Calathea Roseopicta Medallion Daun Bercorak Bulu Merak
Morning! Pagi-pagi mata segar dan rasa happy dapat tengok keindahan pokok-pokok hijau yang ada. Sekarang saya dah tahu dah apa nak dijadikan modal untuk dikongsikan dalam blog ni. Sejak musim pokok viral, dah ramai yang mula berjinak-jinak dalam dunia houseplant. Ada yang dah terjebak ke tu?
Mungkin ramai yang terjebak sejak pokok viral muncul ke camna tu? Mula-mula nak beli snake plant je kan. Lepas tu dah pergi nursery nampak pokok tu lawa, pokok ni lawa terus jadi koleksi pokok kat rumah. Betul tak? Itu belum lagi pengaruh rakan sebaya lagi tu. Habislahh rabak poket membeli bunga je kerjanya.
Awas kau orang. Beli mana yang rasa perlu je. Eleh, cakap orang kan. Cakap untuk diri sendiri ke tu?Okay lah insaf kejap. Cukup dah lah membeli setakat ni. Nanti saya akan kongsikan pokok-pokok baru saya okay. Kalau kau orang pencinta pepokok sila hari-hari datang sini. Minggu ni cerita pokok je tau!
Kalau jemu, datang minggu depan mungkin ada topik baru. Takut yang tak suka bosan pulak nak baca cerita pokok ni. Kira bagus jugalah kan menanam pokok di rumah. Boleh jadi hobi baru rakyat Malaysia sejak musim PKP ni. Bermanfaat jugalah masa yang ada duduk di rumah tu.
Calathea Roseopicta Medallion
Memperkenal pokok Calathea Roseopicta Medallion. Pokok Calathea tak pernah tak cantik. Saya suka dengan semua jenis pokok Calathea. Calathea ni jenis daun lebar betul dan ada pelbagai corak yang cantik. Salah satu pokok Calathea yang telah mencuri pandangan mata saya ialah Calathea Roseopicta Medallion ni.
Daunnya lebar dan bercorak seperti bulu merak (peacock) atau bentuk api dengan warna yang berbeza. Bawah daun dia unik sikit warna bergundy wine yang cantik. Kalau Calathea Luthea jenis rimbun tinggi tapi Calathea Roseopicta Medallion ni jenis renek sikit lah. Tak tinggi sangat pun. Tapi corak dia menarik perhatian betul lah. Ishhh..nyesal kalau tak beli ni.
Indoor Low Light Plant
Pokok Calathea ni memang sesuai dijadikan hiasan sebab corak daun yang menarik dan unik. Sejenis tumbuhan yang memerlukan pencahayaan yang sedikit (low light). Sesuailah dengan rumah jenis kurang masuk cahaya atau jadikan pokok hiasan dalam rumah (indoor plant).Tak tahu nak pilih pokok apa untuk dijadikan hiasan dalam rumah? saya recommend lah beli pokok Calathea Roseopicta Medallion ni sebab dia menarik dan saiz dia tak besar sangat. Sila masukkan dalam list siap-siap ye.
Calathea Roseopicta Medallion Care
Pada saya, kalau pokok jenis low light ni sejenis pokok yang mudah nak dijaga. Macam biasa siram 3-4 kali seminggu. Tapi apa yang saya baca, Calathea Roseopicta Medallion ni kena siram secara kerap. Mungkin kalau cuaca panas baru siram secara kerap kot kan. Kalau cuaca biasa tu 2 hari sekali pun kira okay dah.
Selain air, cahaya pun kena cukup. Cahaya tu makanan tumbuh-tumbuhan. Tak makan, tak hidup lah dia. Letakkan dekat ruang yang ada cahaya yang banyak sikit kalau letak dalam rumah. Kalau letak luar, letak tempat teduh sikit lah.
Harga Pokok Calathea Roseopicta Medallion
Harga pokok ni saya beli RM15 sepasu saiz sederhana. Mungkin saiz standard kot sebab nampak macam tak ada pilihan saiz yang lain. Beli dekat favourite Nursery lah of course, Seremban Landscape & Nursery.Kalau dekat, pergi cepat sebab banyak pokok baru sampai. Kelabu mata betul nak pilih pokok kalau banyak sangat pilihan. Kalau jauh, pergi je nursery mana yang dekat. Tapi harga berbeza setiap kedai. Ada murah ada mahal.
Malas nak keluar, order je dekat shopee. Boleh survey harga sekali ikut bajet kau orang.
