Resepi Nanas Goreng Viral
Nanas goreng??? Macam pelik dan tak pernah dibuat orang goreng nanas. Pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng dah biasa dengar dah. Tapi nanas goreng? Hari tu dengan tak sengaja, tertengok berita TV3. Kan ada selingan sikit tu kan.
Ada lah satu slot tu usahawan di Bandar Pasir Puteh, Kelantan jual nanas goreng. Dah setahun berniaga tapi baru-baru ni lah baru viral katanya. Dah keluar televisyen, mesti pergi jauh lagi viral dia. Ke belum lagi?
Nanas ni sejenis buah yang berair sedap di makan begitu saja. Sedap ke dibuat goreng? Yang Fiza tahu makanan berasaskan nanas ni sedap dimasak pajeri nanas. Sedap oiii! Tapi tak pandai masak pajeri nanas.
Nanas masak lemak pun sedap juga. Selain tu buat jus nanas pun sedap. Kalau nanas potong kecil-kecil yang masak campur gula dan air tu orang panggil ape ye? Yang macam dalam tin tu. Air nanas ke? Buat macam tu pun sedap juga.
Masak dalam seperiuk lepas tu simpan dalam bekas letak dalam peti ais. Minum sejuk sejuk sedap betul.
Tapi!
Nanas goreng tu memang unik betul. Seperti apa yang Fiza tengok haritu, dia guna nanas madu sejenis nanas yang manis dan kurang berair. Kiranya nanas paling sesuai lah untuk dibuat goreng macam pisang goreng tu.
"SAYA halalkan jika ada peniaga lain membuat nanas goreng, saya anggap rezeki masing-masing," kata peniaga yang tular dengan menu nanas goreng yang dijual di Kampung Panggung Rama, Pasir Puteh.Noor Hidayah Abdullah, 32, mencetuskan fenomena baru apabila makanan unik dijualnya tular di laman sosial.Ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah menjual nanas goreng sejak setahun lalu di belakang Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh namun hanya tular beberapa hari lalu.Nor Hidayah berkata, dia mula berniaga nanas goreng dengan suaminya, Suzaimi Awang, 52, bermula dengan sepuluh nanas dan kini mampu menjual 200 hingga 250 kilogram nanas setiap hari."Pada mulanya ada yang menganggap menu itu pelik tapi mula menyukai keserasian gandingan rasa manis nanas dan kerangupan salutan tepung."Lagipun saya masih menjaga rasa asli nanas dan zat di dalam buah itu dengan hanya mencelup nipis salutan tepung dan menggoreng sekejap saja sekitar dua ke tiga minit sekadar tepung masak bagi mengelakkan nanas terlalu berminyak dan kecut," katanya ketika ditemui di gerainya hari ini.Nor Hidayah berkata, dia juga hanya menggunakan nanas madu bagi mengelak buah itu terlalu berair dan merosakkan adunan tepung.Nanas dipotong kecil dan dicelup adunan tepung sebelum digoreng seperti biasa, tujuan dipotong kecil supaya mudah sejuk dan kurang berair.
Katanya, dia juga menggunakan adunan tepung berasingan untuk nanas iaitu adunan lebih pekat selain turut menyediakan dua kuali khas untuk menggoreng buahan itu dan menu goreng lain."Sejak tular, pelanggan lebih ramai malah ada yang datang dari Sabah dan Pahang yang minta saya kongsikan resipi untuk mereka jual di gerai masing-masing."Saya dan suami tak marah sebaliknya rasa terharu kerana ramai yang datang memuji keenakan nanas goreng yang dijual selain menarik orang makan buah," katanya.Nor Hidayah berkata, jika boleh dia ingin berjumpa semula dengan wanita usia 40-an yang pertama kali mengajarnya memasak nanas goreng yang akhirnya membuka rezeki buatnya."Wanita itu mendakwa dia buat nanas goreng supaya anak dan cucunya gemar makan buah dan menyarankan saya menjual nanas goreng yang hingga kini mendapat permintaan tinggi pelanggan, kalau boleh saya nak jumpa dia dan ucap terima kasih," katanya.Nor Hidayah berkata, dia kini turut menjual nanas goreng keju dan buah sukun goreng bagi merancakkan lagi jualan makanan di gerainya yang dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang.Credit: Harian Metro
Resepi Nanas Goreng
Resepi nanas goreng ni Fiza rasa macam sama je adunan tepung goreng dia untuk goreng pisang. Kalau nak cuba rasa, paling mudah beli je tepung segera untuk goreng pisang tu. Mudah bukan? Kalau nak sedap lagi, mungkin boleh cuba resepi dalam video ni.
Macam menarik gabungan rasa nanas manis, ada masam sikit dan rangup bersalut tepung tu. Ada yang cuba? Atau baru je tahu? Kata viral. Biasa benda viral cepat je orang tahu.
credit : The Asian Kitchen
Wah.. boleh try.. tapi kalau omputih punya resepi mmg tak pelik... Epal, pear, buah² lain diorang mmg buat goreng tepung macam ni... Kalau kat Malaysia nampak pelik LA kan..
ReplyDeletebetul tu kak..omputih memacam di gorengnya.
DeleteBaru tahu. Nampak sangat tak peka dengan dunia luar.
ReplyDeleteBagus juga dia nak kongsi ilmu goreng nanas.
