PKP Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020

PKP Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Itulah yang disampaikan oleh Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pukul 8 malam 28 Ogos semalam dalam perutusan khas.

Dah jaga dah PKPP akan dilanjutkan tapi tak sangka pula sampai hujung tahun. Betul betul tak sangka sebenarnya. Tempoh yang sangat lama tu. 4 bulan lamanya!

PKP Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020
credit image : google

Bila dah dilanjutkan PKPP tu maknanya segala Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol tu kenalah kena patuhi selagi mana dalam tempoh PKPP.

Dengar kata kompaun juga akan dinaikkan. Haaa..silap besar lah kalau masih ada yang berdegil tak ikut SOP. Segala akta masih lagi berkuatkuasa dan memang satu kesalahan kalau kita langgar undang-undang.

Semalam tak silap Fiza ada satu video viral di Korea kalau tak silap. Orang tegur tak pakai face mask pun boleh pulak uncle tu pukul orang yang menegur tu. Aduhaiii..dia pun degil tak boleh bawa bincang.

Dalam tempoh pandemik COVID-19 banyak bagi kesan pada manusia seluruh dunia. Ada yang stress tak ada kerja, pendapatan tak ada, dibuang kerja dan banyak lagi masalah. 

Tapi itulah kalau tak dikawal, tak sabar jadilah macam tu. Tegur sikit pun tak boleh. Tak faham betul! Sebab benda ni melibatkan kesihatan semua orang.



Baguslah juga PKPP dilanjutkan selagi belum ada vaksin dan selagi masih ada yang berdegil ikut SOP. Yang degil kuanratin tu satu hal juga. Duduk diam diam pun tak boleh.

Kalau kes meningkat lagi, kebarangkalian pergerakan tu akan diperketatkan. Jadi janganlah jadi manusia yang pentingkan diri. Ikut je SOP. 

Sama-samalah kita lebih prihatin dan bertanggungjawab jaga sesama kita supaya wabak tak terus menular. Jangan ada lagi virus Super Spreader macam kluster Sivagangga tu. Sekejapan merebak sampai dah mula PKPD dah sekarang ni. 

Kalau masing-masing ambil peduli tentu kita dapat cegah dan putuskan rangkaian dengan cepat. Tengok carta dan report harian Covid-19 tu ada naik turun. Kejap naik kejap turun. Entah bila lah nak 0 kes.

Bila PKPP dilanjutkan sampai hujung tahun bermakna tahun 2020 kita hidup normal 2 bulan lebih je. PKP sejak mac sampailah disember. Harap tahun 2021 dapat mulakan hidup baru yang lebih baik. Aaminn...

15 comments:

  1. Alhamdulillah.Moga ini menjadi langkah baharu seterusnya yang terus memutuskan rantaian virus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal'alamin. Semoga semuanya akan kembali normal.

      Delete
  2. setuju dgn langkah RMCO dilanjutkan. perlu masa lagi tuk kita biasakan diri dgn norm baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tak pulih sepenuhnya. Selagi tu kita perlukan masa dan hadap new norm ni.

      Delete
  3. Aah la kak, kita hidup norman dua bulan je. baru realize perkara itu kak. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..sekejap je tempoh tu. Selebihnya kita hidup dalam new norm.

      Delete
  4. bersambung ya..shida sejak dah mula bkeje mmg xngadap tv dah huhuhu..ape lg nk dgr pgumuman dr abah..salu xsempat,nsb fiza update..xpelah bersmbg..rasa mcm dah tbiasa dah dgn norma baru ni cuma rimas asyik nk guna mask ni..muka pn dah start naik jerawat..kat dagu huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rimas juga nak pakai mask. Kadang tu rasa malas keluar kalau xde hal penting. Tapi nak tak nak kena juga hadap new norm ni selagi masih belum pulih.

      Delete
  5. rasanya kalau kes dan kluster masih ada, tak mustahil PKPP dilanjut ke thn dpn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap tidaklah, semoga tahun 2021 kita boleh hidup normal. Aaminn

      Delete
  6. Semoga terhapus segera pandemik Covid 19 nih.. Sobbss.. tapi bagus sebenarnya semua start pakai mask..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.