3 Resepi Murtabak Maggi Yang Mudah Dan Sedap

Dalam banyak banyak menu mee maggi, ramai betul yang suka masak murtabak maggi? Sedap ke? Jujur cakap Fiza tak pernah cuba masa murtabak maggi. Mungkin sebab jarang makan maggi. Makan sekali sekala tu pun masak tumis air atau goreng je. Belum cuba lagi murtabak maggi.

Teringin juga lah nak buat murtabak maggi. Fiza suka cari resepi murtabak maggi yang mudah-mudah je. Kalau leceh terus rasa macam kemalasan nak buat. Siapa perangai macam ni? Sila jangan malas-malas. Nak makan kena lah rajin memasak. Kalau tidak, berlaparlah. Sedap ke tidak lain cerita.

Ada beberapa resepi murtabak maggi yang popular, antaranya murtabak maggi khairulamin, murtabak maggi sheila rusly, murtabak maggi buat orang lapo, resepi murtabak maggi che nom, murtabak mini azlita, murtabak maggi cheese dan murtabak maggi kulit popia.

Credit photo : buatoranglapo.com

Paling menarik resepi murtabak maggi buat orang lapo ni sebab ada cheese. Kecur tengok makanan ada cheese. Lapo dibuatnya! Puas hati kan kalau kita buat murtabak maggi homemade. Boleh letak rencah ikut citarasa kita.

Hujung minggu macam ni kalau dah buntu sangat nak masak apa. Boleh cuba 3 resepi murtabak maggi yang mudah dan sedap ni. Boleh cuba kalau kau orang suka sangat murtabak meggi. 

1. Murtabak maggi khairulaming

Fiza yakin yang kau orang memang suka cari resepi simple kan. So bolehlah kau orang cuba resepi murtabak maggi khairulaming. Kalau dia ni buat, memang nampak mudah je tengok. Rebus maggi, angkat dan tos.

Campurkan telur, bawang, cili merah potong, perencah, daun sup dan kacau rata. Kemudian masak je atas pan dan bentukkan tebal macam murtabak. Mudah dan nampak sedap!

2. Murtabak maggi sheila rusly

Penyediaan & Masa Memasak:
15 minit Hidangan: 6 orang
Setiap Orang: 8.1g Protin, 9.5 g lemak, 19.1g kabohidrate, Tenaga 194 Kcal

Bahan:
1 sudu besar minyak jagung

A
5 biji telur, dipukul
1 biji bawang merah, dicincang 
2 biji cendawan butang, dipotong dadu 
1 ikat daun sup 
100 gram ayam cincang, yang dimasak 
4 batang cili padi, dihiris 
2 pek Perencah Mi MAGGI® 2-Minit AYAM
 2 pek Mi MAGGI® 2-Minit AYAM, direbus tanpa rencah 

Penyediaan: 
1. Didalam mangkuk, masukkan semua bahan A, gaulkan rata. 
2. Panaskan periuk leper, letakkan minyak sedikit dan mengunakan acuan bulat kecil. Letakkan adunan MAGGI Murtabak didalamnya. 
3. Masak selama 5 -8 minit dengan suhu yang sederhana di kedua-dua belah. 
4. Ulang kepada semua adunan sehingga habis. 
5. Boleh dihidang dengan Sos Cili MAGGI.

Credit : MAGGI Malaysia

3. Murtabak maggi buat orang lapo

Gunakan maggi perisa kari. Boleh jugak guna perisa lain kalau nak rasa yang berlainan. Boleh letak apa saja bahan dalam murtabak ni. Biasanya bawang dan cili digoreng terlebih dahulu untuk mendapatkan aroma dan rasa yang lebih sedap. Kalau nak masuk terus dalam adunan telur pun boleh. 

Bahan-Bahan
Mi Segera Perisa Kari
100 gram Ayam Cincang
1 Biji Bawang Besar 
1/2 Biji Cili Besar Merah 
2 Biji Telur 
Perencah Kari 
Lobak merah 
Daun Ketumbar 
Keju Mozarella (Tidak Wajib)


Bila tengok video orang masak simple macam ni terus rasa macam nak cuba masak. Sebelum tu kenalah cari bahan-bahan dia dulu. Dah ada bahan, kenalah rajin nak membuatnya. Simpan dulu sesiap resepi simple ni. 

Cakap pasal murtabak ni, teringat bulan puasa. Murtabak antara menu paling popular dekat Bazaar Ramadhan. Walaupun popular tapi Fiza tak ke Bazaar pun bulan puasa. Berbuka dengan hidangan nasi dan lauk je. Moreh pun masak menu yang rasa nak makan je. 

Tapi kalau berbuka dengan family, ada je yang akan ke Bazaar beli apa yang patut. Murtabak tak tinggal, ada je yang akan beli. Tahun ni tak dapat berbuka dengan keluarga. Bazaar pun tak ada. Tapi positif side dia, sejak PKP ramai dah mula pandai masak.

Bermacam-macam resepi viral muncul, semua pakat rajin nak mencuba sampai munculnya fanpage group masak apa tak jadi hari ni. Kalau masuk group tu tak gelak tak sah. Opss...masakan saya. Ala, perkara biasa kot kalau ada masak apa tak jadi tu.

Sedangkan yang biasa masak pun kadang kadang tak menjadi, takde hal. Janji rajin ada usaha nak mencuba dan rajin nak masak. Betul tak kawan-kawan? Kalau resepi mudah ni laju sikit lah nak mencubanya pun.

Sila buang jauh-jauh ayat 'tak pandai masak' tu sebab zaman sekarang nak belajar mudah je nak dapat ilmunya. Bermacam resepi boleh dapat dari men 'google' je. Mak mak kita pun dah pandai sekarang suruh cari resepi kat internet. Kemain!

Haruslah up to date juga ikut peredaran zaman tapi resepi lama masih tak dilupakan. Cara masak mak kita tetap legend. Tak boleh lawan lah. Goreng telur makan dengan kicap pun dah sedap. 

Sesekali tu kita pulak masak untuk mak kita. Bagi lah mak rehat pulak. Tak gitu?

13 comments:

  1. Replies
    1. zaman study memang banyak stok maggi kan. bekal masa lapar :)

      Delete
  2. Replies
    1. samalah kita wak. ni simpan dulu nanti baru cuba :)

      Delete
  3. macamm senang jer nak buat...

    jujur belum pernah buat

    ReplyDelete
  4. waaaa rajin fiza compile kan resepi2 ni..akak kurang sikit murtabak ni sebab tak suka bawang banyak...kalo buat sendiri agaknya kena kisar bawang tu..kahhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..jangan letak bawang le gitu. letak apa yang suka baru sedap kot :)

      Delete
  5. dulu nak lepas dapat lencana masak pengakap.. inila ha menu kena prepare.
    darjah 6 gigih belajar buat hahaha..

    yang buat orang lapo tu inviting sangat rupa dia =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu dulu seronoklah masak ramai ramai kan. memang kena gigih. kalau tidak lapar =__='

      Delete
  6. oo murtabak ni wak kureng sikit., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan selera wak ye. tapi kalau nak cuba boleh cuba resipi di atas :p

      Delete
  7. Dulu kat hostel mesti makan ni setiap mingguuu... Adoi.. terliur lah!!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.