Tarikh Tarikh Cantik Untuk Majlis Tunang Dan Nikah 2021

Pening betul nak fikir tarikh yang sesuai untuk majlis tunang dan kahwin. Itulah yang pernah Fiza hadapi dulu. Rasanya semua bakal pengantin pun akan pening fikirkan tarikh yang sesuai. Betul tak?

Tarikh yang kita nak, family tak setuju pula sebab ada family yang tak available tarikh tu. Tarikh yang family nak, kita pula yang tak setuju. Susah sebenarnya nak mencapai kata sepakat dalam memilih tarikh majlis tunang dan nikah.

Merisik tu takpelah, bila bila masa je boleh sebab tak melibatkan ramai orang. Hanya family terdekat je. Nampak macam remeh je nak fikir pasal tarikh ni. Tapi itulah benda paling penting yang perlu difikirkan. Bagi orang Islam, boleh pilih tarikh ikut kalendar Islam.

Ada orang pilih tarikh majlis tunang, nikah dan nikah pilih tarikh yang sama dengan birthday. Senang nak ingat anniversary nanti kaedahnya. 

Tapi kadang tarikh tu bukan hari yang sesuai. Kalau jatuh pada hari bekerja, memang tak dapat lah nak buat majlis cerita dia. Dah semua orang bekerja. Siapa pula yang available kan. 

Dalam merancang perkahwinan, pemilihan tarikh untuk majlis bertunang dan nikah perkara yang penting. Kenalah merancang sebaiknya untuk majlis tunang dan nikah supaya persiapan majlis lebih mudah diuruskan dan teratur. 

Walaupun ramai pasangan yang menanguhkan majlis perkahwinan disebabkan pandemik Covid-19 ni. Ada juga yang masih meneruskan majlis dengan sekadar mengadakan majlis nikah secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. 

Nikah Hari Jumaat

Nikah tu yang lebih penting. Dalam Islam, hari jumaat merupakan hari yang dianjurkan untuk pernikahan. Keutamaan akad nikah di hari jumaat kerana :
  • Hari Terbaik
  • Hari Paling Agung
  • Hari Raya Islam
  • Hari Dianjurkan
  • Mendapat Keberkahan
  • Hari Siratulrahim
  • Hari Pernikahan Nabi Adam dan Siti Hawa
  • Hari Pernikahan Nabi Yusuf dan Zulaikha
  • Hari Pernikahan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
  • Hari Penikahan Ali Bin Abi Thalib dan Fatimah Azzahra
  • Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah


Untuk bakal pengantin yang masih tercari cari tarikh cantik  2021 untuk majlis tunang dan nikah tahun tahun depan, boleh lah rujuk dalam jadual di bawah. Yang dikongsikan oleh Astro Awani Network, infografik oleh Aizul Mujaiyid.


Tarikh Tarikh Cantik Untuk Majlis Tunang Dan Nikah 2020
credit photo : Aizul Mujaiyid

Tarikh Tarikh Cantik Untuk Majlis Tunang Dan Nikah 2021

Januari 

1.1.21 (Jumaat) 
2.1.21 (Sabtu)

Februari

21.2.21 (Ahad)

Mac

13.3.21 (Sabtu)
21.3.21 (Ahad)

April

4.4.21 (Ahad)
24.4.21 (Sabtu)

Mei

21.5.21 (Jumaat)

Jun

6.6.21 (Ahad)
26.6.21 (Sabtu)

Julai

17.7.21 (Sabtu)

Ogos

8.8.21 (Ahad)
28.8.21 (Sabtu)

September

19.9.21 (Ahad)

October

10.10.21 (Ahad)

November

21.11.21 (Ahad)

Disember

11.12.21 (Sabtu)
12.12.21 (Ahad)

Bagi yang berhasrat nak menamatkan zaman bujang tahun depan, bolehlah tengok tengok dan pilih tarikh yang sesuai untuk majlis bertunang dan majlis nikah. 

Bila dah  pilih tarikh yang sesuai, jadi mudah lah kita nak buat persiapan sikit demi sedikit. Boleh lah start membeli barang hantaran dan tempah apa yang patut.

Zaman sekarang ni kalau nak tempah dewan pun kena setahun sebelum. Lagi lagi tempat yang popular orang buat majlis kahwin tu. Kalau tak ada tarikh yang tetap, masalah juga nak tempah perkhidmatan apa yang perlu untuk majlis nanti.

Saja nak ingatkan juga, tarikh yang paling cantik ni kena book sesiap takut nanti semua orang sibuk nak tempah tempat, katering yang sama. Silap silap nanti semua service dah kena book orang. Nak jimat boleh buat majlis kat rumah sendiri. Lagi meriah gitu.

