Dah Cuba Good Vibes by Goodday
Sebenarnya macam tak pernah tahu pun kewujudan susu good vibes by Goodday ni. Tahu pun sebab ada yang kongsikan di facebook, katanya RM1 di 7 Eleven. Tapi masa husband nak beli, bukan RM1 pun. Masih dijual dengan harga retail biasa RM5.40 untuk 250ml. Mahal ke murah?
Ye, memang mahal kan. Beria ke 7 Eleven kot dapat harga RM1 tu sebab nak cuba rasa kan. Tapi nan hado! Mungkin harga RM1 tu cawangan tertentu je kot. Siapa tahu? Kalau dapat beli dengan harga RM1 daripada harga biasa tu, siapa je tak nak rebut peluang kan.
Boleh cakap goodday brand ni jenama susu paling favourite sebab rasa dia yang sedap berbanding susu yang lain. Lagi-lagi bila good day ada keluarkan susu pelbagai perisa tu susu kurma, green tea, honey milk, strawberry. Memang rajin Fiza beli susu tu sentiasa restock susu kurma, green tea dan honey milk beli pek yang ada 6 kotak tu.
Rasanya bukan Fiza je suka susu berperisa tu. Ramai suka kot kan? Agak susah nak dapat stok sebab sentiasa habis. Ada rezeki stok yang ada pun tinggal sikit. So Fiza expect rasa Good Vibes ni sedap jugalah. Harap tak mengecewakan!
Baru tahu yang good vibes ni dah dikeluarkan sejak tahun lepas. Goodday Milk telah memperkenalkan 4 produk baru ni adalah di bawah rangkaian Good Vibes. Good Vibes merupakan produk air minuman yang tidak berasaskan tenusu Goodday Milk.
Akan tetapi, dihasilkan daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang dikisar dengan bahan lain seperti kekacang dan bijirin bersama air. Ini membuatkan minuman ini bersifat rendah kalori dann lemak dengan kandungan air yang tinggi dan juga rendah kolestrol.
Didatangkan dengan 4 perisa iaitu :
- Almond Original
- Almond Chocolate
- Walnut Original
- Walnut Chocolate
Kesemua rangkaian perisa baru Good Vibes, masing-masing mengandungi 2 gram (g), 2.8g, 1.3g dan 1g protein. So , faham dah kenapa mahal. Sebab bahan-bahan kekacang yang digunakan tu bukan murah ye. Kalau bahan asas dah mahal, inikan yang dah siap sedia untuk diminum. So husband beli lah 2 kotak saiz 250ml perisa almond original dan almond chocolate untuk isteri dia rasa.
Sesuai Untuk Diet
Sebenarnya juga produk good vibes dikeluarkan inspirasi daripada trend rakyat Malaysia kini yang semakin sedar untuk menjaga kesihatan mereka dengan menjaga amalan pemakanan yang sihat.
- Dairy free
- Cholestrol free
- Gluten free
- No preservative
Disebabkan itu lah lah Goodday menghasilkan satu produk untuk memenuhi nutrisi yang diperlukan setiap hari. Siapa lah yang tak suka dengan rasa kacang almond dan walnut tu, dua-dua jenis kekacang yang sedap dan mahal. Sama macam kuih almond london. Kan mahal tu tapi sedap.
Memang sesuai untuk diet sebab rendah kolestrol dan mengandungi protein yang diperlukan. Tapi...kalau nak minum setiap hari, rasa macam tak mampu lah dengan harga sebegitu. Cukuplah sekadar nak cuba rasa je.
Rasa Susu Good Vibes by Goodday
Kesimpulan rasa untuk kedua-dua jenis perisa yang Fiza beli ni, rasa dia macam kau orang minum minuman berperisa yang kurang manis. Rasa macam ala-ala minuman kurang gula/susu macam tu lah.
Rasa almond original tu rasa dia betul-betul macam almond dikisar dengan air dan tambah susu low fat macam tu lah.
Yang almond chocolate tu rasa dia lebih sedap sikitlah berbanding almond original. Mungkin sebab ada tambahan rasa chocolate yang membuatkan rasa tu sedikit sedap.
Ada yang dah cuba ke? Apa pendapat kau orang? Sangat sesuai lah untuk yang berdiet. Sedap tu sedap. Kalau jenis dah biasa kurang manis dan dah biasa diet, of course tak rasa pelik dengan rasa dia.
Cuma bab harga macam tu memang surrender sikit lah kalau nak consume setiap hari. Agak mahal pada Fiza. Kau orang boleh dapatkan di 7 Eleven atau stesen petrol yang terpilih kalau rasa-rasa macam nak cuba.
Memang mahal tapi untuk sihat mungkin harga tolak tepi.
ReplyDeleteYe, kalau ada bajet why not. Kalau kurang bajet kena cari yang lain :)
DeleteDua tiga hari ni asyik nak terjah 7e je nak cari stock good vibes ni . Tapi selalunya kehabisan stok.tak sempat nak merasa lagi ni
ReplyDeleteRamai juga mencari good vibes ni. husband beli aritu pun tinggal sikit je.
Deletepernah minum yg almond..suka sbb tk brp manis..
ReplyDeletekira kena dengan taste tu :)
DeleteYaa Sis pun beli harga sama macamtu Fizah,,,tapi tekak Sis tak lalu, anak yang kata sedap nau, beli 2 dia sorang bedal habis huhuhu
ReplyDeletehihi..mujur ada yang suka minum boleh perabiskan.
DeleteSelalu minum yang Almond Original & Chocolate. Yang Original selalu beli di 99. Murah sikit. Yang Walnut belum try lagi. Nampak gak tadi ada orang upload kata RM1 di 7E. Ingat nak terjah jugak. Mana tau RM1. Hehe.
ReplyDeleteokay nanti kalau nak beli nak tengok kat speedmart 99 pulak. cer terjah kot ada rezeki dapat RM1
DeletePernah beli yang almond chocolate. Tapi sha ni spesis nak yang manis je hehe.
ReplyDeletesamalah kita nak yang manis je tapi yang ni kira boleh lagilah terima :)
DeleteNampak sedap tu
ReplyDelete