Starbucks New Refreshing Summer Menu Including Sweet Corn Frappuccino and More

Starbucks New Refreshing Summer Menu | Starbucks telah memperkenalkan menu musim panas yang menyegarkan termasuklah Sweet Corn Frapuccino dan banyak lagi. Kesemua Starbucks new drinks Malaysia ni telah diperkenalkan pada bulan April yang lepas.

Bagi penggemar tegar kopi mahal jenama Starbucks sudah pastinya tidak lepaskan peluang mencuba menu Starbucks Malaysia 2020 yang dikeluarkan sempena musim panas ini. Ada yang dah cuba? Jika kau orang bukan penggemar kopi, patut cuba menu Starbucks yang baru ni sebab semuanya tidak berasaskan kopi pun. 

Starbucks New Refreshing Summer Menu

Frapuccino dan Starbucks berpisah tiada itulah trademark Starbucks. Untuk Starbucks Malaysia Frapuccino menu sempena musim panas ni ada 3 jenis minuman yang menyegarkan dan melegakan tekak. 

Musim panas tu merujuk kepada cuaca panas ye sebab Malaysia ni bukan negara bermusim. Faham-fahamlah kan cuaca panas di Malaysia ni macamana. Lain macam panasnya. Dapat minuman sejuk yang Starbucks Malaysia keluarkan ni memang sejuk tekak.

1. Caramel Sweet Corn Frappuccino



Caramel Sweet Corn Frappuccino di inspirasikan daripada air jagung Bazaar Ramadhan. Bulan April yang lepas kita masih dalam bulan Ramadhan kan. Jadi, Starbucks mencipta air jagung mengikut versi Starbucks dengan menggabungkan buttered sweet corn, a swirl of green tea whipped cream dan tak lupa sos caramel manis. 

Menarik betul gabungan semua tu menghasilkan air jagung premium. Siapa suka air jagung tu rugilah kalau tak cuba Air jagung Starbucks ni. Terasa bangsawan pula minum air Caramel Sweet Corn Frappuccino ni kan. Tak suka frapuccino? Boleh je order yang blended.

Harga bermula dari RM18

2. Oolong Jelly Matcha Royale



Jika kau orang peminat teh, boleh cuba Oolong Jelly Matcha Royale yang berasaskan matcha latte bersama dengan Oolong jelly. Oolong tu sejenis chinese tea dan jelly tu adalah cincau. Pernah nampak air matcha (green tea) campur cincau (jelly)? Tak pernah kan? 

Peminat matcha, jangan lepaskan peluang cuba rasa Oolong Jelly Matcha Royale yang serba mewah ni. Rasa kecur pula tengok Oolong Jelly Matcha Royale ni sebab Fiza peminat matcha. Teringin nak cuba.

Grande saiz dengan harga RM19.10

3.  Tropical Triple Citrus

Bila musim panas, dapat air buah-buahan pasti menyejukkan tekak. Untuk kau orang yang suka air buah-buahan tu silalah cuba Tropical Triple Citrus. Tropical Triple Citrus menggabungkan 3 jenis orange juices iaitu orange, lemon and grapefruit. Dicampurkan bersama  Teavana Emperor Cloud dan Mist Green Tea. 

Tak lupa juga didatangkan sekali dengan hirisan buah orange, lemon dan grapefruit. Minuman gabungan 3 buah orange ni rasanya sesuai untuk kau orang yang suka jus buah-buahan yang masam-masam. Menulis sambil tengok gambar air ni pun dah buat rasa kecur air liur. 

Grande saiz dengan harga RM19.10

Ice Pop Cold Cups Series


Ohh ya, untuk kau orang yang suka kumpul barangan ekslusif Starbucks. Starbucks Malaysia ada keluarkan juga koleksi barangan ekslusif terbaru yang di inspirasikan sempena musim panas. Ada cold cup, botol air dan juga mug. Kesemua koleksi ekslusif ni menampilkan warna warna yang ceria dan bermotifkan corak musim panas.

Starbucks Kati Kati Blend

Berita baik untuk penggemar kopi Starbucks dimana Starbucks Malaysia telah membawa semula  Kati Kati Blend Coffee (Starbucks Whole Bean Coffee). Kegemaran semua penggemar kopi di musim panas. Rasa-rasa nak minum kopi Starbucks selalu, belilah kati-kati blend ni.


Kati Kati Blend ni di hasilkan daripada biji kopi yang terpilih dan terbaik di East Africa. Kopi panggang yang diadun dengan sempurna dibungkus dengan citrus dan aroma rempah

Order Online Dengan Food Delivery FoodPanda

Best-best Starbucks menu keluarkan ni. Kau orang boleh dapatkan kesemua minuman musim panas ni di mana-mana cawangan Starbucks seluruh Malaysia selagi Starbucks Malaysia promotion still ON. Rasa macam nak rasa semua je.


Agak-agak macam teringin dan macam malas nak keluar rumah, boleh je order online dengan menggunakan servis food delivery dari FoodPanda. 

Tak payah susah-susah nak keluar beratur dan tak perlu nak gelabah tak tahu nak order Starbucks macamana. Almaklumlah susah juga nak order menu Starbucks di kaunter tu kalau tak biasa. Lainlah kalau kau orang yang dah biasa. 

Macam biasa, bila Starbucks Malaysia memperkenalkan rangkaian minuman terbaru mengikut musim ni dia akan dikeluarkan dalam tempoh terhad. Lambat memang tak dapat lah. Mana satu pilihan kau orang? Kalau tanya Fiza, Fiza pilih semua!



20 comments:

  1. tergeliat lidah nyebutnya..hehe..tiga2 tu nmpk sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya..jenuh nak sebut kalau order kat kaunter :)

      Delete
  2. Saya baru tahun ni, minum air starbuck. Huhu~uuuu

    ReplyDelete
  3. Berminat dengan Kati Kati dan Tropical Triple Citrus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun berminat dengan kati-kati blend. buat sendiri kat rumah pun best jugak.

      Delete
  4. Assalamualaiku azhafizah,
    Waaa.... sekali lagi meleleh air liur tengok dia punya menu tu... Daa laa PKP ni memang banyak betul keinginan heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...betul.kita pun rasa nak sangat minum. macam-macam teringin. sekarang semua order online je senang kalau teringin order je.

      Delete
  5. huwaaa enak enak semua nih, dan benar saya pilih semua saja deh :)
    Tapi olong jelly matcha royale itu rasanya menarik buat dicoba.
    By the way, sejak pandemi ini saya tidak pernah lagi order minuman, paling bikin kopi sendiri di rumah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita geng! pilih semua aja senang dan semuanya enak sih.
      bikin kopi dalgona juga?

      Delete
  6. Nampak sedap semuanya. Sejak PKP ni, tak jejak lagi kaki ke Starbucks. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti² boleh jejak Starbucks setelah sekian lama kan.

      Delete
  7. wahh minuman org have have nih.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Wowww sangat ni. Harga boleh tahan. Tapi sedap owhh best

    ReplyDelete
  9. wuuuu sedap nak amat tapi mampu tgk je ...haha

    ReplyDelete
  10. ri tu ada teringin starbucks gak, terus hasut housemate2ku beli online delivery ke rumah...hihihihi...tertunai hasrat nak minum starbucks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati kalau dapat masa teringin tu kan..lega tekak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.