Header Ads

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

Dapat je bekalan tolo itik dan pucuk ubi mak mertua bagi tu terus terfikir nak masak telur itik masak lemak cili api campur pucuk ubi. Orang nismilan panggil masak gulai tolo itik. Mana-mana lah kan. Janji rupa dia sama tak ada beza. Nampak je telur itik ni terus terfikir masak lemak cili api je lah sebab dah ada pucuk ubi tu.

Ada tak masakan lain selain masak lemak cili api? Nak tahu juga kot ada masakan lain telur itik yang Fiza tak tahu selain dibuat telur masin lah. Dah jadi telur masin tu lain cerita lah. Kalau telur masin digoreng macam telur ayam tu okay tak? Ada sesiapa pernah cuba ke? Malas nak bereksperimentasi takut nanti tak melepasi tahap level tekak sendiri. Hihi...

Disebab itu malas nak fikir masak apa lagi, lemak kan aje telur itik tu dengan cili api. Masakan palin mudah paling sedap untuk penggemar masakan masak cili api. Bila makan berdua je, masak 3 biji je lah untuk berbuka. Kira 1 biji sorang, 1 lagi tu ikutlah siapa yang nak. Kadang bagi dua acah-acah sweet konon.

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

Bahan-bahan
Telur itik
segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 kotak santan
1/2 cawan air
1 sk garam
1 keping asam keping
pucuk ubi

Cara Masak
Blend dulu cili api dan kunyit hidup. Dah siap blend satukan dengan santan dan air. Didihkan kuah sampai masak dan sambil tu kacau-kacau untuk elakkan santan pecah minyak. Kalau taknak  kacau, masak guna api perlahan. Bila dah mendidih tu masukkan garam dan juga asam keping. Lagi sedap kalau telur itik masak lemak belimbing buluh ganti asam keping.

Pecahkan telur itik satu persatu di tempat yang berbeza dalam periuk. Jangan pecahkan pada satu tempat nanti dia akan bertindih-tindih dan pecah. Sila ikut petua telur itik tidak pecah ye. Lebih selamat pecahkan dulu telur dalam mangkuk kecil. takut ada telur yang tak elok kalau pecah secara terus dalam periuk.

Bila telur hampir masak tu akhir sekali masukkan pucuk ubi dan biarkan masak. Pucuk ubi kejap je masak dia. Lepas tu da boleh tutup api dan hidangkan. Suka masak pedas-pedas juga untuk masakan masak lemak cili api. Kau orang kalau tak makan pedas, jangan guna senggenggam cili api tau. Guna lah ikut tahap kepedasan masing-masing.

Lebih suka campur pucuk ubi baru sedap berbanding telur itik semata-mata. Dia akan rasa muak nak makan. Bila campur pucuk ubi tu terasalah sedap sikit sebab ada sayur sekali. Senang jugalah ada menu 2 in 1 tak payah masak lauk lain dah. Simple je menu berbuka kami berdua.

هناك 33 تعليقًا:

  1. Dulu sebelum kahwin saya tak tahu pun ada resipi ni. Lepas kahwin dengan suami orang Kelantan, dia lah yang kenalkan resipi ni. Lepas tu menu ni memang selalu la jadi menu express kami. Hehe.

    ردحذف
  2. telur itik ni menarik sebab kuning telur dia tu kental kan...

    ردحذف
  3. wah wah pinta kali resep nya nih... pas puasa pas sedapnya...

    ردحذف
  4. masak lemak kalau campur pucuk ubi + belimbing buluh mmg sedap..finger licking good..

    ردحذف
  5. tp klau kita buat gulai ni guna telor masin bole ke? telor masin yg tak masin sgt tu la..bole kot ek?

    ردحذف
  6. akak tak pernah makan telur itik masak lemak cili api ni tau..selalu telur masin je..nak try tapi tak berani nak makan

    ردحذف
  7. Selalu fail masak lemak telor itik nie hehehe..

    ردحذف
  8. Dah lama ga makan pucuk ubi, keseringan bayam sama kangkung. Perpaduan tolo itik dan pucuk ubi sepertinya nikmat. Harus dicoba sekali-kali.

    ردحذف
  9. suka makan ni. tapi daun nya pakai apa tu daun tangki eh orang panggil? hehe.

    ردحذف
  10. lama tk mkn menu telur itik ni,...sedapnya

    ردحذف
  11. sodap ni.
    lotak skit belimbing buluh :)
    tapi tu la, tak jumpa la tolo itik, fiza.

    ردحذف
    الردود
    1. kalau belimbing buluh ada memang sedaplah. kat sini untung sikit sebab ada banyak tolo itiknya. fza pun mak mertua bagi

      حذف
  12. Terliur! Entri akak byak pasal tolo itik.. sedap jer tengok semuanyaaaaa

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.