3 Jenis Cincin Dalam Perkahwinan (Merisik, Bertunang dan Nikah)
Cincin bukan sekadar hiasan yang dipakai di jari. Cincin merupakan simbolik dalam sesebuah perkahwinan. Dalam adat masyarakat melayu, urusan perkahwinan dijalankan secara berperingkat iaitu bermula dengan acara merisik, bertunang dan seterusnya bernikah.
Disebabkan itulah ada 3 jenis cincin dalam perkahwinan untuk merisik, bertunang dan nikah. Tapi ada juga yang kata 4 jenis cincin iaitu cincin merisik, bertunang, nikah dan juga cincin belah rotan. Mana satu yang betul tak pasti lah.
Ini cuma adat sahaja. Bagi yang mampu tu boleh lah bagi sampai 4 jenis cincin. Pemilihan cincin pun penting, bukan boleh main hentam je jenis cincin. Bakal pengantin boleh lah mula ambil tahu pasal cincin ni. Kot lah nak survey cincin tunang, jangan terlupa nak beli cincin merisik.
1. Cincin Merisik
Orang kata merisik ni penting sebagai langkah pertama sebelum ke peringkat bertunang. Acara merisik ni biasanya keluarga lelaki atau lelaki itu sendiri akan pergi ke rumah keluarga perempuan untuk bertanyakan status samada masih belum berpunya atau sudah berpunya.
Untuk menyempurnakan majlis merisik, pihak lelaki akan bawa sebentuk cincin untuk diberikan kepada pihak perempuan. Cincin akan disarungkan oleh bakal ibu mertua perempuan sebagai tanda bakal jadi menantunya.
Dalam sesi merisik, keluarga kedua dua pihak juga akan membincangkan untuk menetapkan tarikh pertunangan. Biasanya cincin merisik ni simple je.
Cincin Belah Rotan
Biasa dengar kan orang sebut cincin belah rotan? Orang dulu dulu panggil cincin merisik ni cincin belah rotan sebab design cincin belah rotan ni adalah yang paling simple. Tak ada sebarang batu atau permata.
Kenapa di panggil cincin belah rotan tu tak pasti lah. Bukan sebab dibuat daripada rotan. Mungkin sebab bentuknya bulat macam rotan. Tapi cincin belah rotan dulu dulu jenis cincin emas padu. Tak macam cincin belah rotan sekarang, ringan betul. Itupun dah mahal!
2. Cincin Bertunang
Pertunangan pula adalah simbolik kepada mengikat janji untuk ke peringkat seterusnya iaitu nikah. Umpama mengikat janji untuk ke jinjang pelamin. Dalam Islam di anjurkan untuk bertunang bagi mengelak fitnah.
Dalam fasa pertunangan ni adalah untuk mengenal hati budi bakal pasangan dan keluarga. Tempoh pertunangan bergantung kepada persetujuan kedua dua pihak.
Cincin tunang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan yang mempunyai batu permata kecil tersusun sebaris.
Cincin tersebut membawa makna dan harapan yang besar daripada pihak lelaki. Dan bakal pengantin pastinya akan menjaga ikatan sebaik mungkin.
Ingat lagi, cincin tunang simple je kami berdua pilih untuk majlis bertunang dulu. Ikut bajet yang ada, dulu harga emas RM12+ lagi lah.
3. Cincin Nikah
Setelah selesainya lafaz akad nikah dan kabul. Mengikut adat dan budaya Melayu, cincin nikah akan disarungkan di jari manis pengantin perempuan sebelah kanan dalam upacara membatalkan air sembahyang.
Ada juga pengantin yang menyediakan cincin kahwin sepasang untuk disarungkan ke jari pasangan. Cincin Nikah sebagai simbolik status sebagai pasangan suami isteri.
Untuk cincin nikah, cincinnya lebih hebat dan harganya lebih mahal berbanding cincin merisik dan bertunang. Cincin nikah emas diperbuat daripada emas yang mempunyai batu permata satu dan besar.
Jari Yang Betul Untuk Sarung Cincin Tunang dan Kahwin.
Dup dap dup dap rasa bila acara sarungkan cincin tu kan? Lepas tu mulalah gabra tak tahu nak hulurkan jari tangan mana satu. Itu pun dah boleh buat kita berdebar dah. Silap hulur termalu diri sendiri lah nanti.
