Lega Sikit Bil Elektrik Tak Perlu Bayar Dengan Adanya Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan
Selamat pagi sekalian. Pagi ni cerita dia pasal diskaun bil elektrik pkp. Bulan lepas bil elektrik cecah RM200 juga lah, antara bil elektrik tinggi masa pkp ni. Lebih dari biasa purata setiap bulan. Ini bukan kes bil melambung sebab 3 bulan sekali tu ye. Memang bulan lepas terlebih sikit dari biasa.
Bila difikirkan, memang ada guna terlebih. Almaklumlah musim tengah panas masa tu. Lebih masa lah bukak air cond. Kira betul lah bil elektrik naik bulan lepas. Guna lebih, bil pun lebih lah. Tup tup bulan ni katanya ada Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tambahan.
Ramai yang mengeluh dan mengadu bil elektrik tinggi masa pkp. Boleh dikatakan bil elektrik tinggi dalam tahun 2020. Kena faham sebab kita duduk rumah 24/7 masa pandemik COVID-19 ni. Tapi yang tak fahamnya ada yang rumah ditinggalkan berbulan tapi bil elektrik melambung macam ada penghuni pulak. Kira tak logiklah macam tu kan.
Jangan terus melenting marah-marah, kau orang boleh je buat aduan pada TNB dengan saluran yang betul. Mereka akan selesaikan masalah kau orang mengikut prosedur dan of courselah akan melaluinya proses-prosesnya.
Bab ni memang kena sabar lah sebab bukan hanya satu dua aduan je. Rasanya orang TNB pun pening dengan bermacam aduan. Beberapa hari yang lepas pembaca meter TNB datang check meter tapi tak dapat bil. Katanya mereka akan hantar bil melalui pos. Then, dia hulurkan sekeping kertas ni.
Rumah Fiza ni meter elektrik dia kat tepi bukan direct terus boleh tembak meter tu. Rumah design lama, pemaju dulu entah macam mana design rumah tak tahu lah. Bila tanya TNB, urusan pindah meter tu bukan dibawah mereka. Kena bagi kerja tu kat sub kontraktor buat. Kalau nak pindahkan, kena bayar lah dalam RM180 lebih macam tu.
Tak payah lah kalau macam tu, nak kena bayar bagai. Padahal memang meter tu dipasang macam tu. Setiap kali pembaca meter nak baca meter dia akan masuk rumah jiran sebelah tembak dari sebelah. Kalau ada yang extreme sikit mungkin akan panjat panggar kot. Ini kes kalau tak ada rumah.
Kadang tu risau juga nak buka pagar kalau tinggal sorang-sorang. Dah bermacam macam kes orang menyamar dan menipu. Kita pun jadi takut. Jadi kenalah berhati hati. Ambil parcel pun jauh jauh je suruh letak je dalam pagar dan bagi no ic. Sekarang pun tak perlu sign parcel dah kan. Mostly minta ic je.
Sambung semula kisah tadi. Disebabkan pembaca meter tak dapat nak tembak meter, so dapat bil elktrik bacaan anggaran je. Sebab tu setiap bulan bayar bil elektrik online ikut average je. Tak tahu bil berapa jumlah pun still bayar average yang sama setiap bulan. Kalau terkurang boleh tambah, kalau ada lebih boleh bawa ke bulan depan.
Janji setiap bulan maintain bayar walau berapa sekalipun. Kalau peram sampai 2-3 bulan tu fahamlah banyak dia macam mana. Mahu pening dok fikir nak membayarnya banyak banyak tu. Sekarang pun dah senang nak check bil elektrik online dengan aplikasi myTNB tu.
Kau orang dah download ke belum? Kalau belum, cepat-cepat download. Boleh lah tengok graf naik turun bil elektrik kau orang. Dari situ, boleh lah kawal penggunaan elektrik kalau nak berjimat cermat.
Selepas dapat bil, 2 hari lepas tu check lah dalam aplikasi myTNB. Maka benarlah bagai dikata. Lega sikit bila tengok bil elektrik dah dibayar dengan adanya Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tu. Siap ada lebihan bayar lagi tu haaa.. Kiranya tak perlu lah kita bayar bil elektrik ye untuk bulan Julai ni. Betul?
Tak salah faham kan? Alhamdulillah. syukur lah kan. Lega! Ada extra duit untuk bayar bil tu boleh guna untuk persiapan raya haji. Harap-harap bolehlah balik beraya di kampung. Jangan PKPP jadi PKP semula sudah lah. Menangis tadah besen lah kita..huwaaa
Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?
BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April 2020 sehingga Disember 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.
Semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020.
-credit : TNB (https://www.tnb.com.my/prihatin/bantuan-prihatin-elektrik/)
Betul, saya pun rasa sebab tempoh kite duduk rumah lebih lama dari sebelum ni kan :)
ReplyDeleteye. no wonder lah kalau bil elektrik naik
Deletemasalahnya rumah akak dari bulan 4 dah takde bil di terima lagi... geram jugak apa hal nya takde bil, tapi akak tetap bayar je macam biasa
ReplyDeletesamalah kak, kalau tak dapat bil tetap bayar macam biasa. kalau tidak sakit juga nak membayar untuk dua bulan berturut-turut.
DeleteAlhamdulillah berita baik.
ReplyDeleteRumah kami guna smart meter jadi baca meter secara talian.
Makin lama makin canggih.
Alhamdulillah..canggih baguslah selari dengan zaman teknologi :)
DeleteAlhamdulillah dapat jimatkan kos pembayaran. Boleh simpan untuk pembayaran yg lain2 ..
ReplyDeleteAlhamdulillah..boleh buat bayaran bil lain :)
DeleteShida pun ade terima..Apps je blm download ^_^
ReplyDeletesalu husben je yg urus semua tu..
dah download nanti lagi senang boleh tengok dan bayar online terus
Deleteakak pun ade dapat notis tu kat rumah..tak sure lah dapat penjimatan berapa nanti...sebab bil letrik da setel da bulan lepas punya..
ReplyDeletedah settle okay lah tu. senang hati sudah :)
DeleteSyukur Alhamdulillah.
ReplyDeleteTq for sharing.
Alhamdulillah. sama²
Deletesaya baru donwload apps ni.. nanti baru nak scan acc tu sebab baru pindah rumah
ReplyDeletehari tu dapat jugak notis macam tu..
dah download nanti lebih senang nak tengok dan bayar online :)
Deleterasanye xde beza pown psl bil api nih., huhuhu
ReplyDeletepada saya beza wak. sebab xperlu bayar 1 bulan dan ada extra lagi tu. bayar sikit lah untuk bulan seterusnya
DeleteLorhhh. ada ehh benda ni.. tak amek tahu pulak ritu..
ReplyDelete