Teh O Panas Di Kala Musim Hujan

Happy Sunday everyone! Dah dekat seminggu lebih cuaca mendung dan ada kalanya hujan. Hujan turun bukan kejap kejap. Ada kalanya lama dan kadang kala hujan lebat dengan petir guruh berlawan-lawan. Di kala hujan ni syoklah duduk rumah berselimut. 

Nak keluar jalan pun leceh juga bila musim hujan. Lagipun bahaya drive waktu hujan. Samada kabur tak nampak jalan ataupun jammed satu hal. Lebih baiklah duduk rumah diam-diam. Tak ada hal penting baik duduk rumah je lah kan.

Sekarang masih lagi tempoh PKP Pemulihan. Adalah lebih baik sekiranya duduk di rumah jika tak ada hal penting untuk keluar. Duduk di rumah dugaan utamanya susah nak tepis bab lapar. Lagi lagi waktu hujan. Aduhaii mencabar betul.

Paling tidak pun, buat air teh O panas atau kopi panas. Stok biskut lemak wajib ada kat rumah. Fungsinya memang buat kudapan di kala perut lapar minta makanan. Hidangan ringkas dan mengenyangkan bila perut tiba tiba rasa lapar.



Walaupun tak betul betul kenyang seperti makan berat. At least perut terisi. Nikmat apa yang lagi yang kita dustakan? Cukup nikmat makan biskut kering cicah air panas. Agak agak masa lapar, berapa keping biskut boleh habis tanpa sedar. Lepas satu, satu lagi biskut di cicah.



Lainlah kalau kau orang sejenis yang tak layan biskut kering. Memang tak terasa nikmat sedap sekeping biskut cicah air. Orang dulu dulu mesti cicah dengan teh O atau kopi O kan. Kenapa mesti minuman yang O? Lebih sedap mungkin?

Cara buat teh panas orang dulu pun lain, ada yang masak dalam periuk serbuk teh campur air. Ada yang gunakan penapis kain tu. Zaman sekarang tak payah dah. Guna uncang lagi cepat dan mudah. Teh O pun dah bermacam macam perisa ada. Tapi yang klasik juga jadi kegemaran ramai.

Yang nak diet haruslah minum teh without sugar and milk. Kalau tanpa gula dan susu, Fiza lebih suka green tea lagi. Rasa dia lebih sedap tak pahit dan tak kelat sangat.


25 comments:

  1. Replies
    1. minum/makan panas waktu sejuk boleh panaskan badan gitu kan :)

      Delete
  2. uik, febret akak ni fiza! lagi2 cream cracker tu jenama Hup Seng..hahahaha..

    suka watermark signature yang baru...simple and direct to the point!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai penggemar biskut Hup Seng rupanya. Terima kasih kak. simple better kan :)

      Delete
  3. layan ni time ptg skrng hujan je kan.. sedap cicah sekut =D

    ReplyDelete
  4. Memang sedap makan biskut cicah time2 hujan..

    ReplyDelete
  5. Betul, di musim penghujan yang dingin sajian minum teh atau kopi panas palinglah tepat.
    Tetapi perhatikan juga kadar gula yang digunakan :)

    ReplyDelete
  6. shida pun suka teh o panas atau apa2 minuman panas asalkan o..kopi o ke nescafe o ke..layan sgt :)

    ReplyDelete
  7. Sedaaapp nya lagi..., yang O emang mantap di kala dingin, renyai, dan hujan

    ReplyDelete
  8. teh panas mmg nikmat lbh2 lg kt luar tu hujan lebat dan lps tu x boleh tgk tv sbb siaran tergendala hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde astro takde siaran tergendala.hihi..memang nikmat minum air panas di kala hujan.

      Delete
  9. Tea O panas dan sekut tawar dap jugok ujan2 layann

    ReplyDelete
  10. Masha Allah, sedap nian Fizah, jadi ngiler dan ingin minum teh juga rasanya.
    Pas sekali di saat sore yang dingin seperti ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti sedap dan menyegarkan badan memberikan tenaga juga :)

      Delete
  11. teh o panas kurang manis satuuu., ;p

    ReplyDelete
  12. ohsem gambar siap ada asap kepul2 lagi., ;p

    ReplyDelete
  13. My favourite too! Biskut Marie ngn air teh gini.. sedap gak.. ada masa teh hijau makan ngan biskut.. sebab biskut dah manis. kan.. huhu.. memang sedap sangat!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.