Kenapa Pokok Lidah Mertua Tiba-Tiba Viral. Dulu Tak Pandang Pun!
Dah kenapa semua orang dok update pokok lidah mertua ni? Pokok lidah mertua tiba tiba viral di media sosial akhir-akhir ni. Puncanya? Tak diketahui. Mungkin sebab pengaruh rakan sebaya viral ni yang katanya pokok indoor/pokok dalam rumah macam pokok lidah mertua ni boleh kurangkan habuk dalam rumah. Betul ke tidak?
Pokok Lidah Mertua Kurangkan Habuk Dalam Rumah
Apa yang Fiza tahu, pokok lidah mertua ni mampu menyingkirkan toksin dan membersihkan udara yang tercemar. Duduk dibandar ni udara sentiasa tercemar. lagi-lagi udara dalam rumah yang terperap jika tiada pengaliran udara yang baik.
Kalau susah nak faham ayat-ayat tu, senang cakap pokok lidah mertua ni untuk membersihkan udara dengan lebih baik dan pembekal oksigen yang bagus lah. Fakta ni pun telah di iktiraf oleh NASA. Haa jangan main-main dengan kebaikan indoor plant ni.
Fiza pun lama tak update tentang pokok lidah mertua Fiza ni yang dah lama Fiza tanam dan propagate sejak beberapa bulan lepas. Bila dah viral ni katanya pokok lidah mertua ni terlajak laris sampai sold out di nursery.
Harga pokok lidah mertua mungkin lebih mahal disebabkan pengaruh viral ni. Siapa dah terjebak sila mengaku. Fiza lama dah terjebak dengan houseplant ni. So nak update sikitlah pokok-pokok lidah mertua yang semakin banyak.
Kenali Pokok Lidah Mertua
Selain popular dengan nama pokok lidah mertua. Pokok lidah mertua terkenal dengan nama pokok lidah jin, kaktus lidah jin, pokok lidah ular dan pokok lidah tiong. Pokok lidah mertua dalam english pula di panggil dengan nama mother in law tongue, snake plant dan lebih popular dengan nama sansevieria.
Sedap sikit nama sansevieria tu daripada pokok lidah mertua, lidah ular dan lain-lain nama tu. Seram dengar!
baca juga : 3 jenis pokok lidah mertua/sansevieria
Kenapa lidah mertua? Mungkin kata-kata/teguran mak mertua pada menantu tu ibarat setajam lidah. Berbisa macam ular. Sebab tu juga dipanggil lidah ular. Macam tu lah kot cerita nya. Tak pasti lah sejarah pokok ni.
Nama pokok lidah jin tu mungkin bentuk dia panjang macam lidah jin. Tapi pernah ke tengok lidah jin?. Kalau google macam tu lah kot rupa panjang macam lidah jin. Tapi in real tak tahu lah kan.
Dulu Tak Pandang Pun! Sekarang Tercari-Cari Pokok Lidah Mertua
Dulu kemain masing-masing tak pandang pun pokok lidah mertua ni. Kat kampung tu hidup terbiar orang tak ambil kisah pun. Fiza pun sama camtu! Tak pandang pun pokok-pokok mak tanam. Tapi bila dah terjebak dengan houseplant. Payah nak stop. Hahaha..gelak jahat ni tau sebab diri sendiri dah terkena.
Pembiakan pokok lidah jin sangatlah mudah. Tak yah sembang kalau kata tangan panas lah tak boleh tanam pokok nanti tak menjadi lah. Sila move on sebab pokok lidah mertua ni " Hard to Kill" you know? Agak-agak tak pandai nak tanam dalam tanah, buat cara Fiza letak dalam air. Nak letak dalam air tu kena potong serong okay.
Cara Mudah Tanam Pokok Lidah Mertua
1. Potong serong daun lidah mertua
2. Letak dalam air sampai berakar
3. Tanam dalam pasu dan letak tanah
Fiza potong dari pokok mak kat kampung je. Setiap kali balik mesti ambil sampailah dah banyak kat rumah ni. Suka letak pokok dalam bilik tidur dan letak pada bahagian workspace. Rasa seronok buat kerja sambil tengok pokok-pokok hijau ni. Tapi pokok lidah mertua letak kat ruang makan je. Kat workspace ni letak pokok golden pothos dan monstera je.
