Pokok Air Mata Ibu
Pokok air mata ibu? Semacam tak percaya ada nama pokok macam tu. Cari punya cari maklumat dalam internet, memang betul lah nama pokok ini (rujuk gambar) air mata ibu.
Perasan lama dah pokok air mata ibu ni kat rumah mak. Bukan 1 pasu, bukan 2 pasu. Ada berpasu pasu mak tanam sebaris. Elok bergantung semuanya. Eh, lawa pulak bila banyak banyak macam tu.
Entah kenapa la tak berminat nak ambil tanam bawa balik kat rumah. Walaupun tahu yang kalau minta je mak akan bagi. Cukup sekadar ambil gambar je lah.
![Pokok Air Mata Ibu Pokok Air Mata Ibu](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBEm0DwZ3PzcYP6C934SeRJubBHTFEgrJldrS_UrcnvtkcWlOUSwZp4Sv-aAVOiHtwfQz_UxgIuD-fJEMPX3wuggmsfSYaYNHPxEcT-bR0MCe6qCVG8fllEkFODS7orPPz00i33KJNpuTs/d-rw/Sedum+morganianum-air+mata+ibu-burro%2527s+tail-donkey%2527s+tail.jpg)
Burro's Tail
Disebut juga dengan nama Donkey's tail. Nama saintifiknya Sedum Morganium. Bahasa kampung atau mungkin biasa disebut dengan nama air mata ibu disebabkan rupa bentuknya sama macam air mata.
Tapi kenapa air mata ibu? Kenapa bukan orang mata orang lain? Tak dapat nak menjawabnya.
Pokok air mata ibu sejenis tanaman gantung eksotik dan lebih cantik jika dibuat tanaman hiasan gantung.
Pokok air mata ibu ni bukan hanya berdaun hijau, ada kalanya akan berbunga berwarna merah. Tapi tak pernah lagi lah Fiza tengok pokok ni berbunga.
Penjagaan
Penjagaan yang sangat mudah seperti pokok kaktus. Tidak memerlukan banyak air. Jika terlebih air akan menyebabkan pokok mati.
Jika dibuat sebagai hiasan gantung, pastikan penerimaan cahaya sekata untuk semua bahagian. Nanti dia akan membentuk tumbuh sekata semua.
Gambar bawah ni, pokok ni agak tak sihat disebabkan musim panas haritu, ada sebahagiannya mati. Lepas tu ada pulak pokok lain menumpang dalam pasu ni.
Jadi tak cantik dah sepasu pokok air mata ibu. Kalau tidak, cantik tumbuh semua bahagian sebab mak letak betul betul terdedah pada cahaya matahari. Cuma musim panas haritu lah buat pokok ni jadi macam ni. Rongak sana sini.
![Pokok air mata ibu/Burro's tail Pokok air mata ibu/Burro's tail](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiY9EtCZda8kbUyfgYXd9VOAR_I-XXuLd2mwaNEl2C6OfkbqF7HgIkHWqt0Z6BJa9eCDh3Ep9JBN_KGx8lpySVOVoFr13NoyQq0cr6y1Sw58b51iQNRJTeCEUy2lO7B3DBn3z9M1bwqjmwC/d-rw/Burro%2527s+tail-donkey%2527s+tail.jpg)
Pokok ni kalau lagi panjang berjuntai dan rimbun, dia akan nampak lagi cantik. Kena letak di tempat yang bukan laluan utama sebab pokok ni jenis fragile. Kalau terlanggar boleh berderai daun daun comel tu. Sayang kan.
Pelik pelik aje lah nama nama pokok ni. Nak hadam pun terasa terlalu banyak. Asal tahu je sudah lah. Sambil mencari info pokok air mata ibu ni, rupanya ada beberapa pokok lagi spesis air mata ni.
- pokok air mata pengantin warna pink
- pokok air mata pengantin putih
- pokok air mata duyung
- pokok janda menangis
Tak nak lah tanam awak wahai pokok si air mata. Takut nanti saya pulak yang menangis kalau awak mati. Jadi pulak pokok air mata sihatimerahjambu. kah!
tgk dari jauh yg x kenal buah tentu sangka ni pisang kenit hehehehe
ردحذفada ye nama pisang kenit. Baru tahu ni.
حذفwow
ردحذف:)
حذفbaru akak tahu namanya... cantik akak dari dulu suka bunga ini,,, akak panggil pokok buah anggur hehehe
ردحذفteringin nak tanam lah... sebab geram nengok daunnya tu
kalau rimbun lagi lawa kak. musim panas ni dia banyak gugur. Ini pun dah jarang jarang sebab banyak gugur.
حذفoh pestime ni nampak pokok ni...mungkin bentuk dia tu macam air mata ha...ibu lak sebab selain lidah ibu mertua, dia pun nak ada air mata..eh apoo..hahahah
ردحذفmungkin sebab itu lah. hahaha..semua ibu nak claim :)
حذفkalau air mata anak bentuk dia bulat, kalau ibu lonjong, kalau air mata ayah bentuknya mcm diamond (sebab mahal gilaaaaaaa)
ردحذفOhh macam tu ke ammi? baru tahu..tq share.
حذفaww cantiknyaa..senang pulak tu nak menjaganya..jangan menangis masa nak jaga yea hehe
ردحذفSenang okaylah tapi mudah gugur juga tu yang tak best tu. Tak nak menangis so kita tak tanam lah. biar mak je yang tanam.
حذفmcm buah anggur..yg janda menangis teringin nk tengok..kena google ni..
ردحذفbetul macam buah anggur. Yang janda menangis tu nak tahu camne klik je pada link pink tu :)
حذفnampak macam buah anggur rupanya
ردحذفye wak. Ramai yang cakap macam tu.
حذفcantik pokok ni..skali tgk mcm buah anggur muda..^_^
ردحذفKann.semua komen macam anggur :)
حذفSedihnya nama dia.
ردحذفKann..terfikir juga macam tu masa mula tahu.
حذفhaha.. pokok air mata sihatimerahjambu.. boleh makan ke buah tu. cantiknya buah2 tu bila byk2
ردحذفhahah..pokok air mata sihatimerahjambu belum wujud. kalau tuan dia tanam baru ada. Memang cantik kalau rimbun
حذف1st time tgk paras rupa & 1st time jugak dengar nama pokor air mata ibu ni.
ردحذفnow dah tahu :)
حذفuniknya nama pokok
ردحذفhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html
Memang unik namanya.
حذفayat yang last tu kelakor..hahahaha,,memula akak ingat kan buah..rupanya daun je eh..
ردحذفHehe..saja bergurau kak.Ramai yang ingat buah.
حذفMacam sedih pulak bila dengor namanyaaa. huhu
ردحذف