Header Ads

Cili Api Merah Super Pedas

Suka pedas? Sudah tentu! Dah dari dikecil di ajar makan pedas, mana mungkin nak melupakan masakan pedas. Masakan yang tak pedas, berkemungkinan akan direject mentah-mentah. Kahwin pulak tu dengan orang Nismilan. Lagi bertambah podeh kena masak.

Serius cakap, kalau tak pedas boleh putus selera nak makan. Setuju tak wahai pempedas sekalian?Sebenarnya kalau nak masak masakan kampung, lebih sedap sekiranya guna cili api kampung. Guna cili api bandar yang acah-acah kampung tu rasa dia kurang sedap dan kurang pedas. 

Disebabkan susah benar nak dapat cili api kampung kat bandar ni, Fiza suka beli cili api merah tempatan yang super pedas tu seperti gambar di bawah. Biasanya sebulan sekali balik kampung mak dah sediakan stok cili api kampung tu.

Tapi iyelah kan sebab musim PKP ni tak boleh nak balik kampung. Kemurungan tak dapat balik kampung dan kemurungan juga tak dapat stok cili api kampung. Nak tak nak terpaksa jugalah beli cili api merah super pedas ni. Harga cili padi 1 kg pun dah mahal sekarang ni. Kalau dapat murah kira untung dah tu. Lagi untung dapat bekalan dari mak, free je. Hihi


Cili api pedas ni lah  penyebab utama lauk ayam masak lemak cili api berubah warna tu. Tak tahulah nama yang sebetulnya. Pada tag pun dia tulis cili api merah/pedas. Itu je! Cili api ni kalau buat sambal gesek memang power lah. Sedap dan pedas tu terasa betul. Memang sesuai guna cili api merah.

Cili api kampung pulak sesuai buat sambal belacan belimbing buluh atau sambal belacan style kampung lebih sedap. Sambal belacan pun dah moden sekarang okay!. Buat style ala sambal gesek tu. Kena masak dengan cara goreng/rebus. Lepas tu baru tumbuk atau blend dan simpan buat stok dalam peti ais. Nak makan ambil je tak payah susah-susah nak buat bila masa nak makan.

Tapi kalau style mak-mak kita lebih suka resepi tradisi sambal belacan cili api mentah dan tumbuk guna lesung batu. Kannnn....



هناك 33 تعليقًا:

  1. Benar kali style mak mak suka resepi tradisi sambal belacan mentah dan tumbuk pake batu. Tapi bise tak tumbuk pake blender? Hihi

    ردحذف
  2. akak tak tahan pedas...hahahah, orang serawak katakan...

    tapi sejak duduk johor ni level kepedasan akak naik sikit...kalo raya kat kampung bintulu, buat rendang, sedara mara datang sume komplen pedas padahal kita rasa biasa2 aje..hahahahah

    ردحذف
    الردود
    1. kira dah lulus tahap kepedasan johor lah ni. haha..dah biasa pedas gitu kan, balik sarawak kene reduce tahap pedas :)

      حذف
  3. Tulah rasa tak nikmat lauk tak pedas. Masalah kat rumah abah tak makan pedas jadi lauk masak lemak tu acah manja je rasa.
    Jadi saya kena buat sambal sendiri yang pedas pun pedasnya pun sederhana. Guna cili api tanam di rumah ni tak pedas sangat.
    Terima kasih cadangkan cili api merah.
    Nak tanya cili tu beli di mana?

    ردحذف
    الردود
    1. samalah, kalau balik kampung tak boleh masak pedas sebab abah tak boleh makan pedas. kena ada sambal baru sedap makan. cili api tu beli kat zemart atau boleh beli kat kipmart.

      حذف
  4. uii sambal gesek boleh buat mata meleleh dan nasi bertambah-tambah ooowh

    ردحذف
    الردود
    1. itulah pasal. kena ambil sikit sikit. kalau terlebih pedas hilang nikmat makan pulak. hihi

      حذف
  5. berpeluh tengok. these days panas dye lain macam

    ردحذف
  6. Perghhhh.. terbaek ni..

    Jemput join segmen kalau belum k ☺️

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ردحذف
  7. Tedi pun suka pedas, tapi yang kaler kuning. Tedi follow.

    ردحذف
    الردود
    1. kaler kuning macam susah nak jumpa je..terima kasih follow..done follow :)

      حذف
  8. Orang utara panggil cili kpg tu cabai burung..mmg sesuai dgn bidalan - kecik2 cili api..pedasnya menyengat..huh..

    ردحذف
    الردود
    1. betui.. orang melaka pun panggil cabai kalau tak silap. menyengat podeh cili api ni.

      حذف
  9. Tkleh mkn pedas sgt.. Tp husband suka pedas

    ردحذف
  10. Saya suka masakan pedas, tapi kalau terlalu pedas kadang-kadang boleh mati selera pula heheheee.

    ردحذف
    الردود
    1. betul, tak boleh pedas terlampau..terus rasa tak sanggup nak terus makan. tapi ni tahap pedas kami boleh terima lagilah

      حذف
  11. Suka makan pedas pedas ni. Tapi tak tahu lah makan cili jenis ape selama ni. Tahu makan je XD

    ردحذف
  12. yes. betul. mak aida still tumbuk before nak makan.
    sedap nyer lain skit la dari yg aida mesin.
    cara manual jugak yg lebih sedap kan fiza :)

    ردحذف
  13. kami tak tahan pedas. Cili api sebijik pun kami terasa pedas. Nasibla laki kami, dapat bini xmkn pedas. Dengan laki sekali la tak merasa pedas sebab kami tak masak pedas langsung.Hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. memang tak boleh pedas lansung ni.tak tahan pedas lebih baik jangan makan pedas kan.

      حذف
  14. Dulu suka pedas. Lepas kena gastrik terpaksa tahan diri. Tapi sekali-sekala jamah la sikit sambal gesek.

    ردحذف
    الردود
    1. bahaya juga ada gastrik makan pedas. sesekali cuit sikit bolehlah kan.

      حذف
  15. mama skrg dah takut nak makan yg super pedas.. perut sakit doktor kata macam nak kena gastrik huhu

    ردحذف
    الردود
    1. oh ye ke mamapp. Kalau camtu memang kena kurangkan pedas betul-betul

      حذف
  16. Saya sukaaaa kepedasan... memang ngam jumpa cili gini.. makan pepedas... padu! Puass hati

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.