Nasi Goreng Cepat Dimasak Sedap Dimakan
Kuew teow dah jemu nak makan. Mee goreng pun dah masak 2 hari lepas kalau tak silap. Lepas tu dok fikir menu apa nak masak untuk breakfast semalam. Pening pening.
Mujur lah ada nasi lebih sikit dinner malam tadinya. Boleh gak buat nasi goreng cepat dimasak sedap dimakan. Pinjam kejap slogan mee maggi tu.
Semua orang boleh masak nasi goreng dengan cara masing-masing. Cara Fiza masak nasi goreng lebih sedap bila bahan-bahan tumis tu ditumbuk guna lesung batu. Lepas tu tumis sampai garing. Nak sedap lagi letak sayur rangup macam kacang panjang dan carrot.
Nasi Goreng Masak Cara Fiza
Bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Tumbuk kasar je tak perlu lumat. Sukatan ikut kau orang. Macam Fiza suka letak bawang merah lebih dan cili api lebih. Bawang putih biasa Fiza letak seulas je sebab tak suka sangat bawang putih.
Tumis sampai garing, barulah letak kacang panjang. Carrot letak last sekali lepas tutup api dan gaulkan. Kalau buka api nanti layu pulak carrot tu sebab Fiza suka carrot rangup.
Itu lah secara ringkasnya cara Fiza masak nasi goreng. Resepi tak payah kot sebab masing-masing tahu dah nak masak nasi goreng macamana. Kan??
Short entry je lah harini. Mood mengantuk tak boleh bawa bincang. Hilang terus ayat-ayat nak mengarang. Jenuh fikir apa nak tulis. Sudahnya berakhir disini je lah ye.
simple tapi sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah.. kena dengan taste :)
DeleteKak PC pun bila masak nasi goreng rencah tumbuk guna lesung..hehehehe.
ReplyDeletesep kak. Kita geng!
DeleteWahh sep satu kali kak! hahah samalah selalu masak nasi goreng memang suka tumbuk guna lesung batu. Baru meresap rasa dia hehe ;)
ReplyDelete.
Oh ya, salam 31 ogos!
Betul betul. sedap lain macam kalau masak bahan tumbuk dengan lesung batu. Patutlah orang dulu masak sedap sedap kan. inilah rahsia dia.
DeleteSalam Merdeka :)
kan, kalau mengantuk memang ayat pun taknak keluar
ReplyDeleteItulah pasal. tak boleh generate kata kata dah. Tidur je ubat dia
DeleteCantik gambar nasi goreng akak. macam menu di restoran gitewww. btw, nasi goreng adalah makanan peberet GV. huhu. :)
ReplyDeleteTerima kasih GV. fav me too!
DeleteNampak sedap
ReplyDeleteSedap di tekak sendiri bolehlah wak.
DeleteAdoi, tiba-tiba lapaq!
ReplyDeletecepat masuk dapur masak kak :p
DeleteSedapnya nasi goreng.
ReplyDeleteAkk kalau masak nasi goreng suka letak telur. Pastu kalau ada keropok kering tu, fuh bertambah-tambah makannya :D
Ada jugak letak telur tu..Dah hancur tak nampak mungkin. Kadang letak kadang tak. Ada keropok ikan tu lagi sedap kak. Mahu kena suruh berhenti makan. hihi
Deletememang sedap ns goreng kalo bahan tumis tumbuk dgn lesung berbanding blend je..
ReplyDeletelain mcm rasa dia.. boleh bertmbh mkn.. haha
betul tu Ezy. Nak cepat habis kena menumbuk jugalah kan :)
Deletesedap nasi goreng banyak sayur gini, cuma kat rumah akak kalau buat nasi goreng gini adalah yang merajuk- rajuk takmo makan... huhuhu
ReplyDeletetahu dah siapa yang merajuk tak makan tu. Kalau ada yang tak makan memang tak letak. susah pulak nanti nak makan kena asingkan.
DeleteNur tak gemar nasi goreng kecuali nasi goreng mak. Tapi nasi goreng ni selalu juga masak. Untuk anak sulung nur bila dah tepu tak tahu nak masak apa utk dia haha
ReplyDeletemungkin jenis tak makan nasi goreng masakan sendiri. Mak masak jugak yang sedap kan.
Deletetgk gmbr pon dh sedap mcm mkn nasi goreng kat kedai jeeer., ;p
ReplyDeleteuntung sedap wak. bukak kedai kat rumah sendiri je boleh :)
Deletekalo carrot rangup ni housemate2 akak ada dua orang tak suka, carrotnya hidup katanya...haha
ReplyDeletehaha..takut nak makan ye. ada orang memang tak suka makan fresh camtu. Kena masak betul betul.
Deletemy favvv ni heheh kalau tak ada idea nak masak apa rabia akan masak nasi goreng
ReplyDeletetahu Rabia suka nasi goreng. Selalu update nasi goreng dalam blog kan :)
Deleteblender & instant perencah mmg susah nak beat lesung batu. lesung batu always win! ummpphh rasa dia!
ReplyDeleteyup, absolutely! always win
Deleteboleh bukak kedai ni ;-)
ReplyDeleteHihi..kedai dalam rumah je :)
Deletewow sedap.. yg penting tumis tu kena garing kan. mama suka letak bawang putih byk
ReplyDeleteBetul mamapp, tumis garing tu bertambah sedap.
DeleteBaca malam malam ni.. sambil hujan di luar tu.. alamak... lapo plak nengoknyaaaaaa
ReplyDelete