Sarapan Pagi Japanese Souffle Pancake

Sepatutnya harini dah berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh bebas keluar. Tapi disebabkan virus COVID-19 makin meningkat dari sehari ke sehari, makanya esok bermula fasa kedua stay home. 

Masih lagi duduk di rumah diam-diam cuma husband je keluar sorang bila barang habis. Selagi mencukupi kita duduk diam diam kat rumah. Ye, memang bosan tapi inilah usaha kita paling mudah untuk bantu negara kita bebas Virus covid ni.

Bila duduk berkurung dalam rumah, aktiviti masak menjadi-jadi pulak kan. Dalam masa yang sama rasa bosan dah masak. Jadi, untuk menghilangkan rasa bosan masak menu yang dah biasa masak tu saya cubalah resepi  yang tak pernah masak atau jarang-jarang masak. 

Sekarang pun tengah kegilaan dengan resepi viral. Sedang ada bahan-bahan tu eloklah disegerakan mencuba Japanese Souffle Pancake yang orang kata sedap dan mudah nak buatnya pun. 


Japanese souffle pancake adalah sejenis hidangan jepun yang enak dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang. Tapi di Malaysia ni, anytime je boleh makan. Tak ada spesifik waktu. 

Asal teringin je boleh buat sendiri. Kalau beli diluar katanya mahal juga harganya. Tak tahu lah berapa harganya sebab tak pernah lagi atau saya je yang tak tahu kat mana. 

Disebabkan bahan-bahan sikit dan mudah nak buat, saya pun cubalah buat untuk sarapan pagi. Ikut je resepi mudah ni.


Resipi Japanese Souffle Pancake

Adunan A
2 biji telur kuning
15 ml susu segar
1 tutup esen vanilla
Tepung kek 30g
Baking powder 1g

Adunan B
2 biji telur putih
Gula 30g

Cara penyediaan  :
1. Satukan 2 biji telur kuning, susu segar, esen vanilla. Kacau rata kemudian masukkan tepung dan baking powder dengan cara mengayak sambil kacau adunan untuk elakkan adunan berketul ketul. Dah kacau rata ketepikan dulu.

2. Siapkan adunan B pulak, kacau telur putih sampai berbuih dengan mixer. Kemudian masukkan gula dan pukul sampai pekat likat macam meringue. Kaup separuh dan campurkan dengan bahan A. Dah rata, campur separuh lagi. Masa campurkan dua adunan ni gaul perlahan manja-manja tak payah guna mixer okay.

3. Panaskan kuali non stick letak minyak sikit je. Letak satu scoop kemudian letak lagi satu scoop untuk bagi pancake tebal sikit. Nak tebal lagi tambah lagi 1 scoop adunan. Biarkan masak 2 minit baru terbalikkan. Nak senang kau orang guna scoop aiskrim. Dah terbalik tunggu masak kejap dan angkat. Siap!


Sedap! Lembut je bila gigit tu. Alhamdulillah menjadi souffle pancake ni. Bolehlah buat lagi. Ada juga yang tambah jus lemon untuk tambahkan lagi kesedapan dan nyah bau telur tu. 

Nantilah cuba tambah lemon pulak. Sedap di makan dengan honey, gula icing, berries ataupun whipped cream. Ada chocolate syrup lagilah sedap kan. Well, bolehlah tiruvasi menu ni untuk breakfast kau orang di rumah. Atau untuk minum petang.

credit resepi & video : youtube So Yum Cooking

46 comments:

  1. sedapnye....teringin juga nak buat...tpi tepung kek xde stok...so tunggu lepas PKP je la nnti....

    ReplyDelete
  2. aaaa dah banyak nampak blogger try buat ni...nak kena cuba jugak lerr, boleh tukar tepung kek tu guna tepung gandum kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kak jangan tak cuba. boleh, ada nampak orang buat guna tepung gandum jugak.

      Delete
  3. Nambah satu resep baru nih yg nanti harus di coba hehehe ..

    Pas banget buat nemenin nulis blog sambil ngemil pancake ini ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus dicobain sis. kalau sambil menulis sambil makan tak siap kerjanya nanti :p

      Delete
  4. good job sis, cantik kejadiannya. saya pernah try, menjadi walaupun hangit sikit sebab guna kuali bkn yg nonstick. sedap tu sedap cuma krg tahan dgn hangir telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cukup cantik lagi ni kak. kena add on lemon juice utk kurangkan bau hanyir telur tu :)

      Delete
  5. eee. geram tngok. nampak lembut sngt.. sedapnya!

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. tebal sikit lagilah nampak gebu. ni dah sejuk sikit dok sibuk amek gambar :p

      Delete
  7. baru tahu kalau ada masakan pancake seperti ini kak, bisa juga nih buat hidangan keluarga disaat #HarusDirumah, apalagi bahannya mudah didapat

    ReplyDelete
  8. kalau rasa bosan memasak...boleh sahaja untuk makan-makan

    bagaimanapun bosan di rumah lebih baik dari bosan di Hospital atau penjara akibat covid-19

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. kat rumah masih bebas lagi kalau berkurung.

      Delete
  9. boleh nampak lembut je pancake ni... ^^

    ReplyDelete
  10. kalau souffle itu teksturnya sangat mengembang, ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul kembang daripada hasil pukulan telur putih dengan gula tu.

      Delete
  11. Saya setuju... kadang-kadang rasa bosan nak masak. Bahan pun kurang sebab susah nak keluar.
    Japanese souffle pancake tu nampak comel jew.... cantik!

    ReplyDelete
  12. Menarik untuk dicuba...thanks for sharing..

    ReplyDelete
  13. Viral jugak lempeng ni. Masak dia agak lama tapi kalau jadi memang seronok. Setuju part orang malaysia makan mana ada ikut time minum petang ke dinner ke hape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak dia kejap je. antara menu yang mudah nak buat juga.

      Delete
  14. Bahan-bahan tu, memang ada je di rumah... bole cuba ni

    ReplyDelete
  15. sedapnya... Sesekali buat sarapan menakjubkan macam nie, mampu membahagiakan jiwa.. hehehe.. meh la anta kat sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kalau menjadi memang bahagia. mampu hulur gambar je kak sha..rumah jauh.

      Delete
  16. Oh my, I just publish a post about soufflé pancakes too!
    Tapi saya punya store-bought je, nak buat sendiri tak sempat beli bahan lagi maybe next week inshaAllah.
    Those look pretty great and mouthwatering mashaAllah.. terliur

    ReplyDelete
  17. sedapnya kak fiza! waktu pkp ni mcm2 mkann viral homemade

    ReplyDelete
  18. Terus teringat dorayaki doraemon 😁

    ReplyDelete
  19. Halo salam kenal kak fiza, mau coba praktek resepnya juga. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. tak cukup gebus ni.nanti nak try buat lagi gebus gebas.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.