Pakis Asparagus Pokok Hiasan Cantik
Balik kampung haritu perasan ada pokok baru kat rumah mak. Mak kata cikgu depan rumah bagi. Sebelum ni mak tanam tak hidup, kebetulan dia nak pindah rumah pula. Bagi lah mak dengan pasu-pasunya sekali. Rezeki mak lah dapat pokok orang bagi. Elok dah tumbuh besar pokoknya.
Daun dia unik macam jarum kecil. Nak kata daun macam tak rupa daun, nak kata batang macam bukan juga. Dah tu, apa nak panggil entah.
Dalam bahasa melayu di panggil pakis asparagus mungkin? Dah nama pun pakis, itulah daun itulah batangnya kan? Kecelaruan pulak nak faham pokok pakis asparagus ni. Nanti balik kampung lagi sekali baru ambil gambar penuh sepokok pakis asparagus ni.
Walaupun nama dia asparagus tapi jangan bayangkan asparagus yang boleh makan tu ye. Ini pokok hiasan. Kalau boleh makan, tak tahu lah tu. Pokok pakis ni batang dia berduri.
Haritu nak tolong mak pindahkan pokok ke pasu besar pun kena alas dengan kain nak pegang batang dia tu. Sarung tangan entah mana-mana letaknya. Nak pindahkan pun kena berhati-hati takut terkena duri dan risau juga batang dia patah. Batang dia halus benar.
Pakis asparagus ni pembiakan dia tumbuh dengan cepat. Ada yang kata, pokok pakis asparagus ni sejenis tanaman liar. Jarang juga nampak di jual di nursery. Kalau ada, mungkin harga nya macam mahal sikit lah kot.
Pokok pakis asparagus ni akan nampak cantik bila dia tumbuh rimbun tu. Warna hijau dia menawan hati betul. Walaupun sejenis yang tak suka warna hijau. Tapi warna tumbuhan hijau memang cantik dan sedap mata memandang.
Pakis asparagus ni sangat sesuai untuk tanaman hiasan. Cantik digantung mahupun tanam dalam pasu besar. Tapi bahayanya sebab pakis asparagus ni jenis pokok berduri.
Wah asik nih bisa seringkali bikin sup asparagus ...
ReplyDeleteMudah tumbuhkah tanamannya ?.
rasanya pokok pakis asparagus ni tak boleh dimakan. untuk hiasan sahaja :)
Deletecantik bla merimbun mcm tu
ReplyDeletekan..kehijauan lagi terserlah
DeleteOhh.. gini ea.. tapi sy nampak semak sikit bila ia merimbun.. lol.. hohoo
ReplyDelete