Bila rendam dalam air, dia akan mula berakar dalam masa 2 minggu lebih atau dalam tempoh sebulan macam tu. Fiza letak dalam balang kaca di tempat yang ada cahaya matahari yang cukup. Nak akar lagi banyak, biarkan lagi lama dalam air tu.Selepas 1-2 bulan letak dalam pasu bertanah, baru lah anak-anak tumbuh membesar. Yang ni Fiza letak luar kat ruang car porch. Kurang cahaya sikit tapi kira cukup cahaya jugalah ni. Siram 2-3 kali seminggu. Tak susah pun nak jaga. Yang penting, air dan cahaya cukup.
Cadang nak letak pasu ni dekat luar pagar rumah. Tapi letak dulu dalam pagar rumah dalam proses nak membesar tu. Fiza campur pelbagai jenis pokok lidah mertua. Bila dah membesar mesti nampak cantik kan.
Bila tak ada pasu, gabungkan je semuanya dalam satu pasu. Pun cantik juga! Tapi kena bersabarlah nak menunggu membesar ni. Nak pokok cepat besar tumbuh, letaklah baja. Macam kita lah manusia, kena makan baru lah membesar dengan sihat. Begitu jugalah dengan tumbuhan perlukan baja sebagai makanan.
tu lah fiza, 2 3 arini viral org show pokok ni kat socmed. kebetulan 2 3 minggu lepas kawan ada bagi 2 pokok, hidup dgn galaknya. baru tau function pokok ni
ReplyDeleteuntung tu ada orang bagi. Lepas ni boleh tanam lagi :)
Deletelepas ni mahallah harga pokok lidah mak mertua ni.
ReplyDeletekan awak. confirm bakal harga mahal dari biasa
DeleteSejuk mata memandang kehijauan :)
ReplyDeleteye, betul tu.
Deleteemm memang beberapa hari ni nampak pokok ni lalu kat timeline. tetiba je...
ReplyDeletekann...tetiba je dia popular.
Deleteuntuk lebih segar dan lebih sehat., ;p
ReplyDeletenama lidah mertua tu sbb mak mertua kuat membebel lettewww., kehehehe
ye, menyihatkan mata. mak mertua sapalah yang suka membebel tu agaknya kan..hihi
DeleteAda tengok kat rumah jiran rumah mak mentua.. rimbun.. geram je tengok. Haha
ReplyDeleteboleh mintak dapat free je tu Aien :)
DeleteAda nmpk byk ditanam kat divider jln..rasa nk pi cabut mlm2..haha..bagus kalau boleh hilangkan habuk..
ReplyDeletehaha..jangan dicabut. mintak je :)
DeleteKat rumah mmg ada pokok ni dalam pasu..tp kat luar rumah la... leceh letak dalam...anak anak letak sampah dalam pasunya...asah pensel habuk letak dalam pasu.
ReplyDeletekalau macam tu memang kena letak kat luar lah :)
DeleteDi rumah ibu saya banyak nih plants ini, ditanam di outdoor sih.
ReplyDeleteCantik sekali.
Sayapun ingin punya plants gini di depan rumah :)
boleh ambil tu repot ke pasu letak hiasan dalam rumah pulak.
Deleteitu lah, tiba2 viral pulak geng2 mak mertua ni..hahaha...housemate akak pun nak beli yang ni katanya...
ReplyDeletemasing-masing borong sampai soldout pokok ni kat nursery..hebat betul penangan viral kan.
DeleteYa Allah! Betul sangat... Pokok ni berlambak dah lama ada kat umah. Tapi tetibe viral, tak afham jap kenapa hahahahaha... Ini memang betul takleh stop ni, banyak betul. Cantik pulak tu jadi deco pokok pokok hijau macam ni.
ReplyDelete