Resepi Creamy Salted Egg Pasta
Ahh sudah, perut ni kalau lapar tak mahu mata nak lelap nanti. Eh, baru bangun tidur takkan nak sambung tidur semula kan. Membelek stok apa yang ada dan muncullah idea nak masak salted egg pasta disebabkan ada telur masin 2biji. Nak merebus telur masin tu, tengok-tengok 1 biji dah pecah dan tak elok. Rezeki dapat satu biji telur masin je lah untuk masak creamy salted egg pasta.

Pasta cuma ada Fettuccine dan macaroni je. So Fiza guna fettucine je lebih sesuai. Kalau ada spaghetti lagi sedaplah kot. Tak apa! Guna apa yang ada, janji perut kenyang.
Bahan-bahan
pasta fettucine
1 sudu butter
2 ulas bawang putih
Cili api
1 tangkai daun kari
1 sk black pepper
1 keping daging burger ( Dicincang halus)
4 ekor udang (buang kepala dan ekor)
1 biji salted egg (direbus dan dilenyek)
1/2 cawan susu segar
3 sudu sos carbonara
1 kiub ayam
1 keping slice cheese
Cara Masak Creamy Salted Egg Pasta
Fettucine macam biasa rebus sampai masak dan toskan. Panaskan kuali, masukkan butter dan tumiskan bawang putih dan cili api yang dah siap dipotong-potong. Dah naik bau masukkan daun kari, daging burger cincang, juga udang dan black pepper. Biarkan masak kejap.
Masukkan salted egg, susu segar, sos carbonara dan juga kiub ayam. Dah elok serasi bersama barulah masukkan fettucine dan gaulkan bersama. Dah masak, sebelum angkat tu baru masukkan slice cheese. Slice cheese ni tak ade pun tak apa. Satu lagi tak payah tambah garam ye sebab sos,kiub, cheese semua dah ada perasa dah.
ya Allah !! dugaan apekah ini !! saya yang semua salted egg pun saya tak tolak. sedapppnyaa nampak..
ردحذفjemput join segmen bloglist SYM
https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip-12020.html
betul betul penggemar salted eggs ni. Terima kasih SYM menjemput.
حذفmeleleh air liur hehehe
ردحذفHehe..lap cepat kak :p
حذفyumm sedapnyaa
ردحذفAlhamdulillah...
حذفGambarnya... sedap!
ردحذفAlhamdulillah :)
حذفmenariknya! guna telur masin pun boleh buat pasta!
ردحذفyep, Boleh cuba nanti kak :)
حذفAda bahan yang boleh diolah, jadilah apa sahaja ikut kreativiti ye... Alhamdulillah. Rezeki Allah.
ردحذفbetul tu kak. janji sesuai dengan kena dengan citarasa.
حذفsedap gila nampak. the last salted egg pasta ray makan was dekat secret recipe.
ردحذفboleh buat nnt ni.
Alhamdulillah kena dengan tekak sendiri. Selamat mencuba.
حذفHEhehee... dah tengah malam pun boll lehhh...
ردحذفTeringat pulak stall western kat Food Court Aeon S2 fettucine kat situ sedap tapi yang biasa aje bukan salted egg.
pun boleh. lapar punya pasal, jadi je.
حذفBoleh cuba ni. Selalu masak carbonara je. Boring juga. Hehe.
ردحذفselamat mencuba, macam ni sedap juga kalau tak tambah carbonara pun sedap.
حذفSEDAPNYA
ردحذفAlhamdulillah :)
حذفAllah, sedapnya... Π…Π
ردحذفAlhamdulilah Aien :)
حذفBoleh cuba ni. Suka sangat makan pasta! hehe thanks for the recipe.
ردحذفselamat mencuba. sama² :)
حذفBolehlah cuba bila2...dkt rumah ni pasta2 kurang..tp saya suka je..esok nak cari telur masin..hehe
ردحذفselamat mencuba Nana :)
حذفAlahai.. sedapnya lah.. meh hantar sepinggan..
ردحذفAlhamdulillah..kena berjiran camni kak..hihi
حذفaduh tetiba lapar pasta la pulak
ردحذفselama merajinkan diri masak pasta nanti kak :)
حذفsdapnya pasta salted egg tp kalo wat pasta sllau guna spaghetti...sbb ank tk suka sgt fettucine
ردحذفsuka spaghetti juga tapi fettucine je yang ada kat rumah. nak tak nak guna je fettucine.
حذفWow.. kawan saya cari resepi creamy camni. nanti share ngn dia... tqqww share recipe
ردحذف