Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura Herbs Sedap Manis. Harga Mampu Beli.

Sebut je kurma ajwa, terus terbayang dah harga kurma ajwa yang orang kata mahal tu. Betul ke kurma ajwa harga dia mahal? Dari sejarah kurma ajwa ni, kurma ajwa pertama ditanam sendiri oleh Rasullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah. Dan kurma ajwa telah menjadi kurma kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wassallam.

Kurma Ajwa Kurma Terbaik

Buat masa sekarang, jumlah pokok kurma ajwa tidak banyak ditanam. Kurma ajwa dianggap kurma yang sangat istimewa dan jenis kurma ajwa terbaik di antara semua jenis kurma. Disebabkan itulah, harga kurma ajwa bukan harga biasa-biasa. Boleh dikatakan kurma premium dan harga dia premium jugalah.


Khasiat Kurma Ajwa

Buah Kurma diibaratkan 'buah ajaib' yang mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan. Contohnya boleh meningkatkan kadar gula darah. Mengandungi vitamin A, kalsium dan zat besi yang tinggi.

Sebab itulah buah kurma sangat sesuai dimakan ketika berbuka puasa kerana tubuh badan kita memerlukan karbohidrat dan gula yang terkandung dalam buah kurma. Ibarat macam memberi tenaga segera pada badan kita setelah berpuasa di siang hari.

Bukan itu saja ye, banyak khasiat kurma ajwa untuk ibu mengandung dan manfaat kurma ajwa untuk kesuburan juga. Jadi, bolehlah amalkan makan buah kurma ajwa ni.


Kurma Ajwa Untuk Diet

Disebabkan kurma ni mengandungi nutrisi yang banyak serta mengandungi karborhidrat yang mudah dicerna, sangat sesuai lah dijadikan sebagai kudapan/makanan ringan yang berkhasiat. Daripada ambil snack yang bergaram, berlemak dan bergula tu. Lebih baik amalkan makan kurma ajwa.

Memandangkan kurma ni sejenis buah ajaib yang memberi tenaga segera, jadi ianya sesuai sangat untuk diet. Sebabnya kurma mengenyangkan perut sekitar 5 jam dan mungkin lebih. Kenyang, berkhasiat dan sah-sah lah selamat untuk diamalkan makan kurma setiap hari tanpa perlukan supplemen tambahan.

Kira macam kurma ni ganti nasi pun boleh. Dah ada kurma ajwa ni bolehlah cuba ber diet dengan kurma ajwa. Macam Zulin Aziz dah kurus sekarang tu. Makan kurma dengan air je rahsia kurus dia! Fuhh mampu ke tidak nak membuatnya tu. Boleh cuba dari sekarang. Kot 2 3 bulan akan datang mengurus dengan jayanya.

Cara Makan Kurma Ajwa

Seperti yang kita tahu, sunnah makan kurma ganjil. Nabi Muhammad SAW mengamalkan dan menganjurkan untuk makan 7 biji buah kurma pada waktu pagi dan pada waktu berbuka puasa. Ada hadis yang menjelaskan bahawa kurma ajwa dapat mengatasi racun dan sihir.

Ini mungkin disebabkan kandungan yang terdapat di dalam kurma ajwa itu sendiri. Keistimewaan kurma ajwa adalah kerana berkat pengkhususan Rasullah SAW iaitu telah mengkhusukan jumlah 7 biji setiap hari.

Berkatnya juga daripada asalnya pokok kurma ajwa yang ditanam di tanah Madinah yang merupakan tempat khas penanaman pokok kurma ajwa. Bagi mereka yang memakan kurma ajwa ni akan beroleh keberkatan disebabkan tanaman asal kurma ni asalnya ditanam daripada tangan Nabi Muhammad SAW.

Kurma Ajwa Sedap. Sedang Elok Manisnya.

Sebelum ni Fiza pernah kongsi kurma madu yang Fiza suka tu. Itu memang sedap sebab tekstur dia lembut tapi tahap manis dia tak ramai yang suka. Ramai yang lebih suka kurma ajwa yang rasanya sedap manis yang ngam ngam. Pendek kata, sedang elok manisnya sesuai untuk semua golongan kanak-kanak mahupun yang tua.

