CARA AMALKAN INTERMITTENT FASTING (IF)
Azam untuk kurus tak pernah pupus selagi tak kurus walaupun hot hot chicken poop. Dia tetap nak simpan elok-elok azam tu. Nak diet bila entah. Dah cuba diet atkins tapi tak boleh nak teruskan. Terasa terlalu tough untuk diteruskan.
Berjaya tu memang berjaya, dua minggu je bertahan. Jiwa tak cukup kental cerita dia. Dulu memang trend diet atkins tu. Sekarang ramai yang mula terjebak dengan Diet kaedah Intermittent Fasting (IF). Bunyi macam menarik untuk dicuba tu. Sekarang pun dah ada intermittent fasting app. Cukup mudah dah sekarang ni.
Cerita zaman sebelum kahwin semua pakat dok nak kuruskan badan takut baju kahwin tak muat. Lepas kahwin..saiz bertukar pun tak hairan dah. Eh ye ke? Hari hari dok risau berat naik tapi lepas makan baru rasa nak insaf.
Masa makan tak reti nak insaf. Ish ish ishhhh.ape nak jadi lah (cakap dengan diri sendiri) dan jangan salahkan makanan yang sedap tu. Makanan lansung tak bersalah. Bila semakin meingkat umur ni, misi nak kurus tu lebih kepada untuk kesihatan.
Kurus nampak cantik itu bonus. Jangan terus judge, kurus itu cantik. Selalu kita anggap macam tu kan. Cantik itu subjektif. Jangan body shaming okay! Sekarang ni macam-macam penyakit yang ada, jadi kita patut lebih sayangi diri kita dengan jaga kesihatan. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri.
Ada lah terbaca perjalanan Intermittent Fasting #tipskurusfarhananazli1. Katanya lost 28kg daripada 98kg. Kiranya sekarang berat badan dia 70kg. Hebat sangat tu boleh turun berat sebanyak itu. Dia pun ada kongsikan tips macamana nak kurus dengan Itermittent Fasting sampai dia boleh hilang 28 kilogram tu.
1. ELAKKAN SEGALA MINUMAN BERGULA
Yes, ini kunci utama dia kalau betul betul nak kurus. Minum air masak, air putih, air kosong dan air yang sewaktu dengannya. Tak perlu 2-3 liter. Cukup sekadar bila haus dan minum. Dan minum lah jika rasa nak minum.
Yang penting air masak, tak kiralah berais atau tidak. Semuanya boleh sebab air masak 0 kalori. Usah takut dengan mitos mitos yang mengatakan bahawa air sejuk dan berais ni membuncitkan perut atau tak boleh diminum masa untuk diet.
2. AMALKAN DIET INTERMITTENT FASTING (IF)
Kaedah IF ni macam kita berpuasa. Dah biasa berpuasa, for sure lebih memudahkan kita. Nak puasa sunat, boleh teruskan. Tapi jangan pulak puasa sunat tapi niat nak kurus pulak. Dah terpesong niat sebenar tu.
Puasa IF ni tak boleh makan dan dibenarkan minum sahaja. Minuman tak berkalori sahaja dibenarkan which is air masak! IF boleh dibuat ikut keselesaan kita. Ada yang buat intermittent fasting 12 hours, 12 hours lagi boleh makan. Ada yang buat intermittent fasting 18/6 iaitu 18 hours puasa, 6 hours boleh makan.
Ada juga yang amalkan intermittent fasting 16/8. Ikut mana yang selesa dan kemampuan masing-masing. Boleh tengok Intermittent fasting before and after Lisa Surihani. Lepas bersalin anak kedua, dia amalkan IF ni kalau tak silap. Memang terbukti berkesan.
Kena ingat, masa yang boleh makan tu kenalah ikut jadual makan yang betul. Contohnya untuk 12 jam puasa dan 12 jam makan.
- Sarapan 8 pagi
- Snack 10 pagi
- Lunch 1 tengahari
- Snack 5 petang
- Dinner 7 malam
Selepas pukul 8 malam tu tak dibenarkan ambil apa-apa makanan dan minuman berkalori. Air masak sahaja dibenarkan.
