Kurma Madu Mazafati Dates
Kurma Madu ( Mazafati Dates)
Mazafati dates saiz dia sederhana je tak besar tak kecil. Kurma yang berwarna gelap dan tekstur dia sangat lembut dengan lembap serta rasa dia manis. Isinya sangat tebal tak macam kurma lain. Kalau nak tahu, mazafati dates dikatakan kurma paling sedap di dunia dan warnanya lebih menarik berbanding jenis kurma yang lain. Dikenali juga dengan nama kurma kimia atau kurma bam.
Juga dikenali sebagai kurma madu dan salah satu jenis buah kurma yang berasal dari Iran. Kurma madu juga antara yang popular di Malaysia dan menjadi pilihan umat Islam di Malaysia sebab harganya lebih murah dan lebih sedap. Kurma ajwa sedap katanya tapi harganya sedap jugalah, mahal okay! Tak pernah cuba lagi. Takut nak bayar bila tengok harga golongan bangsawan.
Dulu-dulu masa waktu kecil tak suka berbuka dengan kurma. Kalau tak silap, masa tu jenis kurma yang liat sikit tu kot. Tapi sekarang, suka makan kurma tapi kurma madu lah. Kalau blend kurma dengan air susu. Sedap uiii. Stok susu kurma farm fresh macam susah nak dapat sekarang. Memanjang sold out. Blend je kurma dengan susu pun jadi juga. Kadang bulan tak puasa pun suka beli stok kurma madu ni. Khasiat dia memang banyak dan kita pun tahu makan kurma tu bagus.
Kurma dapat menambah tenaga, meningkatkan ingatan dan kecerdasan otak, bagus untuk kesihatan pencernaan, memberikan kesihatan jantung yang baik, menguatkan saraf dan banyak lagi khasiat kurma ni. Rugi lah kalau tak suka kurma. Cuba try kurma madu ni, mesti kau orang pun terus suka makan kurma. Kurma apa lagi yang best? Kongsikan di kotak komen.
note : kurma berpeluh baru keluar dari peti ais
Sama suka kurma madu.
ReplyDeleteNama tak berapa reti, ada satu lain kurma warna coklat, kurus dan tinggi sedikit dan kulit kering sedikit daripada kurma madu. Itupun suka juga.
nama nama tu kadang failed juga sebab susah nak cam. Panggil kurma je sudah lah kan. hihi
Deleteisi tebal ye? ohhh boleh try ni buat susu kurma versi sendiri. nak cari la nanti
ReplyDeleteYe, cuba tau :)
DeleteDulu dia ni ranking no 1 saya tapi semenjak gusi menjadik sensitif maka carta no 1 sekarang dipegang oleh tamar Maryami which less sweet hehe... Jemput singgah: Sandwich Sardine Yang Paling Simple dialam semesta
ReplyDeleteAduhaii bikin spoil kalau sakit gigi ni. Mujur ada pengganti yang lain.
DeleteTerkesima nengok gambo dia, cantik sungguh...eh tapi serius laa, pestime baru dengar nama kurma ni..
ReplyDeleteTerima kasih Sis Lin. Pasni buleh cari kurma madu ni :)
Deleteade dekat speedmart ea?wahh nak pi cari la..xde lagi kurma ni..tak beli lagi baru igt nak cari..nak cuba la yang ni
ReplyDeleteAda, biasa beli kat 99speedmart je.
Deletet'ngiang2 yusof taiyoob b'bisik, 'yusof taiyoob..' ha3..
ReplyDeleteKann..asal masuk ramadhan je kedengaranlah bisikan tu.
DeleteSuka kurma ni jugak. Lembut je bila gigit. Rasa pun sedap
ReplyDeleteyeay, kita geng!
Deleteyang basah camni bapak akak suka...akak lebih suka yang sedang2 tak basah tak kering sangat...
ReplyDeletekurma ni sesuai juga untuk mereka yang dah berumur sebab lembut. tu yang jadi favourite ayah akak tu.
Deletemcm mahal je kurma jenis nih., ;p
ReplyDeletegmbr kurma n prop pon chantek., ;p
ReplyDeleteKalau terlebih makan kurma, ada masanya tekak sakit jadiknya.. so sy makan berpada pada gitu. hehe
ReplyDelete