Tolo Itik Vs Tolo Asin
Tolo is Telur okay. Nanti tak mention awal-awal tertanya-tanya pula apa benda 'tolo' tu. Dok Nismilan (Negeri Sembilan) kenalah sebut tolo sesuai dengan tempatnya. Kalau kau orang dah pernah lalu jalan Kuala Pilah-Seremban mesti perasan banyak orang jual telur itik tepi kat gerai tepi jalan tu. Perasan tak?
Kalau tak perasan tu maksudnya bawak laju dan jalan tu tak jammed. Biasa kalau perasan dan nampak tu mesti masa tu tengah jammed semua kereta slow dok tengok apa yang dijual tepi jalan tu. Kadang jalan jammed sebab masing-masing bawa slow perati apa yang menarik kat gerai tu dan ada juga dengan tak semena-mena bagi emergency signal nak berhenti membeli.
Jalan pilah-Ulu Bendul-Bukit Putus tu kalau tak jammed hujung minggu tak sah. Lagi-lagi musim perayaan dan cuti. Balik kampung setengah jam boleh jadi 2 jam! Mujur abang kawasan ada boleh ikut jalan lain mana yang boleh dari menghadap jammed. Kalau raya nanti jammed juga tak tahu nak kata lah. Maksudnya ada juga yang gigih nak balik kampung tu.
Sabtu lepas mak mertua datang singgah bagi bekalan sikit. Bukan sikit, tapi banyak. Macam-macam ada! Tolo itik, tolo asin (telur masin), penganan (dodol), buah avocado, buah kuinin, serai, limau kasturi,pucuk ubi dan macam-macam lagi lah mak bawa. Alhamdulillah, rezeki dapat semua ni. ber tolo je lah hari-hari.
Tolo itik Vs Tolo Asin
Tolo itik yang biasa kita masak telur itik masak lemak cili api. Nak lagi sedap tambah pucuk ubi. Memang terbaik. Lauk 2 in 1 sebab ada sekali sayur. Tak perlu masak sayur dah. Masakan telur itik selain masak lemak, Fiza tak tahu. Tahu masakan lemak tu je lah. Ke ada masakan telur itik yang lagi sedap. Bolehlah share, kot nanti boleh cuba sebab stok ada banyak ni.
Tolo Asin pulak boleh buat bermacam-macam aneka resepi telur masin. Sekarang kan musim salted eggs. Semua menu nak dicampur dengan salted egg. Tapi kalau makan yang direbus tu Fiza suka telur kuning yang selalu jadi rebutan tu. Telur putih tak suka sangat sebab masin. Kalau tak nak bazir putih tu, boleh campurkan dengan nasi goreng.
Cara nak buat tolo asin ni mudah je rendam tolo itik dengan air garam 2-3 minggu macam tu dah boleh dapat tolo asin dah. Peminat tolo asin bolehlah cuba buat. Selain telur itik, boleh juga buat telur asin menggunakan telur ayam. Yang ni Fiza baru tahu. Dari dulu ingatkan telur asin boleh guna telur itik je. Tapi telur asin ayam tu belum pernah cuba buat dan belum pernah makan lagi.
Mungkin kalau rajin nanti boleh cuba, telur ayam senang sikit nak dapat berbanding telur itik. Lepas tu boleh buat perbandingan telur itik vs telur ayam pulak. Kalau di suruh buat pilihan antara tolo itik vs tolo asin Fiza suka tolo asin lagi. Sesekali je masak tolo itik masak lemak kalau ada stok tolo itik. Orang nismilan panggil gulai tolo itik.

Ya Allah baru je terfikir tolo itik. Fikir mana nak cari telur itik. Sekali Fiza dah beri jawapan.
ReplyDeleteHehe tapi masih tak dapatlah nak pergi jalan ke Pilah tu.
pasaraya ada juga jual juga kan :)
Deletehemm ternyata tolo is telur ya.....yayayaya..
ReplyDeleteyayaya..betul
DeleteSedapnya telur itik.. Sini macam susah nak jumpa.. Telur asin tu ada lah..
ReplyDeleteLama tak makan gulai telur itik..
Alhamdulillah..rezeki dapat makan telur itik kak sha :)
Deleteakak pun suka tolo asin bahagian kuning sajork...da besar ni, makan jugak la yang putih tu kalo rasa dia tak terlalu masin...
ReplyDeleteDah besar ni takde pilihan dah. dua dua kena habiskan..hihi
DeleteSuka yang dah jadi telur masin
ReplyDeletetapi tak mau yang masin sangat.
Biasanya rendam 2 minggu dah okay.
masak lemak macam ni tak semua orang suka..lebih ramai suka telur masin rebus tu. masin sangat pun tak sedap juga..putus selera makan.
Deletehahaha lamanya x dgr orang sebut tolo
ReplyDeletehehe.sesekali guna loghat :)
DeleteTolo itik debest lah, bisa jadi tolo asin juge kasih garam. Tak ribet buat tolo asin
ReplyDeletebetul. rendam air garam boleh jadi telur masin. nak buat pun mudah.
Deletekebetulan, asben aida baru belikan 6 telur asin semlm, fiza.
ReplyDeletemencari telur itik sebeno nyer. yg dpt telur asin :)
terkenang projek sains nurin time darjah 6.
dia buat telur asin 3 biji guna telur ayam. sedap!
menjadik!
okaylah tu dapat telur asin. pun sedap makan tu..telur ayam buat telur masin tak pernah cuba lagi
DeleteTolo lemak my first favourite.. then telur goreng, rebus... asin.. hehee
ReplyDelete