Sarapan Pagi Japanese Souffle Pancake
Masih lagi duduk di rumah diam-diam cuma husband je keluar sorang bila barang habis. Selagi mencukupi kita duduk diam diam kat rumah. Ye, memang bosan tapi inilah usaha kita paling mudah untuk bantu negara kita bebas Virus covid ni.
Bila duduk berkurung dalam rumah, aktiviti masak menjadi-jadi pulak kan. Dalam masa yang sama rasa bosan dah masak. Jadi, untuk menghilangkan rasa bosan masak menu yang dah biasa masak tu saya cubalah resepi yang tak pernah masak atau jarang-jarang masak.
Sekarang pun tengah kegilaan dengan resepi viral. Sedang ada bahan-bahan tu eloklah disegerakan mencuba Japanese Souffle Pancake yang orang kata sedap dan mudah nak buatnya pun.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrmefhFAC-PzgcG2Z__DsfSBEXmk7hc-rTS68Y-KJThhxP0NV3tXZsFffFIC7bHrjXV6Pg6PSNOp9chwo6gFcwEoXeuqgon4xM8MceA7D8-PHMytGN-psdaoaaxZbCXXD67G3P7048f11I/s1600-rw/japanese-souffle-pancake-untuk-breakfast.jpg)
Japanese souffle pancake adalah sejenis hidangan jepun yang enak dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang. Tapi di Malaysia ni, anytime je boleh makan. Tak ada spesifik waktu.
Asal teringin je boleh buat sendiri. Kalau beli diluar katanya mahal juga harganya. Tak tahu lah berapa harganya sebab tak pernah lagi atau saya je yang tak tahu kat mana.
Disebabkan bahan-bahan sikit dan mudah nak buat, saya pun cubalah buat untuk sarapan pagi. Ikut je resepi mudah ni.
Resipi Japanese Souffle Pancake
Adunan A
2 biji telur kuning
15 ml susu segar
1 tutup esen vanilla
Tepung kek 30g
Baking powder 1g
Adunan B
2 biji telur putih
Gula 30g
Cara penyediaan :
1. Satukan 2 biji telur kuning, susu segar, esen vanilla. Kacau rata kemudian masukkan tepung dan baking powder dengan cara mengayak sambil kacau adunan untuk elakkan adunan berketul ketul. Dah kacau rata ketepikan dulu.
2. Siapkan adunan B pulak, kacau telur putih sampai berbuih dengan mixer. Kemudian masukkan gula dan pukul sampai pekat likat macam meringue. Kaup separuh dan campurkan dengan bahan A. Dah rata, campur separuh lagi. Masa campurkan dua adunan ni gaul perlahan manja-manja tak payah guna mixer okay.
3. Panaskan kuali non stick letak minyak sikit je. Letak satu scoop kemudian letak lagi satu scoop untuk bagi pancake tebal sikit. Nak tebal lagi tambah lagi 1 scoop adunan. Biarkan masak 2 minit baru terbalikkan. Nak senang kau orang guna scoop aiskrim. Dah terbalik tunggu masak kejap dan angkat. Siap!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJdB2siniRfvXlIYlqtcApfQzrE87bOTuwkS2uuQJJMiVkXID1rTPp5rpMBb7C0awlmy-sKidCj9zkA6-41Jjx1py2twx9nzbmaxsrwZmcsFt236wvjGtNu66NGQPe72slbIYKkOaXJm3a/s1600-rw/japanese-souffle-pancake-untuk-breakfast-mudah.jpg)
Sedap! Lembut je bila gigit tu. Alhamdulillah menjadi souffle pancake ni. Bolehlah buat lagi. Ada juga yang tambah jus lemon untuk tambahkan lagi kesedapan dan nyah bau telur tu.
Nantilah cuba tambah lemon pulak. Sedap di makan dengan honey, gula icing, berries ataupun whipped cream. Ada chocolate syrup lagilah sedap kan. Well, bolehlah tiruvasi menu ni untuk breakfast kau orang di rumah. Atau untuk minum petang.
credit resepi & video : youtube So Yum Cooking
sedapnye....teringin juga nak buat...tpi tepung kek xde stok...so tunggu lepas PKP je la nnti....
