Header Ads

Caladium 'Thai Beauty' Daun Keladi Pink Cantik

Dulu tak pandang pun pokok keladi hiasan ni. Sejak rakyat Malaysia dah mula bertukar hobi kumpul tanaman hiasan, bermacam-macam jenis keladi hiasan jadi rebutan. Ada banyak jenis keladi hiasan yang ada. 

Pokok keladi viral yang popular tentulah pokok monstera. Orang kampung panggil pokok keladi je. Ramai yang suka pokok keladi ni sebab cara penjagaan pokok keladi hiasan ni mudah.

Caladium 'Thai Beauty'

Satu lagi koleksi pokok keladi hiasan mak di kampung Caladium 'Thai Beauty' atau Caladium Thai Style. Caladium Thai Beauty macam sejenis pokok keladi yang rare. Bahasa kampungnya orang panggil keladi corak batik. Betul ke?


Cantik kan daun keladi hiasan berdaun warna pink. Corak dia sangat unik dan nampak jelas corak batik tu. Dua kali pandang dah macam rupa ular sawa batik pula eh.

Pokok keladi jenis pokok hiasan yang mudah ditanam dan dijaga sebab tu ramai yang suka dengan pokok keladi hiasan ni. Tidak memerlukan cahaya yang banyak dan sangat sesuai di jadikan pokok keladi hiasan dalam rumah. 

Cara Penjagaan Pokok Keladi Hiasan

Pokok keladi sesuai di tanam atau diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran matahari terus pada pokok. Pancaran matahari yang terik boleh menyebabkan daun keladi mudah lecur jika terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan.

Disebabkan pokok keladi ni sangat sensitif kepada kepanasan dan cahaya matahari yang terus, ia memerlukan siraman yang kerap dan juga baja yang mencukupi.  Pastikan tanah sentiasa lembap. Dalam masa yang sama pastikan air tidak bertakung dan tanah tidak kering. 

Sebaiknya siram 2 kali sehari jika cuaca panas. Boleh gunakan baja kimia untuk pertumbuhan daun yang lebat. Pastikan tabur baja jauh sikit daripada batang dan daun untuk elakkan lecur pada bahagian tersebut.

Cara Tanam/Pembiakan

Pokok keladi mempunyai akar besar atau yang berisi dipanggil ubi. Pastikan ambil sekali dengan akar dan ubinya untuk tanam. Buat lubang tak perlu dalam sangat supaya sistem akar lebih mudah hidup terbentuk. 

Pokok keladi hiasan akan nampak lebih cantik di tanam dalam pasu. Jika dibiarkan tanam atas tanah dia akan hidup bersepah dan tak tersusun. Susah juga nak uruskan penjagaan pokok keladi tu nanti.

Jenis keladi hiasan memang cantiklah dibuat hiasan. Yang jenis boleh makan tu, batang dan isi dia sedap dibuat sayur. Isi keladi sedap juga dibuat pengat atau kerepek. Aiskrim keladi pun sedap!

Pokok keladi memang cantik dengan daunnya yang lebar tu. Tapi awas, ada jenis pokok keladi yang beracun iaitu getah yang keluar dari bahagian batang, daun dan isinya. Jadi, bila kita potong tu kena berhati hatilah takut terkena getah.

Getah keladi kalau terkena pada kulit boleh menyebabkan gatal-gatal. Yang ada anak kecil tu, pastikan letak pokok keladi di tempat yang sukar di capai anak-anak atau letakkan jauh dari tempat laluan. Safety first. Selidik dulu jenis pokok yang sesuai untuk dibuat hiasan dalam atau luar rumah okay.

هناك 38 تعليقًا:

  1. cantiknya warna pokok keladi ni..klau dulu orang tak ambil kisah langsung kan..tapi sekarang..dah jadi rebutan pokok rare macam ni

    ردحذف
  2. Cantik giler..cara tanam pun macam senang je kan

    ردحذف
    الردود
    1. cara tanam tu senang. cuma nak jaga tu kena make sure makanan dia cukup :)

      حذف
  3. cantiknyaa .. kalau rumah luas syok menanam pokok

    ردحذف
    الردود
    1. Kann..cantik sedap mata memandang. Kat kampung laman luas memang syoklah tanam pokok

      حذف
  4. mama baru perasan pokok ni pun dah semakin diminati. memang cantik kan

    ردحذف
  5. banyak sungguh ya tanaman viral sekarang ni hehe

    ردحذف
  6. Cantik betul daun keladi corak batik tu. Warnanya pun sudah cukup menyerikan ruang laman. Kalau ditanam di kawasan redup, mesti cepat besar dan subur. Daunnya pun lebar-lebar!

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu kak Amie. ye, mak pun letak kat tempat redup. menunggu daun lain yang bawah tu membesar lebar.

      حذف
  7. Memang cantik warna merah darah pokok keladi.
    Kiranya kena tahu cara pengendalian pokok keladi supaya tidak kena gatal.

    ردحذف
  8. Masha Allah... cantik banget daunnya :)
    Seingat saya, di rumah mama saya juga pernah ada daun plant gini, tapi tidak seindah ini deh, apa memang perawatannya berbeda kali ya.
    Sekarang memang lagi zamannya orang memeliharan plant cantik-cantik gini :)

    ردحذف
    الردود
    1. seindah ini agak rare dan susah jumpa. sesetengah pokok penjagaan dia sama ada juga berbeza. Ye, sekarang berlumba lumba tanam pokok cantik cantik.

      حذف
  9. Kakak kok kaya nenek saya yah. Suka sekali sama tanaman-tanaman. Nenek saya koleksi banyak tanaman hias. Macam yang kakak ulas diatas.

    ردحذف
  10. Lawanya warna daun dia fiza. Sedap mata memandang orang kata. Aishh kalau ada tanah rumah akak ni,la dah akak join tanam pokok2 bunga ni.

    ردحذف
    الردود
    1. memang lawa kan. ini pun kat kampung rumah mak. rumah sendiri takde tanah luas. semua tanam dalam pasu je.

      حذف
  11. wahh kaler merah lak...hari tu hosmet akak bawak balik montsera yang berlubang2 tu...

    ردحذف
  12. jarang jumpa yg pink ni selalu nmpk yang hijau / kuning tu...

    ردحذف
    الردود
    1. hijau dan kuning dah biasa sangat. ini kira spesis rare jugak kot.

      حذف
  13. Cantik daun pokok keladi ni..sekarang dah jarang jumpa..

    ردحذف
  14. Subhanallah cantik corak pokok keladi tu tak pernah tengok sebelum ni

    ردحذف
  15. Akk ada keladi ni, mula2 cantik je, lepas tu mula lain macam, takde corak lepas tu mcam nak mati2, bila keluarkan dari pasu rupanya dalam tanah tu dah bersarang binatang yg putih2 tu, tulah musuh keladi ni.

    ردحذف
  16. Suka tengok pokok ni bila raya rumaj kampung orang.. tapi.. nak menanam.. memang idok ler.. hehe

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.