3. SARAPAN SEKADAR ALAS PERUT
Disarankan pagi pagi makanlah sekadaran yang ringan ringan tapi mengenyangkan. Jangan makan nasi dan menu yang bergoreng. Tengah diet kan? Cukup sekadar makan telur rebus 2 biji atau 2 biji telur separuh masak dengan 2 keping roti bakar atau sandwich telur.
4. SNACKING
Jika lapar makan dan kalau dah biasa hadap snack kerepek tu, sila tukarkan dengan makan buah-buahan sekadar untuk alas perut dari berlapar. Masa inilah untuk latih 'makan ketika lapar'.
5. AMALKAN SUKU-SUKU SEPARUH (SSS)
Jika makan nasi untuk lunch atau dinner, amalkan pinggan SSS. Suku Pinggan Nasi , Suku Pinggan Lauk dan Separuh Pinggan Sayur. Tapi awas ya jangan repeat SSS untuk pinggan kedua. Masa ni juga untuk melatih diri 'berhenti sebelum kenyang'
6. NO KUIH MUIH ATAU JUNK FOOD
Elakkan makan segala jenis kuih, kek, makanan ringan dan makanan segera. Mahupun makanan yang tidak berkhasiat. Nak kurus dengan cepat dan dengan cara yang sihat, sila fikir baik-baik sebelum makan. Nak kurus kan?
7. BERSENAM
Bersenam tu tidak perlu try hard sangat. Pilihlah apa apa jenis senaman ringan yang mampu dibuat. 30 minit sehari dah memadai untuk bakar lemak.
Amacam boleh tak tu? Terima kasih untuk #tipskurusfarhananazli1 kerana sudi kongsikan tips melalui pengalaman dia. Kau orang yang nak cuba diet IF tu bolehlah cuba hadamkan tips yang dikongsikan ni.
Dah boleh dah stop ternak lemak. Okay baik, Fiza tengah nak mencari kekuatan untuk mulakan. Nak kena planning juga ni. Tak boleh drastik sangat nak kurus ni. Nak kurus rilek rilek je dan enjoy diet journey.
Tengok ramai yang mengurus ni, heiii jealous pulak tengok. Kita bila lagi? Eee..soalan yang susah nak jawab. Kan kan kan...Bila buat IF ni kenalah intermittent fasting coffee serta merta. Aduhaiii..
kalo laki x kisah saiz bodi oke jeeew., hehehe2
ReplyDeletekena istiqomah..bersenam secara konsisten byk membantu utk jd langsing..
ReplyDeletekaella baru try kaedah ni berapa minggu yang lalu, tapi tak boleh tahan. sekejap jer.
ReplyDeletekita amalkan IF ni dulu, memang boleh turun berat...tapi nak lagi cepat turun, kena bersenam sekali...
ReplyDeleteIni yang akak amalkan..x turun sanagt badan tapi turun inch banyak...hehehe...masih amalkan walau hati tu cukup tak kuat..banyak godaan
ReplyDeletepernah buat sekejap lepastu kelaut hahahhaha
ReplyDeletesusah benar kalau hobi kuat makan kahkahkah
Nak konsisten & istiqomah tu yg susah huhu... IF + DSSS tu nampaknya tidaklah berat sgt. Apapun ikut badan masing-masing :)
ReplyDeletekena disiplin
ReplyDeleteMy only dream is eating without gaining any weight!! 😭
ReplyDeleteYang penting jaga kesihatan kan Fiza. Satu lagi kena disiplinkan diri. Jangan main acah acah jer kan ..
ReplyDeleteRabia gemuk dah ni . sebab tu pergi jogging bimbang takut ada penyakit kencing manis
ReplyDeleteammi pun tengah IF sekarang ni. Tapi masih lagilah minum air bergula. sehari sekali. Tak strictly follow tapi ntahlah..sekurang2nya tengah cuba kurangkan makannnnnn
ReplyDeletedah boleh cuba ni sbb dah rasa naik balik berat ni
ReplyDeletedh nk masuk disember hujung tahun ni ada apa2 perubahan tak., ke hot hot chicken poop jugak., ;p
ReplyDeletePasal snack dan makanan rapu itu yang susah buang.
ReplyDeleteSaya amalkan roti wmeal haritu... air masak.. dan senam
ReplyDelete