Nama-Nama Gelang Emas Popular

Emas, bukan sekadar perhiasan wanita. Kini emas jadi trending dan pembelian emas semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Ramai mula sedar yang emas merupakan pelaburan yang bagus untuk digunakan di masa hadapan. 

Bila semakin trending dan popular, bertambah meningkat lah harganya. Tak lama lagi harganya mungkin akan mencecah RM300 untuk 1 gram. Wow! Fikir banyak kali lah kalau nak membeli emas bila dah tahap harga macam tu.

Banyak juga kedai emas yang buat jualan harga murah. Antara emas yang murah, orang kata kedai emas di Kuala Pilah. Ramai juga yang mula berjinak-jinakbuka kedai online atau main kutu. 

Beli online tak salah, tapi jangan tertipu dengan kedai emas tipu. Selidik dulu. Nak mencari emas bajet sekalipun, carilah kedai yang sah perniagaannya. Supaya nanti senang apa apa terjadi senang nak buat report.

Sejak akhir-akhir ni memang popular nama nama emas atau design gelang emas/rantai tangan inspirasi dari makanan,haiwan dan juga bangunan. 

Antara yang popular adalah gelang emas terbaru iaitu gelang emas pulut dakap, gelang emas biskut tawar, gelang emas roti bun, gelang emas lipan, gelang emas jagunggelang emas biji anggur, gelang emas ekor kucing, gelang emas gajah dan banyak lagi lah.

Gelang Emas Pulut Dakap

Gelang Emas Pulut Dakap

Gelang Emas Biskut Tawar

Gelang Emas Biskut Tawar

Gelang Emas Roti Bun

Gelang Emas Roti Bun

Gelang Emas Lipan

Gelang Emas Lipan

Gelang Emas Anggur

Gelang Emas Biji Ketumbar

Gelang Emas Biji Ketumbar

Gelang Emas Biji Sawi

Gelang Emas Biji Sawi

Gelang Emas Boba


Gelang Emas/ Cincin Bola Takraw

Gelang Emas/ Cincin Bola Takraw

Gelang Emas Coco

Gelang Emas Coco

Gelang Emas Coco Mata Petai

Gelang Emas Coco Mata Petai

Gelang Emas Dunhill

Gelang Emas Dunhill

Emas Durian

Emas Durian

Gelang Emas Ekor Kucing

Gelang Emas Ekor Kucing

Gelang Emas Gajah

Gelang Emas Gajah

Gelang Emas Jagung

Gelang Emas Jagung

Emas Kerepek Bawang

Emas Kerepek Bawang

Emas KLCC

Emas KLCC

Gelang Emas Latok

Gelang Emas Latok

Emas Lintah

Gelang Emas Lintah

Mana satu pilihan korang? Kalau diberi pilihan, Fiza akan pilih gelang emas lipan. Dah lama berkenan cuma belum dapat je lagi. Harap ada rezeki lah dapat satu pun jadi lah kan. 

Ala dapat gelang emas 916 terkini pun dah okay dah kan. Tak kira design apa pun. Selain emas 916, sesetengah orang minat juga dengan gelang emas pandora. Kalau Fiza, lebih suka emas 916. Emas putih macam kurang minat sikit. 

Nak beli emas pun kena juga lah tahu serba sedikit tentang jenis-jenis emas ni. 

Jenis-Jenis Emas Dan Kegunaan

1. Emas 24K atau emas 999 atau emas 999.9 atau emas sepuluh

Kandungan emas adalah 99.9%. Emas tulen yang paling mahal. Digunakan untuk barang perhiasan, pelaburan dan juga peralatan perubatan.

2. Emas 22K atau emas 916 atau 917

Kandungan emas adalah 91.6% atau 22/24 dari bahagian emas. Emas perhiasan paling tulen dalam barang kemas yang mempunyai warna kuning keemasan. Sesuai untuk dijadikan emas perhiasan yang kosong tanpa permata kerana sejenis emas yang lembut. Tidak sesuai untuk digunakan sebagai pelaburan.

3. Emas 21K atau emas 875

Kandungan emas adalah 87.5%. Juga emas perhiasan tulen dalam barang kemas yang warnanya keemasan. Sama juga dengan emas 22k, emas perhiasan kosong tanpa permata dan tidak boleh dicampur dengan permata. Tidak sesuai juga untuk pelaburan.

4. Emas 20K atau emas 833

Kandungan emas adalah 83.3%. Merupakan emas perhiasan tulen dalam barang kemas yang berwarna kuning keemasan. Tidak sesuai untuk pelaburan atau dihiasi dengan permata.

5. Emas 18K atau emas 750

Kandungan emas adalah 75.0%. Emas perhiasan yang seimbang dari segi ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi yang lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel. 

Emas perhiasan dengan bentuk menarik dihiasi permata tapi tidak sesuai untuk pelaburan.

6. Emas 14K atau emas 585

Kandungan emas adalah 58.5%. Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel. 

Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna. Sejenis emas yang lebih banyak logam dari emas dan tidak sesuai untuk pelaburan. 

7. Emas 10K atau emas 417

Kandungan emas adalah 41.7%. Emas perhiasan yang lebih keras, kukuh, lebih tahan lama, tidak calar atau bengkok dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel. 

Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna. Emas berketulenan 10K dan tidak sesuai untuk pelaburan.

8. Emas 9K atau emas 375 atau suasa

Kandungan emas adalah 37.5%. Kebiasaannya digunakan untuk membuat cincin suasa untuk lelaki.