Nanti boleh cuba kak kalau suka nanas :)
DeletePernah dengar tetapi belum pernah mencuba atau merasainya
ReplyDeleteWak kalau ada nanas boleh cuba wak.
Deletesaya baru tahu ada nenas goreng..menarik ni kena cuba
ReplyDeleteselamat mencuba.
DeleteKecur air liur kita tengok. Dah la tak berapa gemar nenas ni Haha
ReplyDeletealamak, tak gemar pun boleh kecur ni. hihi
Deletemacam menarik, nanas goreng..blh cuba nnt fiza ^_^
ReplyDeleteSilakan mencuba Shida :)
Deletewahhhhh nanas goreng! ade jgk tgk kat fb psl nanas goreng ni tp xamek tau sgt.. haha
ReplyDeletekalo nanas madu mmg sedap! sy paling suka mkn nanas madu.. puas hatiiii dgn manisnya! sedappp.. kalo goreng agknya mcm cempedak goreng la kot.. manis2 bergoreng haa gituu.. haha
kita geng suka nanas madu. lebih kurang macam tu lah kot rasanya :)
DeleteKita baru nak cuba hehe..
ReplyDeleteselamat mencuba CikTie.
Deletewow nenas, my fav..nyum2
ReplyDeletekena pantang sha :)
Deletepernah tengok juga di TV3. belum jumpa lagi di sini. Boleh la cuba buat sendiri.
ReplyDeletecuba sendiri pun boleh ni kak. macam pisang goreng je kaedahnya :)
Deletetak berpeluang rasa lagi
ReplyDeleteteringin pula nak rasa
confirm sedap
boleh cuba buat sendiri je ni :)
Deletemenarik ni :)
ReplyDeletesangat menarik. Bole cuba :)
Deleteassalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!
ReplyDeleteWaalaikumussalam..selamat kembali anies.
Deletekena cuba nie
ReplyDeletenampak sedap sgt
Selamat mencuba.
DeleteTak pernah makan lagi nanas goreng setakat ni. Tapi sekali tengok cam sedap jer ni ..Boleh la try buat sendiri nanti
ReplyDeleteboleh cuba buat sendiri kak lya :)
DeleteFirst time tengok nanas goreng. Apa lah rasanya ye.
ReplyDeletenak tahu rasa dia boleh cuba buat sendiri Nani :)
Deletebaru tahu nenas goreng ni viral.haha.Ptg tadi balik sekolah, singgah satu warung n beli pisang goreng, nampak ada satu tray tu, dan siap tanya ni apa kak? akak tu jawab nenas goreng.sy siap ulang tanya dan tak percaya nenas pun dibuat goreng?sekali dah viral rupanya..lain kali nak cuba jugaklah..
ReplyDeletehaa..lepas ni boleh beli dan cuba rasa kak :)
Deleteim wonder how it taste like. neee to try once in a lifetime. huhu.
ReplyDeleteya, you should try :)
Deletemenarik nnt boleh cuba buat kat rumah.
ReplyDeleteSelamat mencuba
DeleteKalau terjumpa orang jual ni haruslah Mrs. A nak cuba.
ReplyDeleteBuat sendiri tak tahu jadi apa hahahaaa....
Ada dapat whatsapp pasal ni viral sistur tu
harusss kak. kena beli dan cuba.
Deletebaru tahu kisah nanas goreng ni. tak boleh nak imagine macam mana rasanya. tapi bagusla akak tu siap halalkan kalau orang lain pun nak jual nanas goreng jugak.
ReplyDeleteye betul. Bagus macam tu kan. rezeki masing masing.
DeleteSaya baru tahu. Macam sedap je nanas goreng tapi mungkin kena pilih buah yang sesuai.
ReplyDeleteitulah kan. macam sedap. kena pilih yang jenis tak banyak air baru sedap rasanya kot kan.
DeleteTerus terang Tqa cakap, ni first time Tqa dengar Nanas Goreng.
ReplyDeleteCurious rasa dia macamana. Kat sini susah nak cari unless buat sendiri.
nak tahu kenalah buat sendiri nampakanya Tqa :)
DeleteBaca kat sini baru tahu.. hehehe..
ReplyDeleteNanti boleh cuba buat kak kalau teringin rasa kak sha :)
DeleteViral dah nenas goreng ni. Nanti boleh cuba.
ReplyDeleteitulah kan tetiba dia viral pulak. selamat mencuba.
DeletePertama kali dengar pasal nenas goreng ni. Nampak sedap.. kalau ada peluang nak cuba
ReplyDeleteSaya baru tahu kalau nanas bisa digoreng, kalau sukun sering ya, ini nanas hehehe.
ReplyDeleteTapi lihat vidionya saya jadi ingin cuba di rumah, sepertinya menarik buat dicoba, tapi memang harus pakai nanas yang nggak sembarangan ya, karena nanas setahu saya berair :)
masa balik kampung hari tu abah akak dah bising-bising suruh cuba goreng... dia kata nenas ada cuba la goreng... benda viral ini laju je lah dia tahu
ReplyDeletemcm menarik juga kalau cuba....
ReplyDeletepenah gak dgr nanas goreng., tapii
ReplyDeletetapi wak x nmpk lg org jual nanas goreng ni tepi longkang.,
ReplyDelete