Syngonium Caladium Icicle, Pokok Keladi Putih
Ehhh ada lagi pokok mak kat kampung yang cantik. Dalam banyak-banyak pokok keladi, Syngonium Caladium Icicle ni paling cantik kot. Keladi putih dengan border hijau pada tepi tu memang nampak cantik. Pokok keladi putih hiasan yang unik dan rare. Jarang nampak kot kan?
Biasa nampak jenis daun lebar hijau besar tu je. Keladi putih ni bukan daun dia je berwarna putih tapi paling menarik bahagian daun dia jenis beralun tepi-tepi tu. Cantik kan? Ini pun dah cop awal-awal kat mak nak anak pokok dia.
Mostly jenis pokok keladi ni mak Fiza letak bawah pokok biar redup sebab spesis pokok keladi ni manja sikit. Tak tahan panas direct cahaya matahari. Kena letak tempat redup redup dan tak direct matahari.
Fiza pun baru nak berjinak jinak jaga pokok keladi. Setakat ni dah bawa balik rumah, letak dalam pasu okay je hidup sihat. Letak dekat ruang car porch redup dan lembap sikit lah sebab tak terdedah cahaya matahari.
Yang tak bestnya batang pokok dia halus sangat. Risau je kalau terlanggar terus patah. Kena letak kayu tengah dan ikat baru rasa macam stabil sikit pokok tu membesar.
Jenis-Jenis Caladium
- Strawberry Star
- Gingerland
- White Wings
- Carolyn Whorton
- Fancy Candidum
- Postmanjoyner
- Red Flash
- Elise
- Aaron
- Pink Beauty
- White Queen
- Frieda Hemple
- White Christmas
- Moonlight
- Brandywine
- Autumn Beauty
- Icicle
- Fannie Munson
Selain icicle, teringin juga nak ada white queen dan moonlight tu. Macam cantik macam lawa je tengok kalau in real. Kalau dapat free memang tak tolak. Orang kata rezeki jangan ditolak. Siapa pulak yang murah hati nak bagi pokok. Mimpi je lah dulu.
jarang jumpa pokok keladi yg ni..cantik..
ReplyDeletespesis yang jarang jumpa ni. memang cantik kan
DeleteDilah pun tengah kemaruk dgn pokok keladi jenis caladium ni.. tp baru ada 3 jenis je..
ReplyDeleteada banyak spesis mesti lagi cantik :)
Deleteuikkk yang ni lagi menarik pattern dia...unik gitu...
ReplyDeletekann..lain dari yang lain :)
DeleteKat Rumah Mak ada la beberapa jenis.. Kat Rumah kami takde.
ReplyDeleteboleh cuba bodek ambil anak pokok tanam kat rumah :p
DeleteOh! Banyak sungguh spesies bunga keladi ni ye. Ingatkan dua tiga jenis saja seperti yang selalu nampak!
ReplyDeleteye, ada banyak lagi spesis dia rasanya.
DeleteCantikkk! Suka tengok warnanya.. tone yang menarik kat daunnya nih
ReplyDelete