Dah tahu jenis-jenis emas dan nama nama emas, jadi senang lah nak memilih ikut kesesuaian dan citarasa sendiri. Dengan lambakan penjualan emas dipasaran ni dengan harga emas yang semakin lama semakin meningkat naik ni rasa entah bila dapat beli entah. 

Nak tunggu emas kembali ke seratus lebih segram macam harga dulu-dulu memang tak dapat lah kan.

Ada yang berpesan supaya beli emas dengan harga sekarang sebelum meningkat sampai RM300 lebih tu. Silap silap harga cincin biasa pun dah harga seribu lebih. Aduhaiii..Lagi pun orang kata beli emas tak rugi sebab ianya boleh dijadikan pelaburan dan kegunaan di masa akan datang. 


Credit image : BroOhsem/Akhtar Syamir

45 comments:

  1. Semua pattern lawa. Tapi tak terkejar la nk ngikut semuanya. Kira janji ada ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji ada dah bersyukur dah kan :) nak mengejar tak mampu rasanya. huhu

      Delete
  2. kita fail bab nama emas ni. bagus sis siap bagi gambar berkaitan. senang org nak fahamnya. ahhahaha

    ReplyDelete
  3. suka pulak ammi dengan jenis biji sawi tu..

    ReplyDelete
  4. teringin nak pulut dakap..hahaha...aduii..ngeri lak tengok lintah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin juga kak. lintah in real ngeri tapi dapat real yang emas tu boleh jadi suka nanti :p

      Delete
  5. Dalam gambar ni Mrs. A suka bola takraw. Wanita dan emas berpisah tiada hahaaahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bentuk bola takraw pun cantik. ye, memang! Tak boleh berpisah gitu. melainkan tak suka emas.

      Delete
  6. Cantik2 semuanya..suka biji sawi.. dpt 1 set - rantai leher labuh & rantai tangan...heaven..

    ReplyDelete
  7. Macam-macam nama diberi. Rasa gelihati pun ada bila melihat bentuknya dari inspirasi makanan!

    ReplyDelete
  8. Ekor kucing lawa. Hehe Memang emas sekarang tengah berganda naik. Seram nengok je la boleh. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..itulah, harga emas dan naik, naik seram nak keluarkan duit beli

      Delete
  9. shida pkai gelang gajah tp xla kedap pun ^_^
    pernah pkai yg lipan..cepat pula putus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hat gelang gajah pun seronok gak dapat tu shida. kena beli yang padu lah pasni.

      Delete
  10. dengar jenis jenis emas kelakar pon ada..ansib lawa bila dah jadikan emas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur cantik kan. lupe terus nama yang kelakar tu haa

      Delete
  11. aritu kawan opis akak baru beli pulut dakap masa pkp, pastu balik raya haji dia beli biskut tawar lak, sampai 2 utas lak tu... mampu tengok jelah akak nih

    akak buat masa ni cuma ada
    biji sawi dengan dunhill saiz sedang je... yang lain tu mampu tengok je heheheh...
    memang macam-macam betul nama yek, kretip orang yang beri nama nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat tu baru beli dan beli lagi. rezeki dia kan kak. ada rezeki kita nanti dapat beli apa yang diidamkan tu :)

      Delete
  12. wahh byk mama xtau ni. cuma yg mama perasan mmg kedai emas skrg ni jammed terk ramai yg membeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mamapp, ramai betul orang kat kedai emas sekarang ni. masing masing berebut beli sementara harga masih mampu beli kot.

      Delete
  13. mesti banyak koleksi dah ni. suka emas 916 gak :)

    ReplyDelete
  14. Suka biji sawi. Kecil sesuai dengan saya.

    ReplyDelete
  15. Banyak sekali ya macamnya, besar-besar pula, kalau saya suka emas, tapi memang kurang suka kalau dipake, bahkan cincin emas kawin saja saya jarang pakai.
    Jadi kayaknya, mendingan saya punya emas batangan aja, hehehe.
    By the way, harga emas sekarang luar biasa ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli buat simpanan untuk pelaburan pun bagus kak. harganya semakin hari semakin naik tak turun turun.

      Delete
  16. Perempuan paling suka emas-emas begini. Jadi sampai hapal macam-macam bentuk emas, wkwkwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tak mungkin hafal. Kalau dapat baru dihafal :p

      Delete
  17. Dari biskut sampai ke latok jenis2 emas2 tu ye. Dalam baNyak2 tu kak ana berkenan tengok emas anggur tu.comel je. Tp mampu tgk je lah buat masa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memacam namanya orang panggil. berkenan juga kat emas anggur tu. cantik! itu lah kan, mampu tengok je lah dulu ni.

      Delete
  18. semua macam related dengan namanya..tapi tiba part dunhill terus akak kebingungan...hhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. inspirasi dari makanan lah, bangunan lah. Memacam kan tapi cantik. haha..bingung juga kenapa dunhill

      Delete
  19. x kisah laa apa namanya yang penting emassssss hehehehe semuanya lawa2 belaka...tp sy prefer yg plain tanpa corak tp ia mesti emas 999 heheheh bkn jongkong emas eh hahaha

    ReplyDelete
  20. haha ray x pernah tahu pun setiap emas ni ada nama XD

    ReplyDelete
  21. akak mampu nengok je le..kurang minat sangat..tapi boleh je kalau ada..camtuuu..hahaha

    ReplyDelete
  22. Nak pulut dakap! Moga dilimpahkan rezeki nak beli satuu... buat simpanan

    ReplyDelete
  23. banyak betul nama-nama emas nie. kreatiplah sapa yang bagi nama nie hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.