Header Ads

Marhaban Ya Ramadhan 1441

Marhaban Ya Ramadhan 1441H. Selamat berpuasa untuk semua umat Islam. Ramadhan kali ni sangat berbeza, buat pertama kalinya kita sambut ramadhan di rumah masing-masing tanpa boleh keluar rumah. Takde terawih di masjid, tiada bazaar Ramadhan dan tiada aktiviti Ramadhan di luar. Semuanya hanya boleh dibuat di rumah je. New normal life yang kita perlu hadap yang entah bila akan berakhir. Ye, demi keselamatan kia semua.

Marhaban Ya Ramadhan 1441

Syahdu rasa sambut Ramadhan kali ni kan? Takpe, pujuk hati sendiri dan ada hikmah Ramadhan disebalik PKP yang dilanjutkan ni. Hikmah yang paling jelas terang lagi bersuluh, kita boleh fokus 100% ibadah puasa di bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan hal-hal duniawi. Waktu solat terjaga dan boleh menghayati Ramadhan dengan ibadah-ibadah lain.

Mungkin ini adalah  pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri lebih dekat dengan Allah untuk refleksi hati dan diri kita sendiri. Kita juga berpeluang berterawih dan berbuka dengan ahli keluarga mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga.

Dengan tiadanya Bazaar Ramadhan, kita boleh jimat belanja dengan masak sendiri di rumah. Pahala puasa pun tak terganggu dek kerana dosa mata ketika ke Bazaar Ramadhan."Tak sedap tak mengapa, boleh masuk dalam group Masak Apa Tak Jadi Harini" kata PM malam tadi. Aduhaii, ayahanda kita pandai bergurau. Tapi dalam masa sama rasa kesian juga dengan para peniaga yang mencari rezeki di Bazaar Ramadhan.

Marhaban Ya Ramadhan 1441

Buat pertama kalinya juga, kita tidak akan memikirkan tentang persiapan hari raya. Apapun yang terjadi kita perlu hadapi dengan sabar dan ketahuilah Allah maha mengetahui. 

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” -Al Baqarah 2:216


هناك 45 تعليقًا:

  1. Selamat berpuasa Fiza.
    Julung kali bazaar Ramadan tu jadi e-bazar. Kalau nak pesan secara talian. Memang semua berbeza.

    ردحذف
    الردود
    1. Ye kak NA. semua berbeza. E-Bazaar pun macam shopping online je :)

      حذف
  2. Salam Ramadan..We must keep praying Dan tingkat kan amalan... Pahala tetap berganda di Bulan Ramadan walau apa pun berlaku.... Stay strong and stay safeeee

    ردحذف
    الردود
    1. ye, semoga kita terus kuat dan staysafe at home. Tingkatkan juga amalan di bulan puasa.

      حذف
  3. Selamat berpuasa jugak!! hehe semoga kita semua dapat manfaatkan bulan ni sepenuhnya ^_^

    ردحذف
  4. Salam ramadhan dan selamat berpuasa Fiza...

    ردحذف
  5. salam ramadan! semoga kita dilimpahi dengan rahmatNya :D

    ردحذف
  6. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah2 yang lainnya

    ردحذف
  7. Salam ramadan fizah..lama tak blog walking ke sini.
    Dek kerana virus di blog akak .

    ردحذف
  8. Selamat berpuasa, semoga berkah hingga hari kemenangan nanti.
    Di sini juga sepi rasanya.
    Anak saya bahkan bertanya terus, kapan gerangan Corona berlalu, dia rindu tarawih di masjid.

    Semoga corona segera berlalu, semoga kita bisa menyambut hari penuh kemenangan dengan berpisah dari corona, aamiin :)

    ردحذف
  9. Salam ramadan Fiza,cantiknya telekung! :) tahun ni mungkin tak seronok sikit tapi apalah sangat kan,janji kita sihat

    ردحذف
    الردود
    1. Salam Ramadhan. Terima kasih :) Ye, betul. Janji kita semua sihat menunaikan ibadah puasa dan lain-lainnya.

      حذف
  10. cantik sangat gambarnya Fiza! selamat menunaikan ibadah puasa ya!

    ردحذف
  11. Ramadhan kali ini adalah yg pertama dlm sejarah hidup saya.. ada hikmah di sebalik setiap kesulitan ini .. semoga kita terus tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini

    ردحذف
  12. Selamat menjalankan ibadah Ramadahan juga mba. Semoga ibadah kita semua lancar dan doa kita maqbul untuk mengusir covid19 ini. Aamiiin

    ردحذف
  13. Betul syahdu je kan kak fiza puasa tahun ni..terfikir juga para peniaga bazaar tu mcm mana la agaknya..tapi sekarang byak yg buat ebzaar..delivery hope semuanya baik baik..selamat berpuasa sis

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat berpuasa. Moga E-Bazaar dapat membantu semua peniaga mencari rezeki.

      حذف
  14. Ramadhan Kareem buat fiza sekeluarga.. selamat berpuasa ye

    ردحذف
  15. Ya mbak, Ramadhan kali ini berbeda dengan tahun sebelumnya ya karena pandemi Covid ini. By the way selamat menjalankan ibadah puasa ya, oh ya saya mbak Nana salam kenal ya!

    ردحذف
  16. Betullah, boleh tumpu pada puasa dan ibadah. Saya pun malas fikir raya. Dah port shopping raya kat KL pun kena pagar kawat. Huhu

    ردحذف
  17. Selamat berpuasa dik.
    Dulu ada yang ingin masak sendiri setiap kali bulan puasa, ada ibubapa yang risau dengan anak-anak yang berpuasa di sekolah di bawah terik matahari, ada yang bising bila imam solat terawih baca surah yang panjang dan ambil masa yang lama. Jadi Allah makbulkan doa kita semua tahun ini dengan hantar virus yang bersaiz nanometer ini Covid-19
    Moga Allah terima ibadah kita semua di bulan yang mulia ini sobs sobs :)

    ردحذف
    الردود
    1. Aamiin...
      Betul tu kak. Ibadah puasa dan semua amalan di rumah dengan keluarga.

      حذف
  18. Moga dipertemukan dengan next Ramadan.. InshaAllah...

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.