5 Jenis Ikan Yang Sedap Di Bakar
Menu berbuka puasa Ramadhan ke dua puluh dua semalam, masak ikan cencaru bakar lagi. Ikan bakar lah masakan paling senang. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit perencah dia pun dah sedap rasa dia. Ikan bakar ni kena makan panas-panas.
Tak semua orang suka makan ikan bakar. Ada yang tak suka sebab masakan bakar ni jenis makanan yang kering. Tak ada masalah tu. Tak suka jenis kering, boleh buat ikan bersambal. Ape ada hal kan. Nak rasa ikan yang original letak garam dan serbuk kunyit je.
Letak garam saja pun bolehhhh. Itu dah kira resepi ikan bakar paling basic lah tu. Tak tahu juga tak tahu lah nak kata apa dah!
Tapi! Tak semua ikan sedap di bakar ye. Ada juga ikan yang tak sesuai di bakar. Lepas tu ada pulak yang tak makan ikan air tawar, makan ikan laut je. Ikan tawar hanyir katanya. Kalau saya, dua-dua makan tapi jenis memilih juga juga jenis-jenis ikan. Nah, saya kongsikan jenis-jenis ikan bakar yang sedap.
5 Jenis Ikan Yang Sedap Di Bakar
1. Ikan Cencaru
Ikut carta saya, ikan cencaru ikan laut paling enak dimakan dan sesuai untuk dibakar. Ikan cencaru atau orang panggil ikan jaket ni jenis ikan kulit tebal. So bila bakar tu tak risau lah isi dia hangus ke apa. Isi pun elok je walaupun kulit terbakar teruk. Lagipun ikan cencaru ni pun murah je.
2. Ikan Siakap
Selain masak stim limau/lemon dan sweet sour, ikan siakap ni kalau dibakar memang sedap. Isi dia lembut tapi bab nak membuang sisik tu agak leceh kalau beli yang belum disiang. Nasiblah kan struggle membuang sisik ikan. Nak senang pergi beli kat kedai yang boleh siang ikan siap-siap. Senang kerja masak nanti.
3. Ikan Kembung
Ikan kembung susah nak dapat sekarang ni. Tak tahu lah kenapa. Setiap kali beli barang basah, yang ada cuma ikan spesis kembung macam ikan selar dengan ikan mambong. Ikan kembung ni terlajak laris. Harga dia pun boleh tahan mahal sekarang ni. Ohh lupa, sebab ikan kembung ni jenis ikan yang sedap dimasak apa pun. Sebab tu cepat habis. Dibakar kosong dengan garam pun sedap okay!
4. Ikan Bawal
Ikan bawal ni isi dia tak tebal dan tak lembut sangat pada saya. kalau dibakar tu seeloknya kena bungkus supaya isi dia tak hangus dan terlebih masak. Lebih sedap dibakar dengan sambal juga. Bakar kosong dengan garam dan serbuk kunyit agak kurang sedap rasanya.
5. Ikan Tenggalan
Pernah dengar ikan tenggalan? Atau mungkin ada nama lain kot. Tapi inilah nama ikan yang saya kenal sejak kecil sebab dari kecil dah biasa makan ikan sungai. Kalau dapat ikan tenggalan besar tu, memang di bakar terus la cerita dia. Perasakan dengan garam pun dah rasa manis isi ikan tu. Makan pulak dengan air asam atau sambal kicap memang terbaik lah rasa dia.
Tapi ikan tenggalan ni banyak tulang. Leceh betul kalau nak makan tu. Jangan sampai tercekik tulang sudah lah. Dengar orang kata kalau ikan banyak tulang ni ikan yang sedap. Betul ke ek? Fakta ke auta entah. Ada yang tahu?
Ada beberapa lagi jenis ikan yang sedap dibakar selain ikan cencaru, ikan siakap, ikan kembung, ikan bawal dan ikan tenggalan. Ini ikut citarasa saya je. Lain orang lain citarasa dia. Boleh juga bakar ikan merah, ikan jenahak, ikan kerapu dan banyak lagi jenis ikan. Ikan apa lagi yang sedap di bakar selain semua di atas?
