Resepi Ayam Goreng Berlada. Pedas Baru Sedap!
Kalau ayam tak digoreng dulu pun boleh jugak. Nanti jadi ala ayam masak ungkep lah kot. Confused jugak dengan nama menu ayam goreng berlada dengan ayam masak ungkep. Tengok dari segi rupa macam sama. Masak ayam tanpa goreng ayam dulu macam lambat juga nak tunggu ayam masak tu tapi mudah sikitlah kerja masak sebab tak perlu goreng ayam.
Baik, jom kita beralih kepada Resepi Ayam Goreng berlada. Bahan-bahan dia tak banyak mana dan mudah ya amat. Makan dengan nasi panas dan extra cili api memang berapi dibuatnya. Lepas tu ada hati nak menambah nasi lagi kan. Tak serik disebabkan sedap benar.
![Resepi Ayam Goreng Berlada Resepi Ayam Goreng Berlada](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimDNo4M9VdtvsJUFbhrpgy2mKz7CkNTGXy5Tnfd_mVeq4P4PeG_Euyiu-EpSmSUBbnfzQflCBYpCG2v1kXPkoCHf1LoNyIH8Uuwiipsk6U15p88S48zCzvrR267eZjKJwhV1Wof8UxCwtx/s1600-rw/resepi-ayam-goreng-berlada.jpg)
Bahan-Bahan
Ayam potong kecil
garam secukupnya
Serbuk kunyit
4 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 genggam cili api
1 batang serai
1 keping asam keping
Minyak masak
Cara Masak Ayam Goreng Berlada
Gaul garam dan serbuk kunyit pada ayam. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sampai masak. Dah siap masak, angkat dan ketepikan dulu. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan juga cili api. Kalau tumbuk guna lesung rasa dia lagi sedap berbanding kisar guna blender. So nak sedap, gunalah lesung batu.
Kalau masak sikit bolehlah guna lesung batu. Kalau masak banyak, terpaksalah guna blender kan. Serai tu ketuk sikit dengan anak lesung pun dah cukup dah. Kurangkan sikit minyak goreng ayam tadi tu, panaskan dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sekali masukkan serai.
Dah naik bau dan garing, letak air sikit dan garam sikit. Biarkan masak seketika, baru masukkan ayam dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan asam keping dan biarkan kuah dia kering sikit dan meresap dalam ayam. Kalau nak berkuah, letak air lebih sikit ye. Mudah je kan? Boleh lah tiruvasi menu ni untuk berbuka nanti.
Huishh, nampak sodap! Memang belado, kena podeh...barulah ada umppphhhh! Heheee
ردحذفAlhamdulillah..nampak sodap dan memang sodap ikut tokak den..hihi
حذفPastilah sedap ayam goreng kaya rempah begini .. , tambah nikmat jika dibarengi dengan sambal terasi.
ردحذفOh, apakah terasi juga banyak diminati di Malaysia, kak ?
sedap. dicobain nanti deh. sambal terasi di sini dipanggil sambal belacan. ya, diminati ramai.
حذفMemang mudah pun. Rupanya kena guna serai dan asam keeping.
ردحذفye, kena ada serai dan asam keping baru sedap gabungannya.
حذفWah menarik ni Fiza.Terima kasih berkongsi resipi.
ردحذفsama-sama kak
حذفungkep pun ada yang goreng dulu sebelum masak ungkepnya...beza dengan goreng berlada ni, ungkep kaya dengan rempah ratus jintan2 dan biji ketumbarnya..
ردحذفohh beza rempah ratus ye..baik, faham sudah :)
حذفdapp eee ayam goreng berlada...
ردحذفalhamdulillah..silalah cuba resepi ni :)
حذفNampak senang...nanti nak cuba juga..
ردحذفsangat senang. silakan cuba :)
حذفem sedapnya fiza. pandai masak 😍
ردحذفalhamdulillah..ikut resepi mak je ni.
حذفuuuiih ni dap tapi kalo pedas sangat i kenot go. cma diakui kalo xdak rasa pedas2 sikit tak best jugak..
ردحذفkalau tak tahan pedas kena kurangkan letak cili. kira so so lah pedas dia.
حذفAyam... macam-macam menu boleh buat, tapi yang digoreng itulah juga yang sedap heheee.
ردحذفbetul kak..kena goreng dulu baru sedap rasa dia compare yang tak goreng dulu
حذفtak pedas sgt ke ni?
ردحذفof course pedas tapi dah biasa makan pedas. hihi
حذفsedapnya tengok. saya suka yg berlada ke peds2 sikit...makan dgn nasi panas..pergh
ردحذفtak pedas nanti tak sedap makan kan.
حذفpedas sangat nie.. hehehe.. kalau sha buat kena kurangkan sikit cili padi tu..
ردحذفhehe..kena masak ikut tahap kepedasan masing-masing macam tu :)
حذفsedapnya lahaiii kuwus posa mama
ردحذفBoleh gemukkan balik ni mamapp :)
حذفKalau masak berlado.. sy suka ikan keli berlado...
ردحذف