Jenis-Jenis Calathea, Stromanthe, Ctenanthe and Maranta
Credit photo : Aaron Apsley Artwork |
1. Calathea ‘Medallion”
2. Ctenanthe Burle Marxii
3. Maranta Leuconeura
4. Maranta leuconeura ’Lemon Lime’
5. Calathea Concinna ‘Freddie’
6. Stromanthe Sanguinea ‘Triostar’
7. Calathea Roseopicta ‘Dottir’
8. Calathea Roseopicta ‘Rosy’
9. Calathea lancifolia ‘ Rattlesnake’
10. Ctenanthe Setosa
11. Stromanthe sanguinea
12. Calathea Ornata ‘ Beauty Star’
13. Calathea Makoyana
14. Calathea Musaica
15. Calathea Ornata
16. Calathea Orbifolia
17. Calathea Zebrina
18. Calatthea Vittata
19. Calathea Fasciata
20. Calathea Warscewiczii
21. Calathea ‘White Star
2. Ctenanthe Burle Marxii
3. Maranta Leuconeura
4. Maranta leuconeura ’Lemon Lime’
5. Calathea Concinna ‘Freddie’
6. Stromanthe Sanguinea ‘Triostar’
7. Calathea Roseopicta ‘Dottir’
8. Calathea Roseopicta ‘Rosy’
9. Calathea lancifolia ‘ Rattlesnake’
10. Ctenanthe Setosa
11. Stromanthe sanguinea
12. Calathea Ornata ‘ Beauty Star’
13. Calathea Makoyana
14. Calathea Musaica
15. Calathea Ornata
16. Calathea Orbifolia
17. Calathea Zebrina
18. Calatthea Vittata
19. Calathea Fasciata
20. Calathea Warscewiczii
21. Calathea ‘White Star
suka indoor plant tapi so far dari sejarah, tangan agak tak berkenan nak tanam pokok2 bunga ni. mudah mematikan 🤣
ReplyDeletekena suruh orang lain tanam macam tu. Hihi
DeleteSekarang house plants pula jadi kegilaan. Takpelah, hobi yang baik juga, asalkan tak membazir :)
ReplyDeleteCantik betul pokok tu Fiza 😍
membeli berpada-pada gitu.
DeleteTerima kasih :)
Teringin gak nak ada indoor plants tapi takut tak terjaga je... huhu
ReplyDeleteboleh cuba dulu sepokok..kalau okay boleh teruskan :)
DeleteCantik2 houseplant Fiza...rambang mata kalau gi nursery..
ReplyDeleteterima kasih. memang rambang mata dah :)
DeleteShantikkk, heheee~ Saa belum nak membela lagi, kat luo tu ada pokok ..bapak yang jaga
ReplyDeleteokaylah tu kat rumah ada pokok dan ada orang jaga.
DeleteOklah tu hobi bermanfaat tanam pokok. Hehe mesti penuh pokok hiasan dalam rumah kan?
ReplyDeletetak penuh pun sebenarnya. cuma ada satu ruang je yang ada indoor plant sbb situ je ada masuk cahaya.
Deletecantik banget nih Calathea Medallionnya.
ReplyDeletesaya lihat di blog ini banyak membahas tentang plants yang cantik-cantik, saya jadi ingat kemarin kami membicarakan tentang plants seperti ini, saya jadi ingin punya banyak plants indoor yang cantik :)
Iye, hobi baru menanam pokok-pokok di rumah sejak pandemik. jom kita tanam pokok di rumah :)
DeleteCantik cantik. Hehehe, kita tak terjebak lagi. Suka tengok je. Hehehe. Ada hikmah kan, rakyat Malaysia dah pandai masak dan ada hobi baruuuu. Bagus, aktiviti yang sihat ;)
ReplyDeletebetul tu. macam-macam benda orang pandai buat dan hobi baru musim pkp ni.
DeleteRajinnya fizah, un suka tgk..tapi pilih tanam pokok tiruan ja😆
ReplyDeletepokok tiruan pun okay juga buat hiasan. cuma kita tak rajin nak membuang habuk :)
Deletemasalahnya husband akak kat KL nun pulak kemain beli pokok hiasan gak...dia dengan housemate dia lah tu penuh pokok da dalam rumah..hahahah...yang kelakornye pokok pisang pun dia beli bawak naik apartmen...🤣🤣🤣
ReplyDeleteini betul-betul kelakar ni. serius lah tanam pokok pisang kat apartment. gigih betul ni.
Delete