Mengikut adat orang melayu, jari yang betul untuk sarungkan cincin tunang adalah jari manis sebelah tangan kiri. Jari manis tangan sebelah kanan untuk disarungkan cincin kahwin.
Faham sudah? Jangan terbalik pula nanti. Tapi ada orang kisah lagi ke pasal tu?
Fiza dulu tak ada cincin nikah, gantikan dengan rantai tangan untuk nikah. Sebabnya dah ada dua cincin, cukuplah untuk dipakai dua jari manis kanan dan kiri. Banyak banyak pun jari manis ada dua je kan.
Cincin Untuk Lelaki
Jika ada bajet lebih atau nak sediakan cincin untuk lelaki pun boleh. Tapi tidaklah wajib pun. Untuk memilih cincin lelaki, pastikan tidak memilih cincin emas, emas putih mahupun suasa kerana haram dipakai oleh lelaki. Ingat tu!
Sebagai pilihan, boleh memilih cincin perak ataupun platinum. Cincin perak harganya lebih murah daripada platinum yang designnya lebih moden dan terkini.
Bab cincin ni, ikut adat orang dulu sekurang kurangnya ada satu cincin belah rotan buat merisik dan tanda perkahwinan pun dah cukup dah.
Zaman sekarang ada yang masih mengikut ada dan ada juga yang mengikut adat luar. Macam macam pembaharuan sampai adat dilupakan.
Tapi semua tu hanya sekadar adat. Tidak diwajibkan. Ikut kemampuan masing-masing untuk menyediakannya.
Sebaiknya beli lah cincin emas. Cincin emas ni harganya boleh tahan mahal juga. Tak silap Fiza lebih mahal dari emas 999. Tapi nilai harganya lebih rendah jika dijual balik untuk pelaburan.
bagus entri ni boleh dijadikan rujukan sy cari cincin untuk pihak lelaki haha
ردحذفAlhamdulillah cincin merisik n tunang tu dapat sekaligus..cincin nikah inshaAllah nda lama lagi^^
macam tak lama lagi tu Litah. semoga dipermudahkan urusan seterusnya. aaminnn
حذفinshaAllah..aminn.. terima kasihh ^^
حذفboleh tengok2 nak pakai cincin yg mcm mana nanti ni
ردحذفsenang nak survey nanti kan :)
حذفCincin merisik tidak ada. Saya hanya ada cincin tunang dan cincin nikah. Itu pun dah tak boleh sarung lagi sebab jari terlampau halus hihiiiiii....! Atas permintaan saya sendiri, saya tak mahu ada batu permata pada cincin tunang. Tak sangka dengan nilai emas sekarang, cincin tunang yang hanya harga ratus2 sekarang mencecah ribuan ringgit!
ردحذفfaham tu kak saiz jari dah berubah. tak boleh pakai takpe, simpan buat kenangan gitu. nilai emas sekarang jauh beza dengan harga dulu kan. huhu
حذفAda tu sampai berpuluh cincin
ردحذفSetiap kali anniversary dapat cincin
orang tu bajet banyak wak. rezeki yang dapat :)
حذفAlhamdulillah dah lengkap ketiganya. Cuma cincin nikah di gantikan dengan gelang tangan. Cukup la dah ada sepasang kan? Tapi sayang, cincin tunang dah ditrade in tukar cincin biasa je. ada batu ni beli mahal, jual dia murah yg amat.
ردحذفsamalah kita. nikah pakai gelang tangan je. betul Aien, yang ada batu kemain mahal tapi nilai jual dia rendah. Fiza simpan dan pakai je :)
حذفtime shida merisik dulu mmg cincin kosong je xde corak pape..sng bengkok juga..masa bertunang dapat cincin batu,lepas masa nk nikah kami trend in cincin merisik tambah duit untuk dapatkan cincin nikah yg tebal skit..elok smpai skg dua2 cincin ^_^
ردحذفemas sekarang tak padu macam dulu shida. mudah sangat bengkoknya. huhu
حذفBanyak cinin tapi kalau tidak suka pakai cincin bolehlah nikah pilih rantai leher atau rantai tangan.
ردحذفAda yang langkah adat merisik. Terus adat bertunang.
ye kak. Banyak pilihan kalau tak suka pakai cincin. Ada juga yang terus bertunang dan nikah hari yang sama juga :)
حذفWao, pengetahuan baru nih buat saya, kalau di Indonesia, memang ada perbedaan adat tiap suku atau daerah, tapi biasanya cincinnya hanya 2, yaitu tunangan dan menikah.