Tapi ada yang tak nak buat di rumah sebab nak nak rumah bersepah atau ruang rumah tak cukup besar. Ikutlah masing masing punya kemampuan. Jangan ikut orang.

Apapun memilih tarikh kahwin hak masing-masing. Terpulang lah sebab semuanya adalah hari yang baik. Jangan sampai akidah kita terpesong kerana percaya tarikh tu adalah keramat atau hari yang tidak baik.

Kaum lain memang ada pantang larang dan tarikh tarikh yang tak elok bagi mereka. Betul betul strict nak pilih tarikh kahwin. 

Bulan ni banyak cerita kahwin. Ambil mood wedding anniversary bulan ni. Bulan ni pun ramai yang buat majlis kahwin. Yang tengah merancang untuk kahwin tahun depan, siap siap lah book tarikh yang cantik tu. Jangan rebut-rebut.

Tak dapat pilih tarikh cantik pilih tarikh lain pun banyak. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Semoga majlis bakal pengantin semua berjalan dengan lancar dan segala urusan di permudahkan oleh Allah. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Aaminn...

Bagi yang belum bertemu jodoh dan zuriat, sama sama lah kita amalkan baca surah Al-Anbiyaa' ayat 89. Perkongsian daripada Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua, usaha seiring dengan doa. 

Ya, jodoh dan zuriat adalah rahsia Allah. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa pada Allah supaya Allah berikan yang terbaik buat kita.

Surah Al-Anbiyaa' ayat 89

وَزَكَرِيَّآ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا
(Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri) Yakni aku hidup sebatang kara tanpa seorang anak.

وَأَنتَ خَيْرُ الْوٰرِثِينَ
(dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik) Maka cukuplah Engkau bagiku jika memang Engkau tidak memberiku seorang anak atau penerus, sebab aku tahu Engkau tidak akan menyia-nyiakan agama-Mu, dan hamba-Mu yang lain yang Engkau pilih akan menjalankan dakwah agama ini.

25 comments:

  1. Bolehlah merancang cari tarikh yang sesuai daripada sekarang.

    ReplyDelete
  2. Pasangan yang nak kahwin dah boleh bincang2 ni kan

    ReplyDelete
  3. Memang perlu cari tarikh sesuai untuk majlis besar begini. Ada kalanya yang dirancang tak menjadi. Kami rancang setahun selepas bertunang baru bernikah. Baru tiga bula bertunang, tiba-tiba sebelah Encik Suami minta nikah. Katanya, takut hati saya berubah. Allahu Akbar. Bayangkan waktu itu tengah sibuk buat bunga telur untuk adik saya yang nak kahwin bulan Januari tahun depannya, alih-alih saya yang 'pinjam' bunga telur adik untuk majlis kahwin kami pada bulan November! Jodoh di tangan Tuhan, siapa yang tahu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perancangan Allah lebih baik. Alhamdulillah dalam kelam kabut akhirnya disatukan juga dan majlis pun berlansung dengan lancar.

      Delete
  4. Waoooo bula Mei itu perfect, tanggalnya bagus dan pas juga hari Jumaat ya :)

    Saya dulu menikah menikah di hari Minggu sih, milih tanggal 09-8-09.
    Sama sekali tidak berniat cari tanggal yang bagus, tapi pas aja tangga itu dengan hari Minggu.
    Orang tua saya menginginkan acaranya hari Minggu, biar lebih mudah undangannya :)

    Tapi memang hari Jumat itu hari yang selalu diutamakan ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari jumaat lebih bagus tapi hari lain juga bagus. hari minggu lebih sesuai untuk majlis sebab ramai yang cuti dan senang nak datang ke majlis.

      Delete
  5. alhamdulillah dulu nikah hari Jumaat, takdir Allah jatuh pada bulan Safar, dan tarikh kalendar masihi 13.12.13...kira cantiklah jugak...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..cantik tarikhnya dan tepat pada masanya.

      Delete
  6. Alhamdulillah shida nikah hari jumaat 14.12.18 :)
    tahun ni cantik2 tarikh time shida x terfikir pun sebab just nak
    masing2 pihak kluarga bsetuju sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Janji majlis dapat berjalan dengan lancar Shida :)

      Delete
  7. bertuah siapa dapat pilih tarikh tu.

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan bagi mereka yang bakal melangsungkan majlis 😄

    ReplyDelete
  9. Masa nak kahwin dulu, ai tak terpikir pula tarikh2 ni. yang penting tarikh tu sesuai je. Huhuhuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..samalah kita. janji semua berjalan dengan lancar.

      Delete
  10. akak dulu tunang raya haji, kawen masa bulan syawal.. anibesari kawen hujung bulan ni..sambut dengan seluruh rakyat malaysia..hihi

    ReplyDelete
  11. Tarikh ada, tapi calon takdak.. ok.. kena amalkan surah tu... moga datang segera.. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.