Cadangan tambahan :
Cadangan tambahan :
- Ikan ketuka, spesis ikan pari
RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL
2 labu bawang besar *dikisar
2 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
1 batang serai *dikisar
4 sb cili kisar
4 sb air asam jawa
2 sb sos cili
2 sb gula
1/2 sk garam
minyak masak
CARA BUAT SAMBAL IKAN BAKAR
Kisar bahan-bahan yang bertanda *. Kisar halus ye baru sedap. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan cili kisar, sos cili dan juga air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Masak lama sikit lah macam tu. Sesekali kacau untuk elakkan hangit pada bahagian bawah sambal.
Bila hampir masak baru perasakan dengan garam dan gula. Kacau sekejap dan tutup api. Kalau saya suka buat sambal ikan bakar ni lebih sikit buat stok. Bila nak bakar ikan senang sambal dan siap sedia tinggal perasakan ikan dengan garam dan serbuk kunyit je bakar dulu. Lepas tu baru lah letak sambal. So sambal dia tak hangus lah bila letak kemudian. Kalau bakar siap-siap memang hangus hangit sambal tu nanti.
Nak sedap masak bungkus daun pisang dan daun kunyit. Kat bandar susah nak dapat dan pisang, kita bakar guna aluminium foil je la kan. Bakar 15 minit, kemudian terbalik kan tambah lagi 10 minit. Selepas 10 minit bukak bungkusan dan letakkan sambal. Tambah lagi 5 minit masak. Sedap dan mudah je awak-awak nak masak pun.
ikan tenggalan tak pernah dengar...tak tahu la kalau2 pernah makan tapi tak tahu nama kan...macam ikan terubok la ni banyak tulang...
ReplyDeletemaybe tempat lain panggil nama lain kot..tak pasti. ikan terubok sedap tapi banyak tulang..kurang suka =__='
DeleteIkan tenggalan memang sedap dipanggang. Sekarang ni susah sangat nak dapat. Dulu selalu ikut suami memancing ikan lampam di sungai, sesekali pancing mengena ikan tenggalan.... besar pulak tu!Pernah sekali keluar adik ipar ikut memancing, dapat tenggalan seekor, punyalah besar! Balik rumah, terus timbang...1.5kg beratnya!
ReplyDeletesekarang agak susah nak jumpa ikan ni. ikan tenggalan kalau dapat yang besar tu memang puas makan sekeluarga. selalu yang besar besar tu memang dibakar je. ikan lampan pun sedap juga.
Deletepaling suka ikan cencaru dengan ikan pari bakar..
ReplyDeletekita tak makan ikan pari. tu yang tak masuk dalam list. hihi :)
Deletesuka makan ikan tukar bakar cicah asam.
ReplyDeleteikan tukar? tak pernah dengar nama ikan tu.. jap lagi nak google..uish cicah asam memang sodap!
DeleteBiasanya bakar ikan terubuk
ReplyDeleteikan tuka pun boleh
ikan terubuk pun sedap tapi banyak tulang..ikan tuka tu tak pernah dengar wak.
Deletesodapnyooooo
ReplyDeleteAlhamdulillah...boleh cuba masak nanti Ray :)
Deleteok fine.. ikan cencaru ada seko lam peti. leh cuba buat.. hehe..
ReplyDeletehaa..apa lagi, sila masak untuk berbuka nanti okay.
DeleteFav ikan siakap bakar.. Br je aritu husband buat.. Ikan tenggalan xpernh dgr
ReplyDeleteikan tenggalan tu ikan sungai dan mungkin ada nama lain kot
Deletecencaru tu is kebiasaan la kan.
ReplyDeleteseminggu, surely sekali ada buat ikan cencaru bakar :)
dgn kicap cili padi bawang.
atau air asam.
cencaru tu antara ikan wajib ada lah buat stok ikan bakar. cicah air asam tu memang sedap betul
Deletemama mmg suka caru bakar. makan dgn kicap dgn cili api pun dah sedap
ReplyDeleteyeay! sama suka ikan cencaru.
DeleteCencaru dan kembung pilihan sayaaaa! Tenggalan.. x pernah plak dengor
ReplyDelete