Kangaroo Paw Fern
Ini bukan nak cerita pasal haiwan yang bernama kangaroo tu tau. Jangan salah faham pulak. Nak cerita pokok pakis yang bernama Kangaroo paw fern. Kalau di translate kan dalam bahasa melayu pokok paku/ pakis tapak kaki kangaroo.
Tapi kan bila suruh pakcik google cari maklumat guna keyword bahasa melayu tak jumpa pulak. Kena guna keywood 'kangaroo paw fern' baru lah jumpa maklumat tentang pokok kangaroo paw fern ni.
Boleh juga search kangaroo paw fern cats, zealandia pustulata atau kangaroo paw flower. Ada juga spesis kangaroo foot plant yang berbunga. Sebelum ni tak perasan pulak mak ada pokok pakis ni, rupanya penuh sepasu dah.
Macamana boleh tak perasan entah. Itulah asyik dok mencari pokok lain sampaikan pokok yang cantik ni pun dia tak nampak kan.
View dari atas |
Kangaroo Paw Fern
Kangaroo paw fern dari spesis keluarga paku pakis. Spesis paku pakis ada pelbagai bentuk. Sejenis pokok yang mudah di jaga dan cantik untuk hiasan. Bukan untuk dimakan yang pastinya. Daun dia warna hijau dan berkilat. Bentuk macam kaki kangaroo sebab tu dipanggil kangaroo paw fern mungkin?
Pertumbuhan dia tinggi ke atas. Batang dan daunnya keras tak mudah patah. Pada bahagian atas daun ada dot dot warna coklat dan bahagian bawah dot dot warna putih. Dah macam serupa sotong kurita pulak dah kan.
Sejenis tumbuhan yang sangat unik. Mak ada juga cakap, kalau nak ambillah. Tapi Fiza pulak tak berminat. Makanya, ambil gambar macam ni untuk simpanan. Biasanya tumbuhan pakis macam ni jarang ada yang suka buat hiasan.
Boleh dikatakan tumbuhan pakis ni sejenis tumbuhan liar juga. Sebab tu penjagaan dia tak susah mana. Tapi kalau tumbuhan rare dan liar ni semestinya harga dia tak murah. Biasanya lah kan. Walaupun tak ramai yang suka tapi ada orang yang suka dengan tumbuhan unik dan liar macam ni.
Ikut minat masing-masing. Siapalah kita nak pertikaikan minat orang pun. Nanti macam nak cuba jugalah letak dalam pasu kecil. Kot lawa buat hiasan dan mudah jaga, boleh juga tambah pokok bunga hiasan. Ehhh..kata tak minat tadi?
Cakap je tak minat. Tapi bila dua kali tengok rasa macam lawa pulak. eh...
berarti kangoro paw fern ini boleh dimakan yaa kak? kalau semacam sayuran pakis.
ReplyDeleteAda orang minat dia tang tu.. ada pulak tang ni. Minat orang lain2 .. Tapi ya la sekali tgk tak bekenan dua kali tgk jatuh bekenan pulakk
ReplyDeleteOoo spesis pakis gak ek, cuma daun dia tu alaahaii meremang plak duk nengok bintat-bintat tu..
ReplyDeletecantik la
ReplyDeletemenarik dot dot putih mcm kangaroo je kann.,
ReplyDeleteMemang ada orang suka pokok liarrr gini...
ReplyDelete