Senecio Rowleyanus String of Pearls

Sambung cerita pasal pokok lagi boleh? Boleh tak boleh, kita bolehkan je lah. Blog sendiri kan. Tak ada siapa yang larang. Dah lama rasanya kot berhajat dan dapatkan pokok string of pearls. Dah beli baru tahu rupanya String of Pearls tergolong dalam kumpulan succulent plant.


Laaa, baru tahu. Itulah kan, tak cinta maka tak kenal. Eh bukan tak kenal maka tak cinta ke? Ini kes lain, dia terbalik.

Senecio Rowleyanus "String of Pearls"


Tertarik dengan rupa bentuk yang bulat dan bertali tu. Itu yang membuatkan string of peals ni sejenis succulent plant unik dan menarik untuk dijadikan pokok hiasan jenis gantung.


Sejenis tumbuhan sukulen yang mudah dijaga. Membesar dengan cepat tanpa perlu bersusah payah. Tapi memerlukan cara penyiraman yang betul supaya tidak mudah mati.

Cara Penyiraman

String of pearls sangat sensitif dalam penyiraman  berbanding dengan succulent plants yang lain. Kaedah terbaik siram succulent plant adalah dengan menggunakan kaedah 'rendam dan kering'.

 Apa yang Fiza faham kaedah ni pastikan tanah basah sepenuhnya dan Hanya perlu siram semula selepas keseluruhan tanah betul-betul kering. 

Siapa yang lebih pakar dengan kaedah siraman ni, boleh tinggalkan komen di dalam kotak komen bawah ni ye. Kotlah Fiza silap faham. Sila perbetulkan.

String of Pearls Propagation 

Apa yang Fiza baca, cara pembiakan dia sangat mudah. Hanya perlu potong batang dan biarkan kering lebih kurang 1-2 hari. Kemudian barulah cucuk dalam tanah dan hanya siram bila tanah betul-betul kering. Rujuk balik cara penyiraman yang Fiza dah kongsikan kat atas tu.

Tapi...

Jika ada anak yang masih kecil atau haiwan peliharaan sebaiknya jangan memilih string of pearls. Jika nak juga buat hiasan dalam rumah, boleh digantung supaya tidak mudah di capai oleh anak atau haiwan peliharaan.

Harga String of Pearls

Fiza lupa harga sebenar tapi lebih kurang sekitar RM5-RM8 macam tu. Kebiasaanya harga succulent plants ni dia murah sebab saiz pun comel-comel je kan. Yang mahal tu kalau jenis rare lah kot.

Boleh cari di Nursery berdekatan atau malas keluar beli online je awak.

10 comments:

  1. First time tengok pokok String of Pearls, cantiknya!
    And so cute like green peas!
    I didn't know this plant existed until today.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tumbuh lebat rimbun lagi cantik tau tqa. Boleh google kalau nak tengok yang lebat tu. serius cantik. Ini sejemput je ada. but still cute too :)

      Delete
  2. Pelik cara siram. Rupanya kena tunggu tanah kering baru siram. Kena pegang rasa tanah tu kan sebelum siram?

    ReplyDelete
  3. hijau itu menawan.. gmbr chantek mcm biasa :p

    ReplyDelete
  4. Cantik..mmg sesuai dgn namanya..

    ReplyDelete
  5. rupanya byk lagi ilmu pokok mama kena belajar ni.. mmg cantik la pokok ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.