Nasi Hujan Panas , Ayam Masak Merah dan Acar Timun
Habis fikir dah tak tahu nak masak apa. Stok ayam ada lagi dan tiba-tiba mood rajin nak masak nasi hujan panas. Sebab dah beli pewarna. yeay! Tapi sayang sebab tak ada warna hijau. Pewarna hijau sold out. Ramai yang membeli perwarna hijau buat kuih muih bulan Ramadhan ni kan. Kuih muih tradisional kan banyak warna hijau. Seri muka, nona manis, kuih lopes dan banyak lagi. Guna daun pandan macam kurang sikit warna hijaunya.
Nasi hujan panas lauk apa biasanya ye? Yang Fiza tahu ayam masak merah je lah dengan acar timun. Ada juga buat hidangan nasi hujan panas ayam masak kurma. Rasanya lebih sedap ayam masak merah dengan nasi hujan panas berbanding ayam masak kurma. Ayam masak kurma ni Fiza kurang gemar sikit. Tak tahu lah kenapa. Sebab tak pedas kot! Ayam masak merah ni makan dengan nasi minyak atau nasi tomato pun sedap juga.
Dulu tak tahu pun nama nasi berwarna ni. Sekarang dah tahu dah nasi hujan panas namanya. Rasa noob betul dulu bila tak tercebur dalam bidang masakan ni. Dah jadi surirumah baru lah pandai sikit bab-bab masakan. Ambil tips dan resepi mak-mak dan kakak-kakak je ni. Tak tahu masak guna talian hayat. Zaman sekarang ni tak tahu masak google aje sekejap je dah dapat resepinya kan. Okay, Fiza pun nak kongsi Resepi Nasi hujan panas, resepi ayam masak merah dan juga acar timun. Ada orang panggil acar jelatah timun.
RESEPI NASI HUJAN PANAS
Bahan-Bahan Nasi Hujan Panas
Nasi 1 1/2 cawan
2 sudu butter
3 sekawan (Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)* Kalau ada buah pelaga dan daun bay lagi sedap.
2 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inchi halia (dihiris)
2 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan
pewarna (ikut suka nak letak warna apa)
Cara Masak Nasi Hujan Panas
Panaskan butter dan tumis 3 sekawan, bawang putih, bawang merah dan juga halia. Tumis sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan susu dan juga garam. Akhir sekali masukkan beras yang dah dibasuh. Kacau rata dan tutup api. Masukkan kesemuanya dalam periuk nasi dan tambah sukatan air selebihnya kacau rata. Jangan lupa ON periuk nasi okay. Tunggu je nasi masak
Dah masak tu, titiskan pewarna pada nasi. 1 pewarna tu titis 2-3 tempat secara jarak-jarak. Dah siap letak pewarna baru kacau rata. Pastikan jangan letak banyak sangat pewarna. Cukup 1-2 titis je biar warna dia tak terlalu pekat. Fiza guna pewarna kuning dan merah je. Itu je yang ada. Ada warna hijau ni nampak lagi cantik sikit kan. By the way, Fiza guna beras herba ponni. Kalau guna beras basmathi dia akan jadi super sedap lah.
RESEPI AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahan Ayam Masak Merah
Ayam (dipotong dan basuh bersih)
1 biji bawang besar *dipotong bulat
3 biji bawang merah *kisar
3 ulas bawang putih *kisar
1 inci halia *kisar
3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
4 sb cili kisar
2 sudu sos cili
4 sb air asam jawa
2 sb gula perang
1/2 cawan air
1 sk garam
1 sb serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara Masak Ayam Masak Merah
Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan 1/2 sk garam. Kemudian panaskan air dan goreng ayam separuh masak untuk kekalkan juicy ayam tu. Dah masak, angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak menggoreng dan tumis bahan-bahan kisar dengan 3 sekawan tu ye. Dah naik bau dan garing, masukkan cili kisar, sos cili dan air asam jawa. Biarkan masak sampai pecah minyak.
Dah pecah minyak baru masukkan ayam, gaul rata dan tambah air. Masukkan juga garam dan juga gula perang. Biarkan kuah serap dalam ayam sehingga masak. Jangan biar je tau sesekali kacau jugalah takut nanti berkerak bawah tu lansung tak sedap rasa dia nanti. Dah siap tu, hidangkan je la kan tunggu apa lagi. Eh, belum lagi. Kena siapkan acar timun dulu baru lengkap hidangan kita.
RESEPI ACAR TIMUN
Bahan-Bahan Acar Timun
Timun
Lobak merah
Bawang merah
secubit garam
1/2 sk gula
Cara Buat Acar Timun
Hiris timun, lobak merah dan juga bawang merah. Ikut suka nak hiris style macamana pun. Dah siap hiris tu masukkan dalam bekas dan masukkan garam dan juga gula. Gaul-gaul dah siap. Mudah sangat ni. Kalau ada nanas lagi sedap ni. Ada orang suka letak cuka makan. Tapi Fiza tak suka cuka, cukuplah garam dan gula rencah kehidupan dia.
nasi yg paling senang tapi sedap bila nak buat. mama punya versi tak letak santan
ReplyDeletesedap dan senang ke maksudnya tu mamapp? Hihi..sama letak santan untuk masak nasi :)
DeleteNasi hujan panas memang sedap kalau makan dengan ayam masak merah..tetiba teringin pulak nk makan..
ReplyDeletetiba tiba teringin tu kena masak tu nanti :)
Deletewahh, sedapnyaa fizah..
ReplyDeleteAlhamdulillah..sedap lah ikut tekak kita :)
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
Alhamdulillah wak
Deletesedapnya tengok
ReplyDeletefuhhhh
lapar terus jadinya
sabar sabar :)
DeleteAssalamualaikum.. nasi laa apa pun, mesti kena tengok nak digandingkan dengan apa, bagi kena dengan tekak sebagai penambat selera..
ReplyDeleteWaalaikumussalam. betul tu kak. kalau tak kena gandingannya macam kurang letop rasa dia.
Deletesedap nih, memang regu dia lah 2 jenis lauk sampingan tuh.
ReplyDeleteakak punya stok ayam dah habis dah ni, suami akak asyik dok beli daging saja
itulah rasa betul dah lauk sampingan ni. Masak apa yang ada je ni kak. Daging pun sodap tu masak gulai buat nasi minyak
Deleteaduuu sedap ni, antara menu febret akak...sebelum puasa tu dah buat dah..hihi
ReplyDeleteohh dah buat dulu okaylah tu kak..bulan ramadhan ni buat lagi :)
Deletelauk kenduri kawin ni :)
ReplyDeleteaduh, lama nyer x attend kenduri kawin.
thn ni mcm xde la jemputan, kan.
nampaknya macam tu lah..setahun lebih lah nampaknya tak makan nasi kenduri kawin.
DeleteNasi ujan panas mmg makan ngam ayam sambal jer salunya..tapi..ada je yg pelbagaikan..makan mcm makan briani gitu.... tapi acar timun.. sy kureng sikit...
ReplyDelete