Resepi Udang Berlada Campur Kacang Panjang

Zaman kanak-kanak dulu mak suka masak yang ringkas-ringkas je. Goreng ikan bilis, bawang dan cili api dah boleh jadi lauk paling sedap dah. Lauk paling susah nak masak pun masak lemak cili api lah. Itupun tak susah tahap mana pun. Bila kau dah terbiasa membesar dengan masakan yang ringkas dari mak, tak jadi masalah pun kalau kehabisan lauk barang basah. 

Janji ada bahan dapur asas dah okay dah. Dah biasa makan lauk pauk ringkas, so kurang makan makanan jenis berkuah kecuali masak lemak cili api. Asam pedas ke, kari ke kurang gemar sikit dan Fiza pun takde lah nak belajar masak masakan tu pun. Benda tak makan sangat buat apa nak masak. Betul tak? Tapi kalau ada asam pedas sedap Fiza suka je. 

Dan mee kari Fiza suka dan rajin jugaklah masak mee kari. Cuma masakan kari tu kurang gemar juga. Pelik? Tak perlu pelik sebab masing-masing ada citarasa masing-masing kot kan. Yang bestnya dulu selalu dapat makan udang galah sungai. Ada je orang hantar udang galah kat rumah. 

Orang hantar je mak mesti beli tak pernah menolak. Kira rezeki sungguh la puas makan udang galah sungai. Sedap manis, rasa lebih sedapd ari udang galah laut tu. Kebiasaannya udang akan masak lemak cili api dan udang goreng kunyit cili api.

Resepi Udang Berlada Campur Kacang Panjang

Fiza suka masak udang berlada/udang bercili campur kacang panjang. Senang dah campur sayur kacang panjang sekali tak perlu nak susah payah masak hidangan sayur lagi. Campur je senang. Sedap pun sedap. Tukar selera sikit asyik-asyik sambal udang je kan.

BAHAN-BAHAN

Udang
2 ulas bawang putih *ditumbuk
3 biji bawang merah *ditumbuk
Cili Api (Sukat ikut tahap kepedasan masing-maisng) *ditumbuk
1/2 sk garam
1/4 air masak
3 sb minyak masak
kacang panjang (ikut suka nak potong serong atau patah-patah je)

CARA MASAK UDANG BERLADA CAMPUR KACANG PANJANG

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk. Malas tumbuk blend je. Tapi kalau nak sedap, rajinkan sikit menumbuk bahan guna lesung batu ye. Tumis sampai garing dan naik bau, masukkan udang. Kacau dan biarkan masak kejap. Udang ni masak kejap je tak perlu lama.

Dah hampir masak tu masukkan kacang panjang, garam dan air. Kacau sekejap sampai kacang tu layu sikit dah boleh tutup api. Fiza suka kacang rangup, jadi tak masak lama sangat takut terlebih masak nanti kacang tak rangup dah. Okay siap!

Masak sambal udang cili padi pun sedap juga ni. Masak udang ni memang kena pedas sikit sebab udang tu rasa dia manis udang gitu. Kalau tak tahan pedas, sila sukat cili berpada-pada. Masakan pedas boleh mengundang bahaya pada mereka yang tak tahan pedas. see your level first okay jangan cuba masakan pedas kalau tak biasa.



7 comments:

  1. sedappppppnyaaaaaa! kena cari stok udang ni!

    ReplyDelete
  2. Masak sekali harung, tak payah buat kerja dua kali. Senang, jimat masa dan tenaga.

    ReplyDelete
  3. kacang panjang ni sedang nak match dgn lauk pauk kan, fiza.
    goreng berlado sesuai.
    goreng kunyit sesuai.
    i like :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejenis sayur yang senang nak disesuaikan dengan lauk lain. wajib buat stok kacang panjang ni. goreng ayam kunyit campur kacang panjang pun sodap

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.