Mak ayah nenek atuk kita memang tak suka makanan manis sangat ni. Almaklumlah dah berumur, banyak pantang larang tak boleh makan disebabkan ada penyakit lain. Mostly pada tahap umur mereka dah tak boleh makan terlalu manis. Jadi, level manis kurma ajwa ni sesuai dengan mereka.



Pertama kali rasa kurma ajwa, dapat buah tangan dari adik ipar balik umrah. Itupun dah lupa rasa dia. Kali kedua rasa kurma ajwa asli Madinah dari Rihura Herbs yang boleh beli di Malaysia je. Rasa, saiz dan tekstur dia sama. Memang kurma ajwa asli Madinah.


Saiz kurma ajwa ni sederhana, tak kecil dan tak besar pada Fiza. Tekstur dia agak lembut dan sedikit kenyal. Tapi tak liat. Seriouslah rasa dia sangat sedap. Manis tak manis macam tu lah. Susah nak describe rasa dia. So faham lah kenapa kurma ajwa ni jadi kesukaan ramai. Sebab rasa dia just nice manis dia. Mahal yang berbaloi orang kata. Lagipun baik untuk kesihatan kan.

Masing-masing baru keluar peti ais.

Macam bercita-cita nak buat air susu kurma pun sedap ni. Susu pun ada stok lagi. Takpun, buat overnight oat campur kurma pun sedap juga. Tiba-tiba macam banyak idea nak dibuat dengan kurma ajwa ni. Nantikan... kalau rajin Fiza share. Kalau tidak, Fiza makan begitu je lah.

Harga Kurma Ajwa Rihura Herbs Mampu Beli

Harga Kurma Ajwa di Arab Saudi boleh dikatakan cukup mahal, sekitar 60 – 80 riyal/kg. Di Malaysia harga biasa yang dijual sekitar RM 80.00 – RM 120.00/kg. Mahal kan?? Jangan terkejut sangat, dah itu memang harga standard di pasaran.

Nak beli Kurma Ajwa Asli Madinah dengan harga lebih murah, boleh beli dari Rihura Herbs dengan harga RM110 sekilo. By the way, kau orang boleh dapatkan dengan harga serendah RM15 untuk 100gram. Kira harga mampu beli dan semua mampu rasa. Tak nak kurma ajwa, kurma lain pun ada.

Kurma Mesir serendah RM 3 dan sekilo RM25.
Kurma Ajwa Asli Madinah RM 10 dan sekilo RM 85.

Order melalui whatsapp : wasap.my/60105012717/KurmaRihura
facebook : rihuraherbs
instagram : rihuraherbs

Nak beli untuk dijadikan hadiah pun okay ni sebab packaging dia menarik. Kualiti terjamin, harga berpatutan, kurma ajwa asli dari Madinah, buah segar dan baru. Fiza recommend lah sebab truster seller. Boleh beli anytime sebab bukan dijual pada bulan Ramadhan je. So cepat-cepat order selagi masih ada ready stok.

Tips Simpan Kurma Ajwa

Kalau kau orang beli kurma ajwa, make sure simpan dalam peti ais. Jangan simpan di tempat yang panas. Nanti kurma akan cair dan mudah penyek. Kalau sentiasa terdedah kepada panas mungkin akan membuatkan kurma mudah berulat.


13 comments:

  1. Kita sampai sekarang masih makan kurma Ajwa ni...ada baki lagi sikit..nanti dah habis pun nak beli lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..kita baru nak terjebak dengan kurma ajwa ni kak :)

      Delete
  2. Memang comel je saiz kurma ajwa.
    Memang akan ikut sunah makan 7 biji setiap kali makan.
    Memang tak dapat makan selalu.

    ReplyDelete
  3. Memang sedap..btapi tu lah bila bukan bulan Ramadhan agak susah mencati bekalan buah kurma.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh beli kat Rihura je kak sebab jual tak kira musim ramadhan ke tak. Selagi ready stok masih ada.

      Delete
  4. sedapnya.. harga pun okay,... berbaloi kalau beli ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. sangat berbaloi lah dan semua dapat merasa juga kurma ajwa ni.

      Delete
  5. suka gak kurma ajwa ni sebab dia tak terlalu basah, tak terlalu kering...tapi harganya boleh tahan juga...

    ReplyDelete
  6. Fav sgt.. dpt ajwa lagi la. Tak manis dan lembut.. anak²pula mmg suka kurma

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.