Pengajaran Drama 7 Hari Mencintaiku 2

Disebabkan Karipap, Mak Leha dan Mia bergaduh. Karipap tak bersalah lansung dalam hal ni. Salah satu scene yang jadi trending dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Episod 2 hari lepas kot kalau tak silap. Siapa yang pernah layan drama ni dulu mesti lah teruja sangat nak tengok sequel drama ni. Termasuk lah Fiza sekali. Terjebak!

Credit : google


Episod satu je dah boleh buat rasa orang panas hati dah. Watak yang selalu buat orang geram adalah watak Mak Leha, Mia, Syakila, Mama Mia dan Bapak Sofi. Tak pasal-pasal in real life pun ada antara mereka yang kena kecam. Punyalah orang menyampah dengan watak jahat masing-masing tu.

Dalam ketegangan tu, ada jugalah watak watak yang semanis kurma sofi dengan helmi tu. Kannn..ada orang kata kalau sequel 2 ni macam dah kurang menarik. Mungkin dah bosan dengan watak yang ada. Tapi so far pada Fiza okay je cuma tu lah banyak scene yang berulang juga dan boleh agak.

Contohnya macam Mia, sikit sikit merajuk. Letih juga Khuzairi nak memujuknya. Biasalah sayang isteri dan isteri pun tengah mengandung. Emosi dia tak menentu. Mak Leha pulak tak sudah-sudah lebihkan Nurul, bila Pak Samad dah warning pun tetap tak berubah. 

Mama Mia dan bapak Sofi pulak tak sudah sudah dengan niat jahat tu. Tak pernah insaf! Emosi sungguh haihh bila tengok Drama sequel 7 Hari Mencintaiku 2 ni. Tak sabar nak tunggu episod akhir. Yang dah baca novel of courselah dah tahu jalan cerita dia kan. Pssttt..betul ke Nurul tu jahat sebenarnya? Jeng jeng jeng...

Apa pengajaran yang boleh kita dapat dari drama 7 Hari Mencintaku 2 ni? Banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Jangan emosi sangat tengok drama tu, ambil pengajaran mana yang baik.

1. Hormat

Siapa pun kita sebagai manusia kenalah saling menghormati satu sama lain muda ataupun tua. 

2. Jangan Cari Salah Orang Lain

Kalau tak suka seseorang tu, jangan lah kita nampak dan cari salah dia je. Kalau terus menerus cari salah, sampai bila bila lah tak akan berakhir.

3. Bersangka Baik

Cuba bersangka baik dengan orang disekelilingi kita. Jangan asyik nak fikir negatif je pasal orang lain.

4. Jangan sakiti hati orang lain

Sebaiknya cubalah jaga hati orang lain dan jangan pernah berniat untuk menyakiti hati orang.

5. Jangan Pernah Membeza-bezakan

Jangan sesekali membezakan seseorang dengan orang lain. Siapa je yang tak terasa jika dibanding-bandingkan.

6. Jangan ada Perasaan Hasad Dengki

Jika ada perasaan dengki pada orang lain. Silalah buang jauh jauh niat dan perasaan dengki tu. Nanti takut termakan diri. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga. Ingat tak peribahasa tu? Haa faham-faham sendiri lah.

7. Jangan Melaga-lagakan Orang- komen dari Syaz Rahim

Jangan jadi macam Syakila, suka melaga-lagakan orang jadi batu api. Akibatnya mesti berbalik pada diri sendiri nanti.

Banyak lagi pengajaran yang boleh kita nampak dari Drama 7 Hari Mencintaiku 7 ni. Yang lain, kau orang tambah sendiri. Situasi yang mungkin biasa berlaku dalam kehidupan kita. Drama yang penuh dengan plot twist dan babak yang bermain dengan emosi penonton. Itu yang trending sekali lagi.

Lagi menarik kalau watak Pak Samad dan Mama Mia dikekalkan oleh Aman Graseka dan Zila Bakarin. Zila Bakarin tu fahamlah sebab dia pun dah bertudung sekarang. Mungkin dah berhenti berlakon atau watak tak sesuai. 

Apa yang boleh nampak dalam Drama ni Mak Leha, Mia, Syakila, Mak Mia dan Dato' Johari tak move on move on. Masih dengan perangai lama masing-masing. Betul tak?

Ohh ya, Sequel Kampung People akan menyusul tak lama lagi. Lailer dan Jekfer kembali. Eh eh Yummy macam dah slim sikitlah. Kemudian ada watak baru mak mona yang dilakonkan oleh Adibah Noor. Watak ni lebih over dari watak Mona katanya. Agak agak slang english apa yang trendig nanti.



31 comments:

  1. kadang-kadang tengok
    kadang-kadang tak...

    hihihi

    tq share

    ReplyDelete
  2. pengajarannya baik. terima kasih share.
    Semenjak dah masuk kerja semula selepas PKP... tak dapat tengok sangat dah drama2 kat tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. ambil pengajaran yang baik.
      Skang boleh tgk online bila bile free boleh tengok :)

      Delete
  3. Dulu layan habis drama ni. Sekarang hanya dengar saja penonton marah-marah, dan memang tak tahu apasal penonton jadi begitu sebab tak sempat tonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak.skang anytime boleh layan online je. masa free boleh tengok :)

      Delete
  4. Taknak terjebak nanti sakit hati. Selalunya drama sekuel ni memang ai tak tengok. Kecuali kalau betul-betul suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit hati tu semestinya kan kalau dah tgk yang first. ya, minat masing-masing gitu :)

      Delete
  5. 1 lagi, jangan menghasut dan melaga-lagakan orang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! okay baik, nanti fiza masukkan dalam entry ye. Terima kasih

      Delete
  6. geram juga dgn si syakila tu..shida pun stress tgk citer nih hahaa..realiti yg ade dlm keluarga di malaysia..kan fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Kan Shida, geram betul perangai dia. in reality mesti ada manusia macam tu.

      Delete
  7. Jangan sakiti hati orang lain ..., Nah itu aku sangat setuju.
    Keseharian kita sebisa mungkin harus berhati-hati berbicara jangan sampai menyinggung perasaan orang lain.

    ReplyDelete
  8. sy tgk pak menteri pun ikut teremo tgk drama ni hehehhe... sy mmg x lyn drama ni bkn x suka tp x sempat. even yg pertama pn x tgk. tp kalau org ckp at least sy tau jg laa drama ni ada muncul kt tv hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. boleh teremosi betul tengok cerita ni. kalau tak terjebak takpe, dah terjebak kena tengok sampai habis lah kan :)

      Delete
  9. Yang pertama dulu Mrs. A memang layan yang sequel ni kadang tengok kadang tak.
    Memang typical malay sangatlah citer nih! hahahaaa...

    ReplyDelete
  10. belum sempat lagi nak tengok drama ni, adeii...entah2 terus tak tengok gak ni kang..

    ReplyDelete
  11. wak pon masih x layan movie ni lagi., ;p

    ReplyDelete
  12. Banyak pengajaran... kisah kehidupan gini memang dekat dengan kita... Ada kisah yg sama...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.