Golden Oreo Edisi Raya
Selamat berhujung minggu. Ada yang masih di kampung ke tu? Dengar kata jumaat lepas jammed teruk. Mungkin sebab orang ramai balik kampung. Hari ni sah sah lah jammed juga sebab orang nak balik bandar. Esok kan kerja.
Fiza belum balik kampung lagi. InshaAllah minggu depan lah baru balik segamat, sekali nak hantar abah appoinment di Hospital kat Johor Bahru nanti. Semoga urusan dipermudahkan oleh Allah. Aaminn...
Alhamdulillah puasa 6 pun dah settle. Raya 2.0 baru nak bermula. Tapi belum balik kampung. Feel raya baru separa on. aci tak? Orang lain dah sakan beraya kau baru lah nak terhengeh hegeh kan.
Golden Oreo Edisi Raya
Anyway, Fiza baru je tahu kewujudan golden oreo edisi raya lepas baca blog Kak Sha. Jenis mudah terpengaruh, bila husband keluar beli barang. Kirim sekali lah beli Oreo Golden ni. Kena beli cepat-cepat sebab limited edition sempena raya katanya lah.
Sampai bila Oreo Golden ni akan ada dekat pasaran tak pastilah. Nak rasa, silalah membeli dengan kadar segera. Nama je golden. Tapi dia tak letak emas tau untuk buat biskut oreo ni. Mungkin sebab warnanya kuning keemasan kot kan?
Rasa Golden Oreo. Just Nice!
Kalau kau orang makan golden oreo ni. Dia buat kau lupa rasa oreo sebab biskut dia sejenis biskut yang klasik dengan rasa original. Tapi rasa biskut dia rangup dan rapuh. Filling dia pulak perisa vanilla dan tak manis sangat.
Cookies yang sedap dan filling yang tak manis sangat berbeza dengan oreo yang biasanya manis gila tu. Oreo original hitam dengan vanilla filling tu memang Fiza kurang suka makan. Golden Oreo ni just nice rasa dia. Sedap!
Tapi!
Red Velvet Oreo Tetap nombor satu di hati. Rasa dia tak boleh lawan oreo-oreo yang lain. Mungkin sebab peminat Red Velvet. Itu yang tak boleh move on dengan Red Velvet Oreo. Tapi...dah habis edisi Red Velvet Oreo tu.
Kalaulah ada setiap masa dipasaran kan bagus. Boleh lah nak makan anytime pun.
"Putar, Jilat dan Celup"
Ingredients
Wheat Flour, Sugar, Palm Oil, Glucose-Fructose Syrup, Wheat Starch, Salt, Raising Agents (Sodium Hydrogen Carbonate, Ammonium Hydrogen Carbonate), Flavourings, Emulsifiers (Soya Lecithin, Sunflower Lecithin) -Oreo website
Biskut oreo ni sedap celup dengan air susu. Tapi yang golden oreo sedap lagi dicelup dengan air susu coklat. Mungkin lagi sedap sebab golden oreo ni tak berapa nak manis sangat kan. Sebab tu lagi sedap celup dengan air susu coklat.
Tak ada air susu coklat. Susu segar full cream pun sedap juga. Ikut lah citarasa masing-masing. Tapi ada orang tak suka makan oreo sebab manis katanya. Jadi, yang tak suka manis sangat tu bolehlah cuba rasa golden oreo.
Harga lebih kurang RM3.++ satu pek di 7 Eleven. Boleh juga beli di mana-mana pasaraya yang berdekatan. Kalau tak ada, maknanya dah habis lah tu. Biasalah kalau limited edition ni dia cepat habis. Lagi-lagi kalau ramai suka.
Whoaaa...yang red velvet pun saya x try..muahahaha..not red velvet lover maybe... X manis sgt ke...leh try gituu..hehe
ReplyDeleteHarap-harap masih adalah.Boleh beli dan rasa.
ReplyDeleteMacam-macam perasa baru ada sekarang. Ni semua nak penuhi kehendak orang yang citarasa berbeza-beza. Hehe. Tunggu kalau ada perisa keju.
ReplyDeleteOiii biskut terbang tuuu hahahaha...gile arr gambo ko Fizah, lawaaa!!..
ReplyDeleteSilalah buat tuitorial hehehehe...
Sejak-sejak ni tekak dah tua ni, biskut taknak masuk tau, geram plak Sis...pepagi nak roti plak...
sedap yg ni! ank pon suka mkn dr yg biasa tu.. hihi
ReplyDeleteooo baru tau juga ada golden oreo ni. kena cuba nanti!
ReplyDeletedua2 tak rasa lg..dah habis ya yg red velvet..yg original mmg manis giler..
ReplyDeletetaktau lak kewujudan ni ek, selalu beli yg cokelet je tuk anak. red velvet lagi tak sempat nak tengok, heehee.. kang nanti if ramai peminat, ada lah diorang keluarkan tu
ReplyDeleteBest jugak kalau rendam dgn air kopi ni
ReplyDeleteJammed kak hari jumaat haritu. Hehe saya salah seorang yang menempuhnya. Eh saya ada beli laaaa biskut oreo golden ni ahhaha belum makan lagi. Duk belek2 je. Waaa sedap eh 😅
ReplyDeletesetakat ni shida boleh telan oreo coklat je..selain tu allahuu manis ^_^
ReplyDeleteDah pergi mydin lupa plak nak beli oreo
ReplyDeleteKreatif oreo ade mcm2 perisa skrg.. redvelvet utk cny
ReplyDeleteAduh, yg red velvet pun sha tak sempat cuba, now ada pulak golden oreo? Cepat betul oreo ni buat flavor baru!
ReplyDeletesedapnya.. kena cari ni
ReplyDelete