingnya ya

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam. Kat kampung saya ni, pokok asam keping pun dah berkurangan 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanam pun ambil masa lama nak berbuah. tapi takpe, boleh buat kegunaan anak cucu masa akan datang nanti,

      Delete
  6. tempoh pkp ni lah tempoh nak masak macam2..hehe...asam keping ni buat kuah lagi ada 'kick'

    ReplyDelete
  7. ye, bab nak menghiris nipis2 tu la paling mencabar..dengan getahnya lagi..adeiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mencabar tapi demi berkeping keping asam keping kena gagahkan jugalah :)

      Delete
  8. ya Allah cantiknyaaa gambar.. ct ni amek gambar suka hati jaaa hehe tatau teknik.

    asam keping.. asam jawa memang penting la kan dalam masakan2 melayu ni. kalo xdakkk tu kelam klibot jugala nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SYM. asam keping bahan asas masak yang banyak digunakan :)

      Delete
  9. Bila buat sendiri, asam keping ini lagi puas hati sebenarnya..
    Nak cepat kering dan cantik memang kena potong nipis.. dan masa jemur tu memnag time panas terik baru cantik kejadiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..potong nipis dan jemur bawah cahaya matahari terik.

      Delete
  10. wahh raajin potong asam keping2 nipis..

    ReplyDelete
  11. xde tutorial erk nak buat gmbr canggih camtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leceh sikit wak nak buatnya. Kena snap satu persatu dan compilekan semua layer dalam satu layer.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.