Pokok Air Mata Ibu

Pokok air mata ibu? Semacam tak percaya ada nama pokok macam tu. Cari punya cari maklumat dalam internet, memang betul lah nama pokok ini (rujuk gambar) air mata ibu. 

Perasan lama dah pokok air mata ibu ni kat rumah mak. Bukan 1 pasu, bukan 2 pasu. Ada berpasu pasu mak tanam sebaris. Elok bergantung semuanya. Eh, lawa pulak bila banyak banyak macam tu.

Entah kenapa la tak berminat nak ambil tanam bawa balik kat rumah. Walaupun tahu yang kalau minta je mak akan bagi. Cukup sekadar ambil gambar je lah.
 
Pokok Air Mata Ibu

Burro's Tail

Disebut juga dengan nama Donkey's tail. Nama saintifiknya  Sedum Morganium. Bahasa kampung atau mungkin biasa disebut dengan nama air mata ibu disebabkan rupa bentuknya sama macam air mata.

Tapi kenapa air mata ibu? Kenapa bukan orang mata orang lain? Tak dapat nak menjawabnya.

Pokok air mata ibu sejenis tanaman gantung eksotik dan lebih cantik jika dibuat tanaman hiasan gantung. 

Pokok air mata ibu ni bukan hanya berdaun hijau, ada kalanya akan berbunga berwarna merah. Tapi tak pernah lagi lah Fiza tengok pokok ni berbunga. 

Penjagaan 

Penjagaan yang sangat mudah seperti pokok kaktus. Tidak memerlukan banyak air. Jika terlebih air akan menyebabkan pokok mati.

Jika dibuat sebagai hiasan gantung, pastikan penerimaan cahaya sekata untuk semua bahagian. Nanti dia akan membentuk tumbuh sekata semua. 

Gambar bawah ni, pokok ni agak tak sihat disebabkan musim panas haritu, ada sebahagiannya mati. Lepas tu ada pulak pokok lain menumpang dalam pasu ni.

Jadi tak cantik dah sepasu pokok air mata ibu. Kalau tidak, cantik tumbuh semua bahagian sebab mak letak betul betul terdedah pada cahaya matahari. Cuma musim panas haritu lah buat pokok ni jadi macam ni. Rongak sana sini.

Pokok air mata ibu/Burro's tail

Pokok ni kalau lagi panjang berjuntai dan rimbun, dia akan nampak lagi cantik. Kena letak di tempat yang bukan laluan utama sebab pokok ni jenis fragile. Kalau terlanggar boleh berderai daun daun comel tu. Sayang kan. 

Pelik pelik aje lah nama nama pokok ni. Nak hadam pun terasa terlalu banyak. Asal tahu je sudah lah. Sambil mencari info pokok air mata ibu ni, rupanya ada beberapa pokok lagi spesis air mata ni. 


Tak nak lah tanam awak wahai pokok si air mata. Takut nanti saya pulak yang menangis kalau awak mati. Jadi pulak pokok air mata sihatimerahjambu. kah!

29 comments:

  1. tgk dari jauh yg x kenal buah tentu sangka ni pisang kenit hehehehe

    ReplyDelete
  2. baru akak tahu namanya... cantik akak dari dulu suka bunga ini,,, akak panggil pokok buah anggur hehehe
    teringin nak tanam lah... sebab geram nengok daunnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rimbun lagi lawa kak. musim panas ni dia banyak gugur. Ini pun dah jarang jarang sebab banyak gugur.

      Delete
  3. oh pestime ni nampak pokok ni...mungkin bentuk dia tu macam air mata ha...ibu lak sebab selain lidah ibu mertua, dia pun nak ada air mata..eh apoo..hahahah

    ReplyDelete
  4. kalau air mata anak bentuk dia bulat, kalau ibu lonjong, kalau air mata ayah bentuknya mcm diamond (sebab mahal gilaaaaaaa)

    ReplyDelete
  5. aww cantiknyaa..senang pulak tu nak menjaganya..jangan menangis masa nak jaga yea hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang okaylah tapi mudah gugur juga tu yang tak best tu. Tak nak menangis so kita tak tanam lah. biar mak je yang tanam.

      Delete
  6. mcm buah anggur..yg janda menangis teringin nk tengok..kena google ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul macam buah anggur. Yang janda menangis tu nak tahu camne klik je pada link pink tu :)

      Delete
  7. cantik pokok ni..skali tgk mcm buah anggur muda..^_^

    ReplyDelete
  8. haha.. pokok air mata sihatimerahjambu.. boleh makan ke buah tu. cantiknya buah2 tu bila byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..pokok air mata sihatimerahjambu belum wujud. kalau tuan dia tanam baru ada. Memang cantik kalau rimbun

      Delete
  9. 1st time tgk paras rupa & 1st time jugak dengar nama pokor air mata ibu ni.

    ReplyDelete
  10. uniknya nama pokok

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html

    ReplyDelete
  11. ayat yang last tu kelakor..hahahaha,,memula akak ingat kan buah..rupanya daun je eh..

    ReplyDelete
  12. Macam sedih pulak bila dengor namanyaaa. huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.