Masak Gulai Tolo Itik Lagi

Harini nak masak apa? Husband kata masak telur (tolo) itik lah, telur itik mak bagi banyak lagi tu. Semalam pun dah beli pucuk ubi yang tak berapa nak pucuk sangat tu. So boleh lah menggulai telur itik lagi campur pucuk ubi yang ada. Gulai bahasa orang Nismilan, biasa orang sebut masak lemak cili api lah.

Nak masak gulai kena awal sikit lah. Selepas beberapa jam baru sedap makan. Kuah dia akan lebih pekat sikit bila dah tersejat tu. Cuma tinggal panaskan je nanti sebelum berbuka. Kalau makan panas-panas lepas masak tu kuah dia pekat tak pekat macam tu. Cair sikit. Kira sedang elok lah makan selepas 1 jam masak tu.

resepi gulai tolo itik

Fiza masak awal 2 jam! Alang-alang dah ada kat dapur siapkan cili kisar tu, why not sekali kan aje masak untuk berbuka. Nanti tinggalkan sedia untuk dihidangkan je. Beginilah berbuka berdua, ringkas je sudah. Tak ada makanan sampingan kuih muih. Bila terasa nak makan barulah buat untuk moreh selepas terawih tu.


Kadang rasa kenyang sampai ke waktu sahur. Waktu sahur pulak, kalau ada lebih menu berbuka tadi, tak payah masak dah. Tapi kalau habis, sahur mesti masak yang ringkas-ringkas juga macam telur goreng dan lauk ikan bilis, bawang dan cili padi goreng tu. Lauk legend tak pernah tinggal.

Sebelum masak gulai tolo itik, husband order awal-awal kena masak pedas sikit dan kuah pekat sikit. Okay, baik! ikutkan saja. Mujur tahap kepedasan dan kepekatan kuah tu menepati piawaian. Boleh susah hati tau kalau tak dapat masak macam husband nak tu. Lebih suka masak macam apa yang orang nak. Seronok tau bila orang berselera makan apa yang kita masak.

Kita ni yang masak hari-hari jemu dah. Pujilah sedap mana pun, tapi pada diri sendiri sama je rasanya pun. Macam mak kita lah, masak lah macamana pun tetap sedap rasanya walaupun lauk yang sama setiap hari. Betul tak?

Dulu tak berapa suka sangat gulai tolo itik ni. Tapi itulah kan, dah kahwin dengan orang nismilan jadi terboleh suka jugalah makan gulai tolo itik. Gulai tolo itik ni kena tambah pucuk ubi atau pucuk paku. Kalau tolo itik saja dalam gulai tu rasa macam muak pulak makan. Nak tanya juga, telur itik masak apa sedap? Ada baki lagi tu, tak tahu nak masak apa lagi dengan telur itik.


18 comments:

  1. aduh terus rasa lapar lahai nengok lauk sedap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada rezeki stok telur itik ngan pucuk ubi masak camni kak.

      Delete
  2. sama tip dengan pak cik mat gebu..dia biasanya akan masak lemak cili padi gini awal pagi...nanti time nak makan tinggal panaskan aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. style orang johor memang camni kot kak..kita pun follow mak kita punya style.hihi

      Delete
  3. Masa kakya kecik2 dulu mak selalu jugak buat masak gulai telor itik ni. Tapi kakya tak makan sangat ayah yang paling suka. Dah tua ni tak ponah laie masok telo itik hehehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang memang tak suka. dulu tak berapa suka sangat. skang ni kira boleh lagilah nak makan

      Delete
  4. sabaq sabaq tengok tengahari2 ni. haha

    ReplyDelete
  5. Lihat foto gulai itik ini saya teringat masakan nenek buyut saya.
    Diantara generasi penerus keluarga kami, tak ada yang sepandai beliau memasak itik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu-dulu memang hebat bab memasak ni. tak boleh lawan gitu.

      Delete
  6. Saya suka tolo itik! Eh, segala tolo pun den suko! Semua sy telan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.