Resepi Ayam Goreng Berlada. Pedas Baru Sedap!

Zaman kanak-kanak dulu tak tahu lah kenapa mak rajin masak ayam goreng berlada daripada masak lemak cili api. Sampai ke besar lah suka dengan ayam goreng berlada. Cili api kena extra baru sedap makan pedas-pedas. Kalau ikut style Fiza masak ayam goreng berlada wajib goreng dulu ayam tu baru sedap. 

Kalau ayam tak digoreng dulu pun boleh jugak. Nanti jadi ala ayam masak ungkep lah kot. Confused jugak dengan nama menu ayam goreng berlada dengan ayam masak ungkep. Tengok dari segi rupa macam sama. Masak ayam tanpa goreng ayam dulu macam lambat juga nak tunggu ayam masak tu tapi mudah sikitlah kerja masak sebab tak perlu goreng ayam.

Baik, jom kita beralih kepada Resepi Ayam Goreng berlada. Bahan-bahan dia tak banyak mana dan mudah ya amat. Makan dengan nasi panas dan extra cili api memang berapi dibuatnya. Lepas tu ada hati nak menambah nasi lagi kan. Tak serik disebabkan sedap benar. 

Resepi Ayam Goreng Berlada

Bahan-Bahan
Ayam potong kecil
garam secukupnya
Serbuk kunyit
4 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 genggam cili api
1 batang serai
1 keping asam keping
Minyak masak

Cara Masak Ayam Goreng Berlada

Gaul garam dan serbuk kunyit pada ayam. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sampai masak. Dah siap masak, angkat dan ketepikan dulu. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan juga cili api. Kalau tumbuk guna lesung rasa dia lagi sedap berbanding kisar guna blender. So nak sedap, gunalah lesung batu.

Kalau masak sikit bolehlah guna lesung batu. Kalau masak banyak, terpaksalah guna blender kan. Serai tu ketuk sikit dengan anak lesung pun dah cukup dah. Kurangkan sikit minyak goreng ayam tadi tu, panaskan dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sekali masukkan serai.

Dah naik bau dan garing, letak air sikit dan garam sikit. Biarkan masak seketika, baru masukkan ayam  dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan asam keping dan biarkan kuah dia kering sikit dan meresap dalam ayam. Kalau nak berkuah, letak air lebih sikit ye. Mudah je kan? Boleh lah tiruvasi menu ni untuk berbuka nanti.


29 comments:

  1. Huishh, nampak sodap! Memang belado, kena podeh...barulah ada umppphhhh! Heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..nampak sodap dan memang sodap ikut tokak den..hihi

      Delete
  2. Pastilah sedap ayam goreng kaya rempah begini .. , tambah nikmat jika dibarengi dengan sambal terasi.
    Oh, apakah terasi juga banyak diminati di Malaysia, kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. dicobain nanti deh. sambal terasi di sini dipanggil sambal belacan. ya, diminati ramai.

      Delete
  3. Memang mudah pun. Rupanya kena guna serai dan asam keeping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, kena ada serai dan asam keping baru sedap gabungannya.

      Delete
  4. Wah menarik ni Fiza.Terima kasih berkongsi resipi.

    ReplyDelete
  5. ungkep pun ada yang goreng dulu sebelum masak ungkepnya...beza dengan goreng berlada ni, ungkep kaya dengan rempah ratus jintan2 dan biji ketumbarnya..

    ReplyDelete
  6. Nampak senang...nanti nak cuba juga..

    ReplyDelete
  7. em sedapnya fiza. pandai masak 😍

    ReplyDelete
  8. uuuiih ni dap tapi kalo pedas sangat i kenot go. cma diakui kalo xdak rasa pedas2 sikit tak best jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak tahan pedas kena kurangkan letak cili. kira so so lah pedas dia.

      Delete
  9. Ayam... macam-macam menu boleh buat, tapi yang digoreng itulah juga yang sedap heheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..kena goreng dulu baru sedap rasa dia compare yang tak goreng dulu

      Delete
  10. sedapnya tengok. saya suka yg berlada ke peds2 sikit...makan dgn nasi panas..pergh

    ReplyDelete
  11. pedas sangat nie.. hehehe.. kalau sha buat kena kurangkan sikit cili padi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kena masak ikut tahap kepedasan masing-masing macam tu :)

      Delete
  12. Kalau masak berlado.. sy suka ikan keli berlado...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.