Jenis-Jenis Spesis Aglaonema Koleksi Mak

Aglaonema, berbelit lidah nak menyebutya pun. Apa entah nama dia dalam bahasa melayu. Dikenali juga dengan nama Chinese Evergreen Varieties kalau tak silap lah. Ke salah? Dah google pun tak ada jawapannya. Ada sesiapa tahu? Anglaonema species identification ni memang agak failed lah. Banyak betul spesis dia.

Masa PKP haritu ada tengok video pokok-pokok bunga mak yang Fiza rakam masa last balik kampung sebelum PKP. Dah tengok video baru sedar yang banyak rupanya pokok-pokok bunga mak yang cantik-cantik terutamanya spesis aglaonema varieties ni.

Kalau pokok cantik-cantik tu mak dah ada, tak payah susah payah pergi pergi nursery lagi kannnn. Kita bodek mak sikit mesti dapat punya. Silap-silap boleh bawak balik pasu sekali.

Ye, betul! Kadang tu bermacam-macam bunga dia suruh ambil. Kita pulak tak berkenan. Ambil mana yang berkenan je. Yang tengah viral dan cantik tu memang laju je ambil siap-siap ketepikan. Takut lupa nak bawa balik. haha..perangai betul kan.


Aglaonema Berdaun Bujur Yang Cantik

Aglaonema sejenis tanaman hiasan rumah yang mempunyai bermacam-macam jenis corak daun yang berbeza-beza. Tanaman aglaonema ni berasal dari hutan tropika dengan memerlukan cahaya yang kurang dan kelembapan yang tinggi.

Jenis-jenis aglaonema yang ada kat rumah mak kat kampung tu agak banyak jugalah. Fiza ambil gambar mana yang nampak cantik je. Ambil gambar je tak ambil bawa balik sebab rasa macam kurang berkenan pulak dengan aglaonema ni.

Suka tengok corak dan warna daun dia yang pelbagai. Lagipun rumah kita dah banyak pokok sangat awak. Tak tahu mana nak letak dah sebab laman pun tak berapa nak luas.

Aglaonema Donna Carmen

Perasan tak aglaonema donna carmen ni macam daun pokok puding yang dulu-dulu banyak di tanam di kampung-kampung tu. Corak dia berbintik-bintik warna kuning dan latar belakang daun warna hijau. Batang daun di tengah berwarna seakan-akan warna pink.


Aglaonema Golden Bay

Spesis golden bay ni seakan-akan silver bay. Kadang confuse nak bezakan antara dua ni. Cuma kalau golden bay dia punya alur batang tengah daun warna putih, warna silver yang lebar dan daun hijau gelap.



Aglaonema Silver Bay

Aglaonema silver bay ni pulak dia tak ada alur batang putih di tengah. Warna dia seakan-akan sama warna dengan corak silver tu. Betul tak?


Aglaonema Spring Snow

Okay, spesis spring snow ni sangat mudah nak kenal sebab nampak je dot dot splash putih ni dah boleh kenal spring snow. Rupa macam taburan snow macam tu.


Unknown Aglaonema

Nama dia bukan unknown ye tapi spesis dia belum dikenalpasti lagi. Kotlah ada yang tahu, boleh share dalam ruangan komen. Dalam semua spesis koleksi mak, yang unkown ni je Fiza bawa balik. Tapi taklah ambil sepasu terus sebab ada 1 pasu je pun.

Cara nak tanam dia, cabut je dengan akar sekali anak dia tu. Lepas tu tanam je dalam pasu. Dah seminggu lebih kat rumah ni tengok macam dah layu sikit. Cuaca panas mungkin. Aglaonema ni tak sensitif nau tak boleh panas sangat.



Kalau musim panas kena siram 2 kali sehari. Samalah macam kita pun kan. Kalau musim panas tu kalau boleh nak berkali kali mandi sejukkan badan. Rabak juga poket kalau bil melambung tinggi asyik on air cond je. Dah lah tengah isu bil elektrik banyak musim PKP ni. 

Dalam semua Aglaonema ni kau orang suka yang mana satu? Pada Fiza semua cantik-cantik. Spesis tumbuhan hutan tropika ni mudah ditanam dan corak dia nampak rare sikit.



11 comments:

  1. Ye la..cantik snagat ni...bila la peluang akak nak ada pokok bunga kat rumah ni...anak2 buah blom besar betul lagi..habis jahanam pokok dikerjakan nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu dorang besar dulu kak. Kalau tidak habislah pokok bunga mama long dorang.

      Delete
  2. Sis bab pokok ni sebit nama pasar dia je, kalau Sis kata ni pokok keladi hahahaha... kat uma ni ada tanam sepasu, beli dr kecik, now dah pasu besar dah, suka daun hijau merah dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok keladi ye nama dia. kita tak berapa tahu sangat. Happy kan bila pokok dah besar. senang hati tengok.

      Delete
  3. mak saiyaaa sukala ni pokok2 ni..
    surrender dulu kalo mak suruh jagakan haha larii..

    ReplyDelete
  4. teringat rumah jiran dulu. dia mmg rajin tanam pokok ni. tp laa ni dah xde lg lps dia renovate rumah..😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? mesti sayang kan. tapi ye lah nak renovate rumah kena banyak ruang juga nak guna.

      Delete
  5. tiap kali fiza update nama pokok, mesti tak sabar baca laju2 sebab nak tengok rupa pokoknya..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..boleh bookmark sesiap. kotlah nak membeli nanti

      Delete
  6. unknown... huhu.. sy pun x tahuuuuu. hihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.