Header Ads

Hilltop Cuisine Kota Warisan, Port Makan Baru Di Sepang. Pakej Sunset View.

Kawan-kawan, nak tahu tak ada port makan baru atas bukit yang cantik di Sepang. Siap sekali dapat pakej sunset view yang cantik. Nama tempat tu Hilltop Cuisine Kota Warisan.

Kalau kau orang bosan tak ada aktiviti hujung minggu bolehlah ajak family atau kawan-kawan makan di Hilltop Cuisine Kota Warisan, Sepang. Nak makan pada hari biasa pun boleh. Katanya hidden gems di Sepang. 

Tak pasti lah pulak dah berapa lama beroperasi. Yang pastinya permandangan hilltop/puncak bukittu memang awesome! Sambil makan sambil menikmati keindahan ciptaan Allah tersangatlahlah nikmatnya.

Credit : Hilltop Cuisine Kota Warisan

Ada rezeki dan datang tempat pada masanya, dapatlah enjoy sunset view tu. Kalau tak dapat enjoy sunset view boleh enjoy udara segar disertai dengan angin sepoi sepoi bahasa atas bukit waktu petang-petang.

Tak sempat datang petang, dinner pun menarik juga atas bukit ni kan. Tempat makan yang permandangannya mahal tapi boleh dapat secara percuma. Tak percuma lah, tetap kena makan kat situ. Ke boleh je datang enjoy tengok view? Entah lah ye.

Ada sesiapa boleh clarify ke? atau ada yang dah pergi bolehlah kongsikan pengalaman kau orang dalam kotak komen di bawah entry ni. Siapa je yang tak suka datang tempat macam ni. Haruslah semua orang pun suka.

Tambah lagi tengok hidangan menu dia nampak menyelerakan. Harga dan Kesedapan tu kau orang kena pergi dan nilaikan sendiri lah. Fiza tak pernah pergi tak boleh nak sembang lebih. Just nak share tempat makan yang menarik. 

Kalau nak kelainan sikit boleh lah makan kat sini. Buat surprise candle light dinner acah acah romantik pun menarik juga kan. Birthday party ke nak celebrate event ala garden ke pun nice sangat. Bolehlah difikir-fikirkan dan book sesiap.

Boleh juga letak dalam list tempat menarik untuk photoshoot kahwin ke, pre wedding ke dan lain-lain. Nampak ada juga yang kongsikan gambar photoshoot kahwin kat sini. Macam cantik pulak. Yang berdekatan tu bolehlah cuba datang dan rasakan pengalaman makan di Hilltop Cuisine Kota Warisan Sepang ni.

Yang jauh, kalau terrr lalu Sepang boleh juga singgah kejap di sini. Kalau rasa tempat ni menarik pada kau orang lah. 

Hilltop Cuisine Kota Warisan



Cosy · Casual · Good for kids
Address: Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
Hours: Closed ⋅ Opens 4PM
Phone: 013-778 9244
Hours or services may differ

هناك 29 تعليقًا:

  1. Wow..banyak jer sebenarnya tempat makan yang akak x explore lagi..takde kesempatan...tapi dah dpt idea dah ni..mana tau nak sambut bday kakak Dania kat sini plak

    ردحذف
    الردود
    1. macam menarik celebrate birthday kat sini kak. kalau pergi boleh share experience best ke tidak

      حذف
  2. berlama-lamaan kat sini mmg syok... x sedar ms berlalu...

    ردحذف
  3. OO ni yang anak Sis cakap tu...dia kata nanti kalau kita balik Sabak, kita singgah lepak atas bukit Mak...cuma Sis lupa namanya..rasanya ini kot...bestnyaaa

    ردحذف
    الردود
    1. ada juga bukit lain kalau tak silap. maybe yg ni sbab macam baru viral juga tempat baru ni..singgah jangan tak singgah sis lin.

      حذف
  4. menarik ni...cantik view sunset..nmpk nyaman je..tapi itulah, kita org Islam, tak digalakkan berada di luar waktu2 Maghrib, apatah lg makan minum kecuali buka puasa..

    ردحذف
  5. Macam best je kat sini. Sambil makan makan layan blh layan tangkap gambar dan menghayati pemandangan indah .

    ردحذف
  6. cantiknyaaaaaaaa tempat ni..
    mmg terbaik la kalo nk amek gmbr..
    santai2 ngn family..

    ردحذف
  7. Menarik tempat ni fiza..tp shida blm pernah jejak lg..

    ردحذف
  8. ya Allah lawanya tempat ni fiza...syok kalo makan dengan view macam ni..

    ردحذف
  9. Bestnya santai-santai di sini!
    Tak sabar pula rasanya nak pergi bercuti setelah sekian lama berkurung di daerah sendiri!

    ردحذف
  10. wak dh pergi hilltop nih tuari., hehe x sempat nk amek sunset sbb cuaca mendung., ;p

    ردحذف
    الردود
    1. tandanya kena repeat lagi tu. pasni ambil gambar cantik dan review ye wak.

      حذف
  11. Fuh, teringin duduk makan kat tempat cengginiiii.. Sobs!

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.