Echeveria imbricata "Blue Rose" Sejenis Succulent Plant Yang Cantik

Asyik cerita pokok hijau je. Bertukar kejaplah kepada tumbuhan succulent pulak. Ada yang suka tumbuhan succulent ke? Jenis succulent ni ramai yang suka sebab mudah nak jaga dan comel-comel semuanya. Sama juga penjagaan dia dengan pokok kaktus cuma kaktus jenis tumbuhan berduri.

Succulent Definition

Succulent plant/ Tumbuhan sukulen | Sukulen berasal daripada perkataan latin yang disebut sucus bermaksud jus. Succulent plant mudah dijaga dan sejenis tumbuhan yang sesuai dengan keadaan cuaca yang kering seperti di gurun-gurun Amerika Utara dan Afrika.



Sebabnya succulent plant mampu menyimpan air dalam daunnya sendiri. Succulent plant sesuai untuk hiasan indoor dan outdoor. Dia kalau lama tak siram pun mampu lagi bertahan untuk hidup. Cara tanam pun mudah. Cucuk sikit kat tanah macam tu pun dah boleh mampu hidup.

Succulents Care

1. Cahaya

Cahaya sangat penting untuk semua tumbuhan. Cahaya ni macam makanan untuk tumbuhan terus hidup. Ada jenis succulent yang memerlukan cahaya terus dan ada juga yang perlukan cahaya sekadar yang perlu. Jadi, kena kenal jenis succulent plant dan tempat yang sesuai untuk diletakkan.

2. Air

Sama seperti cahaya, air juga makanan kepada tumbuhan. Succulent plant tidak memerlukan air yang banyak. Sukatan air perlu dijaga. Terlebih atau terkurang air akan membuatkan succulent plant mudah mati. Boleh siram dengan kekerapan seminggu sekali dah memadai.

Jika Siram Terlebih Air.

Terlebih air dalam tanah boleh buatkan succulent plant macam membusuk dan akhirnya mati. Pastikan pilih pasu yang berlubang bawah untuk elakkan air bertakung dalam pasu. 

Jika memilih pasu yang tidak berlubang bawahnya, pastikan akar tidak berendam terlalu lama berhari-hari dalam air bertakung tu. 

Untuk pastikan pengaliran air lebih baik, letakkan batu-batu pada lapisan bawah sekali barulah dilapisi dengan tanah. Nak mudah, siram dengan cara menggunakan spray.

Jika Siram Terkurang Air.

Kalau air terkurang pula pertumbuhan akan terbantu seterusnya akan menyebabkan succulent plant akan mengecut dan daun mula gugur.

3. Tanah

Pemilihan tanah yang terbaik adalah jenis tanah yang sedikit berasid dalam kadaran pH 5.5-6.5. Boleh dapatkan di nursery yang berdekatan.

4. Baja

Baja ni dia macam supplement lah. Sebaiknya letak baja pada waktu yang sesuai. Waktu yang terbaik untuk membaja adalah pada waktu musim panas.

5. Ruang

Untuk dijadikan hiasan, succulent plant lebih menarik di letakkan di dalam satu bekas yang besar dan ditanam bersama dengan jenis succulent plants yang lain dan juga kaktus. Tapi awas ye. Jarak anta setiap succulent plants dan kaktus perlu dijaga juga untuk memastikan setiap tumbuhan membesar dengan baik.

Types Of Succulents




Credit photo : Aaron Apsley

Dalam gambar hanya sebahagian daripada Succulent Plants. Cantik-cantik semuanya. Ada yang lebih kurang sama tapi namanya berbeza. Fiza tak ada banyak succulent plant, cuma ada beberapa je lah. Kurang minat sikit dengan succulent plants dan kaktus walaupun mudah nak jaga. Mungkin lepas ni boleh buat hiasan succulent macam dalam balang kaca tu.

Echeveria imbricata "Blue Rose"

Kalau memilih succulent plants atau kaktus rambang mata dibuatnya nak pilih mana satu. Ikutkan memang tamak nak pilih semua. Tapi apakan daya, bajet tak banyak dan ruang tak berapa nak ada. Kalau beli semua baik buat nursery je kan, boleh jadi tokey nursery.



Sebenarnya nak beli String of pearls tapi terberkenan dengan si Echeveria imbricata "Blue Rose" ni ha. Terus terambil dan terbayar sekali. Terrr lah sangat kan! Padahal memang dah tergoda dan nak sangat tu sebab cantik. Dia macam memanggil-manggil suruh beli. Bahaya betul berlama-lamaan di nursery. Pepokok pandai memanggil-manggil. Haha..salahkan pokok pulak.

Jenis Echeveria imbricata ni antara spesis succulent plant yang popular dan cara pembiakkan dia mudah je dengan menggunakan potongan keratan daun. Dalam cuaca panas betul, daun dia akan bertukar menjadi warna pink. Itu tak pernah lagi berlaku sebab Fiza letak dalam rumah dan kurang cahaya. 

Boleh cuba nanti kot letak kat luar dan dedah pada cahaya matahari untuk tengok samada bertukar ke warna pink atau tidak. 


16 comments:

  1. Fiza ni memang minat tanam bunga ya.. Nampak menjadi apa yg ditanam..Menenangkan

    ReplyDelete
  2. Kurang minat bercucuk tanam sebab geram hasilnya mengecewakan.
    Tapi suka tengok kawan-kawan punya pokok-pokok subur menghijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..kalau tak menjadi geram betul. kecewa juga. Takpelah, tengok pokok orang pun terapi mata kita juga tengok pokok cantik :)

      Delete
  3. gmbr bunga kektas pon chantek nih., ohsem ;p

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fiza.. wah, saya baru tahu pasal blue rose ni. minat juga sebenarnya, tapi tak pernah bela lagi. pokok2 pun tak pernah beli lagi... tapi mcm teringin juga nak jaga blue rose ni... cantik rupanya ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..sila sila. mari kita menambah koleksi pokok sama-sama.

      Delete
  5. comei pulak nengok pokok ni..tetibe terbekenan pulak..tapi tak berani nak jaga pokok..selalu pokok mampuih je kalau tangan ni yg membela nye..hahaha..sabo je la..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. ye cantik sangat dan bermacam macam jenis ada. boleh pilih mana suka.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.