ردحذفboleh juga guna tepung gandum.
حذفaaaa dah banyak nampak blogger try buat ni...nak kena cuba jugak lerr, boleh tukar tepung kek tu guna tepung gandum kan...
ردحذفcuba kak jangan tak cuba. boleh, ada nampak orang buat guna tepung gandum jugak.
حذفNambah satu resep baru nih yg nanti harus di coba hehehe ..
ردحذفPas banget buat nemenin nulis blog sambil ngemil pancake ini ..
harus dicobain sis. kalau sambil menulis sambil makan tak siap kerjanya nanti :p
حذفgood job sis, cantik kejadiannya. saya pernah try, menjadi walaupun hangit sikit sebab guna kuali bkn yg nonstick. sedap tu sedap cuma krg tahan dgn hangir telur.
ردحذفbelum cukup cantik lagi ni kak. kena add on lemon juice utk kurangkan bau hanyir telur tu :)
حذفeee. geram tngok. nampak lembut sngt.. sedapnya!
ردحذفboleh cuba nanti busyra :)
حذفnmpk gebooo...ada tgk org buat
ردحذفtebal sikit lagilah nampak gebu. ni dah sejuk sikit dok sibuk amek gambar :p
حذفbaru tahu kalau ada masakan pancake seperti ini kak, bisa juga nih buat hidangan keluarga disaat #HarusDirumah, apalagi bahannya mudah didapat
ردحذفye, boleh dicobain nanti di rumah :)
حذفMakan panas-panas mesti sedap kan...
ردحذفbetul. Panas panas lagi sedap rasa dia.
حذفkalau rasa bosan memasak...boleh sahaja untuk makan-makan
ردحذفbagaimanapun bosan di rumah lebih baik dari bosan di Hospital atau penjara akibat covid-19
ye, betul tu. kat rumah masih bebas lagi kalau berkurung.
حذفboleh nampak lembut je pancake ni... ^^
ردحذفapatah lagi merasainya :)
حذفkalau souffle itu teksturnya sangat mengembang, ya
ردحذفye, betul kembang daripada hasil pukulan telur putih dengan gula tu.
حذفSaya setuju... kadang-kadang rasa bosan nak masak. Bahan pun kurang sebab susah nak keluar.
ردحذفJapanese souffle pancake tu nampak comel jew.... cantik!
terima kasih kak :)
حذفnak buattttttt
ردحذفsila sila Ray :)
حذفMenarik untuk dicuba...thanks for sharing..
ردحذفSilakan mencuba kak :) sama²
حذفViral jugak lempeng ni. Masak dia agak lama tapi kalau jadi memang seronok. Setuju part orang malaysia makan mana ada ikut time minum petang ke dinner ke hape.
ردحذفmasak dia kejap je. antara menu yang mudah nak buat juga.
حذفBahan-bahan tu, memang ada je di rumah... bole cuba ni
ردحذفselamat mencuba :)
حذفsedapnya... Sesekali buat sarapan menakjubkan macam nie, mampu membahagiakan jiwa.. hehehe.. meh la anta kat sha..
ردحذفhehe..kalau menjadi memang bahagia. mampu hulur gambar je kak sha..rumah jauh.
حذفOh my, I just publish a post about soufflé pancakes too!
ردحذفTapi saya punya store-bought je, nak buat sendiri tak sempat beli bahan lagi maybe next week inshaAllah.
Those look pretty great and mouthwatering mashaAllah.. terliur
oh ye? nak terjah sat lagi. tq tqa :)
حذفsedapnya kak fiza! waktu pkp ni mcm2 mkann viral homemade
ردحذفJangan lupa cuba buat nanti ciktimm
حذفTerus teringat dorayaki doraemon 😁
ردحذفHihi..tapi dorayaki ada inti..ni xde :)
حذفHalo salam kenal kak fiza, mau coba praktek resepnya juga. Thanks for sharing
ردحذفsalam kenal. silakan mencuba :)
حذفgebusnyaaaa tengok !! geram hehe..
ردحذفtak cukup gebus ni.nanti nak try buat lagi gebus gebas.
حذفsedapnyerr.,
ردحذفmasak pakai youtube senang., ;p
ردحذف