ردحذفPas tunangan di jari manis kiri, dan pas menikah di jari manis kanan.
Kalau pas merisik atau kenalan gitu, belum bawa cincin.
Menarik ya mengetahui kebiasaan di tempat lain :)
jimat satu cincin tu kak. Lain tempat lain adatnya gitu :)
حذفJaman saya menikah, saya cuma sediakan cincin nikah saja. Karna cincin itu MAHAL
ردحذفHahahaha
janji ada sudah lah kan. memang benar, cincin tu MAHAL amat :)
حذفrasanyaa harga emas 916 pon skrg dh rm290., aduhaii.,
ردحذفIye wak..mahal betul harga emas sekarang.
حذفGood info kak. GV tahu cincin belah rotan je. huhu.
ردحذفcincin belah rotan kan famous :)
حذفKak ana dari tunang sampai nikah semua cincin saja. Mujur muat lagi sampai sekarang.hehe
ردحذفsyukur muat lagi dan boleh pakai :)
حذفMakasih kak informasinya, sangat bermanfaat, semoga kebeli suatu saat khususnya cincin untuk nikah...
ردحذفsama sama. Semoga dipermudahkan urusan untuk menikah nanti.
حذفakak ada cincin merisik dengan cincin nikah saje..hihi
ردحذفokay tu ada 2 dah :)
حذفuntung jadi org perempuan melayu ni dpt 3 cincin gituuu hahaha... tp kalau utk nikah, sy prefer rantai, sbb ia mcm 'satu ikatan abadi' gituuuu bkn bermaksud demand ya... ahahahaha
ردحذفokay je prefer rantai. bergantung kepada pengantin nak yang mana satu :)
حذفTepat sekali! Dulu2 masa nak kahwin xtau pun tiga2 cincin ni, tp masa dok pilih cincin tunang & nikah, mmg mata tu tertumpu nak cincin batu sebaris tuk tunang & batu seketul tuk nikah :p hehe
ردحذفSebenarnya tak kisah pun kan. ikut kita nak yang mana tapi orang dulu dulu sangat strict bab adat ni. hihi
حذفteringat kisah cincin belah rotan....harga emas sekarang memang mahal....
ردحذفkisah apakah tu? harga emas tak leh bawa bincang dah sekarang ni
حذفGambar dalam cincin merisi tu sebjik cincin mak ai bagi masa sekolah dulu.
ردحذفtersama pulak kak. rasanya beli kat emas sri pinang kot.
حذفSha merasa cincin risik, tunang dan nikah..
ردحذفTapi lepas dah selesai majlis, terus satukan je cincin2 tu.. Sebab tak berapa suka pakai cincin banyak-banyak.. Malangnya dah tak muat.. jarinya gemuks.. hehehehe
satukan tu maksudnya camne tu kak? takpe, sumber inspirasi menguruskan jari tu kak :)
حذفinfo yang menarik...rasa nak kahwin pun ada nie hahaha
ردحذفada bau bau nasi minyak ni.
حذفSeronok kenang zaman lalu bila baca tentang cincin ni..
ردحذفye betul. kembali teringat kenangan lama.
حذفMrs.A cincin merisik dengan tunang sekali pastu cincin nikah.
ردحذفZaman dak-dak wechat ni dah pelbagai ada yang nak gelang ada gak nak rantai huhuhu...
selalu camtu lah..sekalikan cincin merisik dengan tunang. zaman sekarang dah macam macam dah :)
حذفwahh nice info
ردحذفhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html
Tq.
حذفhanya mampu baca sambil tersenyum and doa dalam hati.
ردحذفSemoga cepat dipertemukan jodoh yang terbaik. Aaminn
حذفCantiknya cincin tunang puan blog ni..✨✨
ردحذفTerima kasih :)
حذفakak ada dua cincin ja..cincin tunang dengan nikah..tapi yg duk pakai cincin tunang ja..cincin nikah simpan sebab batu dia tu menonjol sangat..
ردحذفbetul..bab pilih cincin ni pun boleh poning kepala..hahaha..so, bakal2 semua kena buat persediaan awal..
menonjol tu memang wow sangat batunya.
حذفSatu cincin pun sy takdak lagi nihh! Hahaha... Cincin rm10 tuh ada laaa.. Tapi sy suka jenis simple.. tak timbul sangat la..
ردحذف